CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penagih ‘Bombe’ Tak Ganggu Orang, Tidur Je Selama Berjam-jam Sambil Berdiri

25-10-2021 11:37 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2543| Komen: 13

Satu lagi dadah sintetik baharu dikenali sebagai ‘Bombe’ mula digunakan secara meluas di Republik Demokratik Congo.

Dadah dalam bentuk serbuk berwarna perang dibuat menggunakan penapis ekzos kereta yang dicampur dengan pelbagai ubatan termasuk pil tidur itu akan menyebabkan mereka yang mengambilnya ‘boleh tertidur sambil berdiri selama beberapa jam’.


Kredit foto: Daily Star

Pada Ogos lalu, polis Congo melakukan operasi secara besar-besaran dan menahan hampir 100 pengedar dan pengguna Bombe.

Dalam bahasa Lingala, Bombe bermaksud ‘berkuasa’.


Seorang pengedar dadah yang ditahan, Cedrick memberitahu Reuters, Bombe tidak akan menyebabkan mereka yang mengambilnya bertindak luar kawal seperti minuman beralkohol.

“Bombe menjadikan kami lebih tenang, malah kami boleh duduk atau berdiri selama berjam-jam tanpa rasa penat dan yang penting kami tidak ganggu orang,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Persekutuan Pencegahan Dadah Congo, Dandy Yela Y’Olemba memaklumkan, pihaknya masih menyiasat bagaimana dadah itu berfungsi dan kesannya bagi jangka panjang.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cikembok 25-10-2021 01:26 PM
Pulak.. Penapis ekzos.  Ni ada pulak kat malaysia ni x lama LG, siap p upgrade lagi dadah ni
Quote KamikuP 25-10-2021 01:26 PM
Dahsyat penangan dadah la bombe nih bole tidur sambil berdiri takyah tido atas tilam dah
Quote sukacactus 25-10-2021 02:17 PM
Nikmat apanya tido berdiri
Nak rehat, rehat la betul2
Quote Jitu 25-10-2021 03:14 PM
uish kreatifnya
penapis ekzos tu yg mana catalytic converter ke muffler
minyak hitam tak campur sekali ke
Quote TabletSusu 25-10-2021 04:51 PM
bila dia kata penapis ekzos tu.. dia guna ekzos yg terpakai.. atau guna yg baru?
Quote Gomea 25-10-2021 06:26 PM
Habislah lepas ni ekzos jadi barang panas
Quote edayildiz 25-10-2021 07:39 PM
tdo sambil berdiri tu..
Quote Adrif 25-10-2021 07:56 PM
"Boleh tidur berjam-jam"

tak terkejut kalau dadah ni laku gila.
orang zaman sekarang banyak menghadapi masalah sukar tidur.
secara amnya, stress melampau sehingga insomnia.
atau ada circadian rhythm disorder.

dulu ada colleague citer, dia susah tido. sampai beli ubat sendiri yang ada effect mengantuk
dah jumpa doktor, bawak balik panadol je katanya
Quote CikYaYaYa 25-10-2021 08:00 PM
Jangan laa sampai kat Malaysia. Dadah yg ad pon duk bagi mcm2 masalah dah
Quote Belibis 25-10-2021 08:11 PM
KamikuP replied at 25-10-2021 01:26 PM
Dahsyat penangan dadah la bombe nih bole tidur sambil berdiri takyah tido atas tilam dah

Wow..jimat berganda..
Quote Daftpunk_shine 25-10-2021 09:08 PM
Memang la tak ganggu orang. Tapi anak bini hang sapa nak bagi makan. Kalau hang keja membuta ja siang malam
Quote angelofish 25-10-2021 09:34 PM
masa tido tu boleh kawal mimpi ke?
Quote matamata 25-10-2021 09:42 PM
penapis ekzoz tu catalyzer ke?

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.088826 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top