CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Mental Pecahkan 13 Cermin Kenderaan

27-10-2021 12:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2198| Komen: 5

13 cermin kenderaan musnah dipecahkan seorang lelaki dipercayai mempunyai tekanan mental menggunakan sebatang besi sepanjang 1.2 meter di kawasan parkir hadapan sebuah bank di Jalan Sultan Abdul Samad, Banting semalam.


Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi dengan suspek yang ditahan berusia 39 tahun.



Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, kejadian pertama disaksikan sendiri pemilik kenderaan yang memegang besi tersebut sebelum memecahkan cermin depan kenderaannya.

Katanya, suspek kemudiannya mengulangi perbuatan dengan memecahkan 12 lagi cermin kenderaan lain di lokasi tersebut.


“Sepasukan Unit Kereta Peronda (MPV) telah dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat sebelum menangkap suspek dan merampas batang besi digunakannya.

“Hasil siasatan mendapati suspek adalah seorang penganggur dan merupakan penduduk tempatan serta belum berkahwin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, pemeriksaan awal mendapati suspek dipercayai mengalami tekanan emosi dengan semakan awal mendapati suspek pernah dirawat sebagai pesakit mental.

Ahmad Ridhwan menambah, suspek bagaimanapun sudah lama tidak menerima rawatan psikiatri dari mana-mana hospital sakit jiwa.

“Semakan rekod mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau berkaitan narkotik namun ujian air kencing mendapati lelaki negatif daripada sebarang jenis dadah.

“Setakat ini, pihak polis telah terima lima laporan polis daripada pemilik kereta yang mengalami kerugian daripada kejadian tersebut,” jelasnya.

Kes disiasat mengikit Seksyen 427 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan khianat.

Terdahulu, tular dua video masing-masing berdurasi tujuh dan 11 saat memaparkan aksi lelaki itu memecahkan cermin dan ditangkap MPV polis. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingerchubby 27-10-2021 12:15 PM
Kereta menteri takdok?

Kahkahkahkahkah
Quote merrissa 27-10-2021 01:00 PM
nayooo pak karimmmm...ni sapo nak ganti....insuran cover ke kes naya gini????
Quote nakkomenjugak 27-10-2021 02:08 PM
Takmo pulak ketuk kepala sendiri yachh?
Quote saviour_09 27-10-2021 03:17 PM
takde rejeki

kalo insured cermin, claim je sis

tak jejas ncd pun

leceh nak menunggu je la
Quote Adrif 27-10-2021 07:43 PM
kesiannya..

mesti ni jenis extreme bipolar, manic episode ke apa..

minta tolong tak dapat.. lepas tu tak sempat dapat pertolongan, cycle dia datang, jadi gitu.

amende ntah aku cakap aku pun tak paham

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.187773 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top