Hasrat guru tadika untuk memiliki kucing baka Scottish Fold terbantut selepas ditipu penjual melalui atas talian, malah terpaksa menanggung kerugian hampir RM70,000.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Abd Ghani berkata, mangsa berusia 25 tahun yang berasal dari Taman Nusa Intan, Seremban dikatakan melihat iklan di laman Facebook pada 23 Oktober lalu mengenai kucing berkenaan yang difahamkan berada di Indonesia. "Mangsa berminat membeli kucing terbabit dan menghubungi penjualnya di talian +62 895-3241-29741.
"Dia bersetuju untuk membeli kucing itu pada harga RM900. Bagaimanapun, ketika dalam proses penghantaran dari Indonesia, mangsa diminta untuk membayar wang bagi pelbagai prosedur," katanya ketika dihubungi hari ini. Aibee berkata, mangsa diminta membayar separuh daripada harga kucing berkenaan dan bakinya dibayar selepas mendapat haiwan terbabit itu. "Wanita berkenaan membuat pemindahan wang berjumlah RM450 ke akaun Hong Leong Bank atas nama Tansiaupenga Siagian sebelum dimaklumkan kucing yang dibeli sudah dihantar ke alamatnya. "Sepanjang proses penghantaran, mangsa dikehendaki membayar sejumlah wang kononnya sebagai prosedur dan sehingga kini membuat 14 transaksi berjumlah RM69,030 pada 23 dan 24 Oktober lalu," katanya. Menurutnya, sehingga kini mangsa tidak mendapat kucing yang dibeli malah bimbang identitinya disalahguna kerana menyerahkan salinan kad pengenalan serta alamat kepada suspek. "Mangsa membuat laporan polis kerana rasa tertipu. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya. Sumber: Harian Metro
|
edayildiz replied at 27-10-2021 01:00 PM
byknya duit..sanggup pulak beli kucing 70k..kalau bwh 5k ok la..kucing terbiar byk..bela yg terbiar ...
ADVERTISEMENT