CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Resepi Siakap 3 Rasa "Modal Nipis" Tapi Sedap Macam Kat Restoran

10-11-2021 12:00 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 3751| Komen: 9

Description: Baru-baru ini kecoh di Facebook mengenai harga ikan Siakap mencecah RM1,196 seekor yang tular dipercayai selepas dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Facebook ke platform media sosial tersebut.



Baru-baru ini kecoh di Facebook mengenai harga ikan Siakap mencecah RM1,196 seekor yang tular dipercayai selepas dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Facebook ke platform media sosial tersebut.

Dia dipercayai pelanggan yang datang makan di sebuah restoran terapung di Langkawi pada 3 Oktober lalu dan telah memuat naik ke platform media sosial bil yang memaparkan harga hidangan seekor ikan siakap didakwa terlalu mahal dikenakan oleh peniaga.

Kenapa bayar lebih kalau mampu buat sendiri? Buat yang teringin nak makan Siakap 3 rasa dan nak cuba masak sendiri dirumah, resepi yang dikongsikan oleh Wan Luqman ini mungkin sangat membantu. Jom cuba, pasti pasangan anda puji melambung!


1- Ok, mula² dapatkan 1 ekor ikan siakap. Ambik saiz kecik² atau sedang² je ok. Cuci bersih², lumur garam kemudian lumur dengan tepung jagung. Tebal² lumur dia ye


2- Panaskan kuali, baru letak minyak. Renjis² dulu bagi terbuang lebihan tepung tu.

Pastikan minyak banyak tau

Ok rasanya dah banyak kali bagi tips nak goreng ikan ni. Skip yaaa...



3- Dah siap goreng. Tengok, takde kesan hitam hangit / hangus ya ikan ni dan takde pecah² pun. Ikutlah tips yang kander pernah berikan dulu.

Takde warna kuning kunyit, bagi aku warna kunyit tu mengganggu rupa sikit kalau utk 3 rasa.

EDITED : Panaskan kuali sampai berasap, kemudian masukkan sedikit minyak ratakan ke seluruh permukaan kuali. Tuang balik minyak tu...panaskan kuali balik dan masukkan minyak banyak terus



4- Okay, untuk bahan sos kita start dulu dengan tumis bawang putih cincang. Takde sukatan berapa ulas. Freeplay


5- 2sb lada lumat.



6-  2sb bawang lumat. Kalau nak kuah lebih, boleh lebihkan sikit lagi bawang ni. Kemudian tumis sehingga sedikit garing.



7- Masukkan 2sb sos tiram



8- 2sb sos cili



9- 3sb air perahan limau nipis, atau boleh beli yang dah siap dalam botol



10- Masukkan palm sugar atau gula biasa kalau takde palm sugar. Level kemanisan ikut kehendak sendiri. Kalau pedas melampau, lebihkan gula ya...



11- 1sb nampla




12- Bile bahan sos dah betul² garing, masukkan sedikit je air kemudian masukkan bahan² ini yang dihiris dadu
- celery
- bawang holland
- cili padi
- nenas



13- Ni sedikit kelainan. Kander suka aroma daun sup. Masukkan hirisan daun sup



14- Dah siap curah terus atas ikan...masa ni mejejes air liur weh


Selamat mencuba! Kalau dah siap mohon kongsikan gambar di ruangan komen dibawah ya. - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 10-11-2021 01:46 PM
x pandai cuci ikan nie ade bau dia...
Quote febreze 10-11-2021 03:20 PM
musangbodoh: x pandai cuci ikan nie ade bau ...



kena tarik urat dlm dan tepi2 tulang belakang dia..pastu lumur asam jawa..perap 5 min n bilas air bersih dan keringkan


sblom sadur tepong jagong, lumur sos ikannn luar dalam..


goreng smpai rangup..tak rasa lumpur..nti cuba ya
Quote bellaa 10-11-2021 04:06 PM
siakap RM1,196 kerrr
Quote kitmal 10-11-2021 07:54 PM
suka tabur garam sikit saja dan tepung jagung cukup cukup...minyak banyak dan kena panasssss
Quote Lavender85 10-11-2021 07:55 PM
sedapnya. Terima kasih perkongsian. Boleh cuba nnti
Quote uda 12-11-2021 12:53 PM
febreze replied at 10-11-2021 03:20 PM
kena tarik urat dlm dan tepi2 tulang belakang dia..pastu lumur asam jawa..perap 5 min n bilas air ...

Senang ke nampak urat tu? Atau kena belah tepi ikan and tarik keluar urat2 tu?
Tq
Quote ciararoisin 12-11-2021 05:27 PM
<a href="https://b.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=200530">url</a>
url
Quote acikbrown 15-11-2021 03:25 PM
Acik prefer kerapu dari siakap. Ada je jual kerapu kecik dan harga marhaen.
Quote LadyCarefree 24-11-2021 09:59 AM
Tiga rasa apanya macam ni?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.045694 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top