CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Atuk Usahakan ‘Biro Cari Jodoh’ Bantu Penduduk Cari Pasangan

15-11-2021 01:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2204| Komen: 19

Seorang lelaki warga emas dikenali sebagai Sanusi di Blitar, Jawa Timur, Indonesia mengusahakan ‘biro mencari jodoh’ bagi membantu penduduk setempat yang masih belum mempunyai pasangan untuk berkahwin.


Sanusi, 79, memberitahu, dia sudah lama menjadi ‘tukang jodoh’, namun baru tiga bulan mengusahkan pekerjaan itu secara ‘rasmi’.


Kredit foto: TribunNews

Jelasnya, sejak biro itu beroperasi, lima pasangan berjaya ditemukan dan dikahwinkan dan jumlah itu tidak termasuk dengan yang diusahakannya sebelum ini.

“Untuk menggunakan khidmat saya, pelanggan perlu membayar 100,000 rupiah (RM29) sebagai pendaftaran, selain mereka perlu menyerahkan gambar dan salinan kad pengenalan.


“Pelanggan juga perlu meninggalkan nombor telefon serta nama di belakang gambar yang diserahkan.

“Pelanggan yang datang boleh lihat dulu gambar-gambar yang ada dan jika berkenan, mereka boleh hubungi nombor yang ditinggalkan” katanya.

Bagi pasangan yang berjaya dijodohkan, mereka kebiasaannya memberi bayaran tambahan kepada Sanusi, namun lelaki itu tidak pernah menetapkan nilainya.


Kredit foto: Detik

“Pelanggan yang berjaya dijodohkan boleh beri berapa sahaja kepada saya, seikhlas hati.

“Sudah puluhan tahun saya menjodohkan orang dan setiap pasangan yang berjaya, perasaan gembira serta syukur itu hanya tuhan yang tahu,” ujarnya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 15-11-2021 03:33 PM
terbaik wak....mohon ajarin
Quote Jitu 15-11-2021 04:31 PM
@ifanonline ko tak nak buat ke dari ko open thread pasal andartu asyik kena hencap je
Quote Tinot7 15-11-2021 04:34 PM
dolu2 ada sorang mamat nih minta tolong ustaz carikan jodoh utk dia.. dia habaq la nak camni camtu.. pastu ustaz habaq, kriteria hang nih byk sangat, kalau ustaz jumpa, ntah2 ustaz yg kawen dulu... giteww..
Quote capiloton 15-11-2021 04:50 PM
banyak pahala atok ni,
bantu orang dirikan mesjid.
Quote Adrif 15-11-2021 05:30 PM
favourite pakcik makcik ni, kenenkan orang

jiran lama aku, nak kenenkan aku dengan budak umo 19 tahun.. weii aku dah 30'an, rasa macam pedo kalau jarak umo jauh gitu. nehi nehi nehi nehi
Quote lattehazelnut 16-11-2021 03:56 AM
Kaskus.co.id
Quote Simunggu 16-11-2021 10:38 AM
besar pahalanya membantu mendirikan masjid....yg jahanam org yg meruntuhkan masjid org
Quote chazey 16-11-2021 10:39 AM
Tinot7 replied at 15-11-2021 04:34 PM
dolu2 ada sorang mamat nih minta tolong ustaz carikan jodoh utk dia.. dia habaq la nak camni camtu.. ...

Aiol suka ayat ustad tu.
Quote Artemesiaa 16-11-2021 11:18 AM
Bagus usahanya dari duduk saja2 dah pencen ada juga benda baik mampu dilakukannya
Quote I.K.A888990 16-11-2021 02:51 PM
agak2 kat sini ada ke mcm nih hehe
Quote ifanonline 16-11-2021 02:54 PM
Jitu replied at 15-11-2021 04:31 PM
@ifanonline ko tak nak buat ke dari ko open thread pasal andartu asyik kena hencap je

aku dah buat lama dah...kat love board nun...
Quote Tinot7 16-11-2021 04:59 PM
chazey replied at 16-11-2021 10:39 AM
Aiol suka ayat ustad tu.

masalahnya, kalau tak silap, ustaz tuh dah kawen...
Quote edayildiz 16-11-2021 07:41 PM
ssh kalau org kenenkan ni..baik cari sendiri..kalau kena pukul lps kawen pun puas ht sbb sendiri yg slh pilih..

tp kalau laki antertu..mcm umo 36 ke atas xkawen lg hati2..sama ada muka buruk,gayah,kaki pukul dan gila isim mcm sekoq kt porem..khinzir pun lari kalau jmpa heols..except lelaki pemalu. ok la kalau lambert sikit kawen..
Quote Jitu 16-11-2021 09:52 PM
ifanonline replied at 16-11-2021 02:54 PM
aku dah buat lama dah...kat love board nun...

lah ada dah ke tak perasan pulak
sori lah aku baru lg dlm Cari ni
Quote Decaffeinated 16-11-2021 10:46 PM
relevan lagi ka ejen jodoh manual macam ni

kalau pelanggannya simple minded asal berbini, asal berlaki maybe his method works

Quote MissYouSayang 16-11-2021 11:03 PM
Jitu replied at 15-11-2021 04:31 PM
@ifanonline ko tak nak buat ke dari ko open thread pasal andartu asyik kena hencap je

Dia ada je buat dekat bod sex sinun.p la tgk.
Quote Jitu 16-11-2021 11:25 PM
MissYouSayang replied at 16-11-2021 11:03 PM
Dia ada je buat dekat bod sex sinun.p la tgk.


tak nak lah masuk bod situ geli geleman rasa
Quote kakikuDibibirmu 17-11-2021 01:01 AM
Andartu tersenyum sinis
Quote ifanonline 17-11-2021 09:19 AM
MissYouSayang replied at 16-11-2021 11:03 PM
Dia ada je buat dekat bod sex sinun.p la tgk.

bod sex tu utk couple...yg baru nak bercouple pun bleh belajar juga...

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.053294 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top