CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Lahabau Melaka, Jom Undi' - Teo Nie Ching Mohon Maaf

9-11-2021 07:31 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5211| Komen: 60

Norma baharu berkempen melalui media sosial mengundang kesilapan Ahli Parlimen Kulai daripada DAP, Teo Nie Ching, apabila menggunakan bingkai gambar profil akaun media sosial mengandungi frasa kurang menyenangkan.


Beliau memuat naik bingkai dengan frasa 'Lahabau Melaka, Jom Undi' di laman Facebook rasminya, sebelum dipadamkan selepas mengetahui maksud sebenar perkataan itu.


Kredit foto: FB

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), 'lahabau' adalah istilah makian bermaksud tidak berguna, tidak boleh diharap dan haprak.

Nie Ching yang juga Setiausaha Antarabangsa DAP, menyedari kesilapan itu selepas dikecam oleh netizen dan mengakui tidak mengetahui maksud sebenar perkataan itu.


Beliau turut menyatakan permohonan maaf, terutama kepada rakyat dan pengundi di Melaka atas keterlanjuran itu.

"Dalam keghairahan kempen media sosial ini, ramai petugas Pakatan Harapan (PH) khususnya DAP, hampir tak cukup tidur dalam usaha menyediakan bahan-bahan kempen.

"Namun, manusia tidak pernah lepas daripada kesilapan, termasuk diri saya sendiri. Akibatnya, terserlah kesilapan bahasa yang memalukan melalui media sosial.

"Saya cuma ingin berkempen melalui 'frame' (bingkai) percuma yang boleh didapati di dalam Facebook tanpa memahami maksud sebenar perkataan itu.

"Dengan menyusun sepuluh jari memohon maaf buat semua, terutamanya rakyat dan pengundi Melaka," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.



Beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Pendidikan ketika pentadbiran PH, turut berjanji akan lebih berhati-hati dalam memuat naik bahan kempen menerusi media sosial untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tikusmontok 8-11-2021 08:36 PM
Yang ni memang buat gelak ....lahabau taik kebau gelak besau, benjol punya tine garit.
Quote alesandra 8-11-2021 08:36 PM
aku walau pro ph..mmg aku berapi je dgn puak2 dapig 2-3 hari ni.dia laaa yg terpaling berprinsip..dialah yg terpaling woke.dia yg terpaling menang.sekali benda ni main tabohhhh je.cash bitch
Quote Rockafella 8-11-2021 08:39 PM
5f954feb-5027-4f00-9242-e4f0d9a1a3b6.jpg

Maybe dia punya jentera tercedok maksud lahabau dari sini.
Quote honeybee1802 8-11-2021 08:57 PM
Ada dulu melaka penah keluar tagline gedebe..jaman sapo ntah jd mb...ntah2 deris tak?
Quote Belibis 8-11-2021 09:00 PM
honeybee1802 replied at 8-11-2021 08:57 PM
Ada dulu melaka penah keluar tagline gedebe..jaman sapo ntah jd mb...ntah2 deris tak?

Mungkin zaman mat said..gedebe kemamang..deris gedebe besut.
Quote shiraloveyou 8-11-2021 09:23 PM
Hawau betul
Quote Jiddin 8-11-2021 09:28 PM
Ya Allah....I feel stupid. Meols paham maksud lahabau. Tp meols gagal faham logik yb ni. Dia guna lahabau sbb dia igt lahabau means something else. Atau sheols tries to use local lingo smpi terjadinya faux pas?
Quote naina 8-11-2021 09:39 PM
Melaka hawauu laaa patutnya.
Haha. Apa2 jelah cina2 Melaka ni
Salah penggunaan bahasa melayu 1 hal
Tak faham bahasa melayu pun 1 yg cina lagi sorang tu
Quote xpdckelate 8-11-2021 09:55 PM
tu la tebulu-bulu lagi
Quote azimodin 8-11-2021 10:07 PM
Tetiba aku teringat member sskjp yg aku kenal kat uni. Bila aku cakap aku orang darul traffic light, terus dia asyik guna perkataan hawau & lahabau dalam setiap ayat. Padahal aku jarang guna 2 perkataan ni. Sama jugak dengan orang yg suka tukar r jadi u. Ular is ular, bukan semua orang melaka sebt ulaoooo melingkaoooo atas pagaoooo
Quote edayildiz 8-11-2021 10:11 PM
lahabau tu apa dia..carut kew

Quote edayildiz 8-11-2021 10:12 PM
slps i googling It's not a rude word actually it means 'lama nye takde berita dari kamu'

lahabau is actually a 'twisted' form of "la khabar", an Arabic phrase for 'why no news
Quote Xim 8-11-2021 10:14 PM
Hahahhaha ni kelakau. Adoi.
Quote azimodin 8-11-2021 10:15 PM
Cadangan ayat promosi untuk PRN Melaka
"Undilah dak xxx (nama calon). Bapak dia dulu drebar bas tai lai. Pakcik dia jual abc kat basten lama depan ocean. Jangan lupa gi mengundi, hawau"
Quote azimodin 8-11-2021 10:29 PM
Tak tahu la orang melaka yg lain tapi aku jarang dengar orang guna lahabau sebagai greeting sebab selalu guna untuk describe perangai cam haram (lebih kurang macam lahanat) ie "perangai lahabau camtu siapa je yg nak" or "jantan lahabau tu kerjanya asyik main judi je"

Perkataan yg lebih sinonim dengan tanya khabar ialah hawau

"Hawau kau, lama x nampak.. ingatkan dah meninggal" - tanya khabar
"Hawau betul si leman tu.. ada ke durian aku dua kebas" - maki
Quote dani-rox 8-11-2021 10:51 PM

Quote Suchi 8-11-2021 11:54 PM
azimodin replied at 8-11-2021 10:15 PM
Cadangan ayat promosi untuk PRN Melaka
"Undilah dak xxx (nama calon). Bapak dia dulu drebar bas tai  ...

Apa maksud hawau ehh tp comel je bila dengar org melaka sebut dak dak kat nama org.
Quote Msblackpepper 8-11-2021 11:59 PM
azimodin replied at 8-11-2021 10:15 PM
Cadangan ayat promosi untuk PRN Melaka
"Undilah dak xxx (nama calon). Bapak dia dulu drebar bas tai  ...


Nampak nau orang melaka. Haha!
Quote Decaffeinated 9-11-2021 12:05 AM
asal muasal ungkapan

'La hawau, La Kerbau' yang bermaksud 'Tiada hawau, tiada Kerbau'

selepas beberapa jenerasi ia mengalami kependekan lalu jadilah 'Lahabau'

sekian pencerahan semoga membantu.

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.052713 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top