CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Polis Akan Bantu Semua Hal Termasuk Perah Susu Kerbau'

18-11-2021 03:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2220| Komen: 2

Seekor kerbau di Madhya Pradesh, India dibawa tuannya ke balai polis hanya kerana enggan menghasilkan susu.

Free Press Journal melaporkan, Babulal Jatav membawa kerbau itu ke balai polis Nayagaon di daerah Bhind.


GAMBAR Babulal Jatav bersama kerbau peliharannya. - TWITTER/TUSHAR_KN

“Babulal mengadu kepada pegawai bertugas bahawa kerbau peliharaannya tidak menghasilkan susu.

“Justeru, dia meminta bantuan polis untuk menyelesaikan masalah tersebut,” jelas laporan itu yang dipetik Utusan.


Berdasarkan laporan tempatan, Babulal pada mulanya mengemukakan aduan bertulis mengenai masalah itu di balai polis berkenaan sebelum kembali dengan membawa kerbau peliharaannya dan meminta bantuan untuk memerah susu haiwan terbabit.

Rakaman kejadian yang tular itu menarik perhatian warganet yang terhibur.

Sementara itu, Timbalan Penguasa Polis, Arvind Shah berkata dalam laporan berkenaan mengesahkan lelaki terbabit kecewa dengan kerbau peliharaan yang baharu dibelinya.

“Memandangkan haiwan itu tidak menghasilkan susu, seorang penduduk dari kampung itu menasihatinya untuk meminta bantuan polis.

“Polis akan membantu lelaki itu dalam apa jua cara pun apabila penduduk datang meminta bantuan,” katanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 18-11-2021 08:22 AM
patut abg ni g kt vet..jgn bwk lembu..mitk doc dtg..g balai polis wat pe
Quote Xim 18-11-2021 08:25 AM
Closed...bukan Isu Semasa...boleh buka di Kongsi Tular

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.094918 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top