CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bilangan Perokok Seluruh Dunia Makin Merosot, Malaysia Masuk Senarai Ke?

18-11-2021 03:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1922| Komen: 8

Bilangan perokok di seluruh dunia semakin merosot dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pertubuhan berkenaan juga menggesa semua negara meningkatkan lagi langkah kawalan untuk menghentikan ketagihan tembakau yang boleh membawa maut.

Tahun lalu, sekitar 1.3 bilion orang menggunakan tembakau di seluruh dunia, berkurangan berbanding 1.32 bilion dua tahun sebelumnya, kata WHO dalam laporan terbarunya.


Gambar hiasan

Jumlah itu, katanya, dijangka akan terus berkurang kepada 1.27 bilion menjelang 2025, menunjukkan penurunan sekitar 50 juta pengguna tembakau dalam tempoh tujuh tahun, walaupun penduduk dunia meningkat.


Laporan itu menunjukkan walaupun hampir satu pertiga daripada penduduk global berusia 15 tahun dan ke atas menggunakan produk tembakau pada 2000, hanya satu perlima dijangka melakukannya menjelang 2025.

Penggunaan tembakau dianggarkan membunuh lebih lapan juta orang setiap tahun, kebanyakannya secara langsung disebabkan mereka menggunakan tembakau itu sendiri, manakala 1.2 juta lagi bukan perokok yang terdedah kepada asap rokok, menurut statistik WHO.

Laporan terbaru itu juga memberi amaran jumlah kematian tahunan akan terus meningkat untuk beberapa tempoh walaupun penggunaan tembakau berkurangan 'berikutan tembakau membunuh penggunanya dan orang yang terdedah kepada asapnya secara perlahan'.

Laporan sama turut memuji 60 negara yang komited mengurangkan penggunaan tembakau hingga 30 peratus antara 2010 hingga 2025, berbanding dua tahun lalu ketika WHO mengeluarkan laporan hanya 32 negara menyatakan komitmen itu.

Walaupun jumlah itu semakin berkurangan, menurut laporan itu, ia tidak merangkumi pengguna rokok elektronik, yang mana kira-kira 36.7 peratus daripada lelaki dan 7.8 peratus wanita dunia masih menggunakan produk tembakau tahun lalu.

Lebih membimbangkan, ia menyatakan seramai 38 juta remaja berusia antara 13 dan 15 tahun juga menggunakan tembakau.

Ia menyumbang kira-kira 10 peratus daripada penduduk remaja dalam kumpulan umur itu, dengan kanak-kanak lelaki jauh lebih berkemungkinan merokok daripada kanak-kanak perempuan.

Eropah ialah rantau dunia di mana kebanyakan wanita menggunakan produk tembakau dengan kira-kira 18 peratus, dedah laporan itu.

Wilayah Pasifik Barat adalah tempat kebanyakan lelaki merokok, dengan lebih 45 peratus lelaki dijangka masih menggunakan tembakau sehingga 2025.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mulotkoyak 18-11-2021 09:33 PM
Penurunan tu disebabkan berhenti merokok or mati sbb kanser merokok?  Data tu termasuk ke tidak?
Quote angelofish 18-11-2021 10:19 PM
buat hukuman mati mandatori je
Quote edayildiz 18-11-2021 10:36 PM
kalau kayangan yg sapkok kan dorg sapkok jenama apa? dunhill ke?

Quote Decaffeinated 18-11-2021 11:07 PM
nikmat dunia

Quote Jitu 18-11-2021 11:23 PM
lama dah tak sentuh
last sentuh 10 tahun lepas   
dulu suka layan salem sejuk je rasa
Quote ultra78 19-11-2021 12:21 AM
Apa lagi. Haramkan terus la penjualan rokok. Siapa nak beli rokok pergi penang.
Quote green~tea 19-11-2021 12:25 AM
Edited by green~tea at 19-11-2021 10:17 AM

Bilangan perokok merosot sbb ramai dah mati covid kot.. lung expansion being jeopardised / compromised bila heavy smoker...
Quote CikYaYaYa 19-11-2021 12:47 AM
Bilangan nie untuk rokok biasaa mcm rokok dunhill tu jer ke or untuk sume tmasuk vape pod blabla tu..?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.060779 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top