CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelanggan Tak Lengkap Vaksin, Tauke Kedai Sup Kuetiau Dikompaun RM10,000

25-10-2021 05:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3977| Komen: 32

Description: Seorang lelaki didenda RM2,000 selepas menjamu selera di sebuah restoran sup kuetiau di Johor Bahru tanpa menerima vaksinasi yang lengkap.
Seorang lelaki didenda RM2,000 selepas menjamu selera di sebuah restoran sup kuetiau di Johor Bahru tanpa menerima vaksinasi yang lengkap.

Malah, tindakan lelaki itu menyebabkan pemilik kedai turut menerima kompaun RM10,000, lapor China Press.


Pasukan khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan telah melakukan pemeriksaan di pusat bandar Johor Baru pada sekitar pukul 1 petang, Jumaat lalu.


Gambar hiasan

Dalam pemeriksaan itu, lelaki tersebut hanya menerima satu dos vaksin, yakni tidak lengkap, selain tidak melakukan pengimbasan MySejahtera  semasa berasa di kedai makan.

Pemeriksaan juga mendapati pengusaha kedai melakukan beberapa kesilapan prosedur operasi standard (SOP) termasuk tidak menandakan pintu keluar dan masuk serta tidak meletakkan notis hanya membenarkan orang yang lengkap menerima vaksin untuk menjamu selera dalam premis.


Walaupun pengusaha tampil dengan alasan, tetapi polis berpendapat dia tidak mungkin tidak sedar tentang SOP kerana peraturan itu telah dilaksanakan hampir dua tahun.

“Pengusaha sup kuetiau akhirnya menerima kompaun RM10,000 manakala lelaki yang menjamu selera didenda RM2,000,” kata pegawai penyiasat kes itu.

Pegawai itu bagaimanapun berkata, kedua-dua individu boleh merayu untuk mengurangkan kadar kompaun dengan pihak berkenaan memandangkan ini merupakan kali pertama mereka melakukan kesalahan berkenaan.

Difahamkan, selain ‘melawat’ kedai-kedai komersial, pihak polis juga melakukan pemeriksaan di tempat rekreasi hutan dan juga destinasi tumpuan pelancong. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hotmak 25-10-2021 05:47 PM
tudia dua2 kena, tapi kan kedai2 makan kebanyakannya tak cek pun status vaksin ni, scan tetus duduk order, ada tu lg hebat, kat kedai tomyam tersorok sikit kedainya, 1 family keluar kedai tak pakai mask lepas makan, hebat betul, dtg order mask tak pakai betul2, dahlah tukang ambik order pun tak pakai mask elok2, kita tgk ngeri
Quote HannahMontana. 25-10-2021 05:51 PM
Ada org ajar

jangan bayar saman parking

sama mcm jangan bayar saman 2 dos ni

xde dalam AKTA pun

Quote Radzor 25-10-2021 05:55 PM
Nasib dosa dlm agama ni adil. Klu org tu buat dosa, org tu sendiri je tanggung. Dah kenapa salah org lain, org lain pun kena
Quote Suchi 25-10-2021 06:19 PM
Dedua kena kau ermm dine in tak apa2 sgt bukanlah penting masih blh mkn kalau tapau je so bawak2 la bersabar.


Quote edayildiz 25-10-2021 07:01 PM
menyusahkan tokey kedai..padan muka tokey kedai
Quote akusukaq 25-10-2021 07:11 PM
Agak agak lepas merayu brp byk diskaun polis  boleh bagi
Quote naina 25-10-2021 07:14 PM
Polis cek secara random je ni
Saja cari jalan2 cari pasal
Quote Skuau 25-10-2021 07:20 PM
try polis pi chek kedai mamak...ada jer pekerja warga asing letak mask kat dagu,idung x tutup.
Quote bintangct 25-10-2021 07:23 PM
kalo polis dtg check xsempat lari ke? ke kena kepong ke mcm mana?
kwn iols kedai kena saman sb pekerja sendiri tak scan myS
Quote Simunggu 25-10-2021 07:25 PM
padan muka anti vak

aku sokong PDRM 101%
Quote AbukRokok 25-10-2021 08:22 PM
ada ke sesiapa yg dah masuk jel sbab xbayar saman parking?
atau menternak jentik2?
Quote AbukRokok 25-10-2021 08:30 PM
Simunggu replied at 25-10-2021 07:25 PM
padan muka anti vak

aku sokong PDRM 101%

celah mana antivak?
xnampak pun?


Quote AbukRokok 25-10-2021 08:33 PM
Radzor replied at 25-10-2021 05:55 PM
Nasib dosa dlm agama ni adil. Klu org tu buat dosa, org tu sendiri je tanggung. Dah kenapa salah org ...

mgkin ajaran kristen...yesus menangung dosa anak2 adam
atau ajaran sunnil.... cicak 2021 halal darahnya tanggung dosa cicak gua hirak 1400 tahun dulu

Quote stingerchubby 25-10-2021 08:34 PM
AbukRokok replied at 25-10-2021 08:30 PM
celah mana antivak?
xnampak pun?

Separuh aja  anti nya...sebab baru satu dos...until fully vaccinated..baru hilang status antivaknya

Kahkahkahkahkahkahkahka
Quote capiloton 25-10-2021 08:37 PM
senang keje gomen,
saman premis yang tak check.

satu keje kedai pulak kena pantau sorang2.

tak boleh ker kedai ni saman gomen balik,
sebab biarkan orang tak vaksin berkeliaran di muka bumi?
Quote capiloton 25-10-2021 08:39 PM
bintangct replied at 25-10-2021 07:23 PM
kalo polis dtg check xsempat lari ke? ke kena kepong ke mcm mana?
kwn iols kedai kena saman sb peker ...

nak lari mana, semua pintu kena kepung.
penjenayah besar orang tak vaksin nih

polis dah takde keje lettew,
penjenayah dah kurang dalam negara.

Quote capiloton 25-10-2021 08:54 PM
stingerchubby replied at 25-10-2021 08:34 PM
Separuh aja  anti nya...sebab baru satu dos...until fully vaccinated..baru hilang status antivakny ...

yang dah 2 dos ni pun bakal kena label anti vak,
sebab tak cukup 3 dos termasuk booster

selagi tak tercapai plan sorang 5-8 dos sampai 2024,
anda adalah anti vak
Quote CikYaYaYa 25-10-2021 09:03 PM
Mendapatlaaaa.. Xpasai sebabkan org bebal dengan tokey2 kedai kena saman. Tapi tu laaa napee laa tokey kedai tu xcek.
Quote epal21 25-10-2021 09:07 PM
Haruslah para pemilik restoran semua print out muka ass ass sekeluarga, ritrud & ellie suriati & co. untuk diletakkan kat depan kedai dgn headline 'dilarang masuk'. Kalau tak, sia2 je kena denda rm10k.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.308660 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top