Seorang wanita dalam dilema, meluahkan perasaan apabila si suami tidak akan memaafkannya jika dia bersalin melalui kaedah air atau lebih dikenali sebab water birth.
Menerusi perkongsian seorang wanita yang dikenali sebagai Soshnomore di Mumsnet, meskipun dia tidak hamil sekarang ini namun mereka masih berusaha dan berharap dapat hamil dalam beberapa bulan akan datang. Si isteri memberitahu suaminya bahawa dia tertarik dengan kaedah water birth jika bersalin kelak, namun ia mendapat tentangan daripada suaminya sendiri. Ujar lelaki berkenaan, bersalin secara normal telah dilakukan sejak beribu tahun lalu serta mempersoalkan keinginan isterinya menggunakan kaedah berbeza.
Lebih mengejutkan apabila suaminya mempercayai bahawa kesakitan bersalin secara normal itu sebenarnya dapat menguatkan lagi hubungan antara ibu dan anak. Lelaki berkenaan turut memetik laporan statistik mengatakan bahawa si ibu yang melahirkan anak secara caesar mempunyai kemungkinan untuk mendapat PTSD atau PND. Wanita berkenaan mengakui bahawa dia seperti berdebat dengan kanak-kanak kerana suaminya enggan mendengar pandangan atau memahami perasaannya jika dia berada di dalam situasi berkenaan. Malah, suaminya turut mengatakan lebih rela untuk mencari wanita lain yang sanggup mengandung dan melahirkan zuriatnya secara normal daripada membenarkan si isteri bersalin melalui kaedah water birth. Walaupun wanita itu memujuk suaminya untuk berjumpa dengan doktor atau bidan untuk mendapatkan nasihat mereka, suaminya tetap ‘keras kepala’ dan masih berpegang teguh dengan pendiriannya. Dalam kes ini, isteri atau suami yang bersikap tidak munasabah? Sumber: OhBulan
|
ADVERTISEMENT