View: 4352|Reply: 60
|
[Tempatan]
Teo Nie Ching mohon maaf tersilap guna perkataan 'Lahabau Melaka, Jom Undi'
[Copy link]
|
|
Gara-gara menggunakan perkataan 'lahabau' dalam gambar profile tanpa memahami maksud perkataan itu, bekas timbalan menteri pendidikan yang juga Ahli Parlimen Kulai dikritik oleh netizen di media sosial.
Walaupun sempat memadamkan gambar yang mengandungi perkataan tersebut, tetapi netizen sempat membuat screenshot dan menyebarkan di media sosial masing-masing sehingga menimbulkan persoalan netizen akan tahap penguasaan bahasanya.
Menyedari kesilapan itu, Teo akhirnya tampil memberi penjelasan dan permohonan maaf secara terbuka melalui Facebook.
"Berikutan larangan ketat berkempen, hampir semua kempen untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka terpaksa dilaksanakan melalui media sosial. Dalam keghairahan kempen media sosial ini, ramai petugas Pakatan Harapan khususnya DAP hampir tak cukup tidur dalam usaha menyediakan bahan-bahan kempen.
"Namun, manusia tidak pernah terlepas daripada kesilapan termasuk diri saya sendiri. Akibatnya, terserlah kesilapan bahasa yang memalukan melalui media sosial. Saya cuma ingin berkempen melalui 'frame' percuma yang boleh didapati di dalam Facebook tanpa memahami maksud sebenar perkataan tersebut.
"Dengan ini, saya dengan penuh rendah hati memohon maaf atas kekhilafan memuat naik bahan kempen yang salah. Saya berjanji akan lebih berhati-hati selepas ini dalam memuat naik bahan-bahan kempen media sosial untuk PRN Melaka. Saya dengan ini menyusun sepuluh jari memohon maaf buat semua terutamanya rakyat dan pengundi di Melaka," katanya.
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan 'lahabau' bermaksud makian seperti tidak berguna, tidak boleh diharap. Bagi kebanyakan penduduk Melaka, perkataan itu tidak dianggap sebagai bahasa kasar.
Sumber: The Reporter
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Yang ni memang buat gelak ....lahabau taik kebau gelak besau, benjol punya tine garit. |
|
|
|
|
|
|
|
aku walau pro ph..mmg aku berapi je dgn puak2 dapig 2-3 hari ni.dia laaa yg terpaling berprinsip..dialah yg terpaling woke.dia yg terpaling menang.sekali benda ni main tabohhhh je.cash bitch |
|
|
|
|
|
|
|
Maybe dia punya jentera tercedok maksud lahabau dari sini.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ada dulu melaka penah keluar tagline gedebe..jaman sapo ntah jd mb...ntah2 deris tak? |
|
|
|
|
|
|
|
honeybee1802 replied at 8-11-2021 08:57 PM
Ada dulu melaka penah keluar tagline gedebe..jaman sapo ntah jd mb...ntah2 deris tak?
Mungkin zaman mat said..gedebe kemamang..deris gedebe besut. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah....I feel stupid. Meols paham maksud lahabau. Tp meols gagal faham logik yb ni. Dia guna lahabau sbb dia igt lahabau means something else. Atau sheols tries to use local lingo smpi terjadinya faux pas? |
|
|
|
|
|
|
|
Melaka hawauu laaa patutnya.
Haha. Apa2 jelah cina2 Melaka ni
Salah penggunaan bahasa melayu 1 hal
Tak faham bahasa melayu pun 1 yg cina lagi sorang tu |
|
|
|
|
|
|
|
tu la tebulu-bulu lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Tetiba aku teringat member sskjp yg aku kenal kat uni. Bila aku cakap aku orang darul traffic light, terus dia asyik guna perkataan hawau & lahabau dalam setiap ayat. Padahal aku jarang guna 2 perkataan ni. Sama jugak dengan orang yg suka tukar r jadi u. Ular is ular, bukan semua orang melaka sebt ulaoooo melingkaoooo atas pagaoooo |
|
|
|
|
|
|
|
lahabau tu apa dia..carut kew
|
|
|
|
|
|
|
|
slps i googling It's not a rude word actually it means 'lama nye takde berita dari kamu'
lahabau is actually a 'twisted' form of "la khabar", an Arabic phrase for 'why no news |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahhaha ni kelakau. Adoi. |
|
|
|
|
|
|
|
Cadangan ayat promosi untuk PRN Melaka
"Undilah dak xxx (nama calon). Bapak dia dulu drebar bas tai lai. Pakcik dia jual abc kat basten lama depan ocean. Jangan lupa gi mengundi, hawau"
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak tahu la orang melaka yg lain tapi aku jarang dengar orang guna lahabau sebagai greeting sebab selalu guna untuk describe perangai cam haram (lebih kurang macam lahanat) ie "perangai lahabau camtu siapa je yg nak" or "jantan lahabau tu kerjanya asyik main judi je"
Perkataan yg lebih sinonim dengan tanya khabar ialah hawau
"Hawau kau, lama x nampak.. ingatkan dah meninggal" - tanya khabar
"Hawau betul si leman tu.. ada ke durian aku dua kebas" - maki
|
|
|
|
|
|
|
|
azimodin replied at 8-11-2021 10:15 PM
Cadangan ayat promosi untuk PRN Melaka
"Undilah dak xxx (nama calon). Bapak dia dulu drebar bas tai ...
Apa maksud hawau ehh tp comel je bila dengar org melaka sebut dak dak kat nama org.
|
|
|
|
|
|
|
|
azimodin replied at 8-11-2021 10:15 PM
Cadangan ayat promosi untuk PRN Melaka
"Undilah dak xxx (nama calon). Bapak dia dulu drebar bas tai ...
Nampak nau orang melaka. Haha! |
|
|
|
|
|
|
|
asal muasal ungkapan
'La hawau, La Kerbau' yang bermaksud 'Tiada hawau, tiada Kerbau'
selepas beberapa jenerasi ia mengalami kependekan lalu jadilah 'Lahabau'
sekian pencerahan semoga membantu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|