Sebuah klip video menunjukkan seorang pengantin lelaki terpaksa berulang kali mengulangi lafaz ijab dan kabulnya sehingga menyebabkan netizen yang menonton rakaman tersebut turut sama gelisah menjadi tular di media sosial baru-baru ini, lapor laman Suara.com.
Menerusi video tersebut, pengantin lelaki dilihat mengalami kesukaran untuk mengucapkan ijab kabul. Dia kelihatan dibantu penghulu dan beberapa lelaki lain yang berada di situ. Pada awalnya, penghulu dilihat cuba memberikan penjelasan kepada pengantin tersebut. Dalam percubaan pertama, pengantin itu tersilap mengucapkan ijab kabul.
Pada cubaan kali kedua, dia masih tersilap mengucapkan ijab kabul. Pada satu cubaan lagi, dia terlupa menyebut nama bapa kepada calon isterinya dan pada cubaan lain pula, dia terlupa menyebut nilai mas kahwin yang diberikan. Selepas beberapa kali mencuba, dia masih lagi gagal mengucapkan ijab kabul dan dilihat berada dalam keadaan tertekan dan turut meneguk sedikit air. Netizen yang menonton video tersebut turut sama berasa gelisah dan berkongsi pendapat di ruangan komen. “Jika begini, perlu nikah sebaik sahaja bangun daripada tidur,” komen seorang netizen. “Mengapa tidak ditulis sahaja akadnya, hanya perlu dibaca,” komen seorang netizen lain. Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT