View: 1719|Reply: 13
|
Penagih ‘Bombe’ Tak Ganggu Orang, Tidur Je Selama Berjam-jam Sambil Berdiri
[Copy link]
|
|
Satu lagi dadah sintetik baharu dikenali sebagai ‘Bombe’ mula digunakan secara meluas di Republik Demokratik Congo.
Dadah dalam bentuk serbuk berwarna perang dibuat menggunakan penapis ekzos kereta yang dicampur dengan pelbagai ubatan termasuk pil tidur itu akan menyebabkan mereka yang mengambilnya ‘boleh tertidur sambil berdiri selama beberapa jam’.
Kredit foto: Daily Star
Pada Ogos lalu, polis Congo melakukan operasi secara besar-besaran dan menahan hampir 100 pengedar dan pengguna Bombe.
Dalam bahasa Lingala, Bombe bermaksud ‘berkuasa’.
Seorang pengedar dadah yang ditahan, Cedrick memberitahu Reuters, Bombe tidak akan menyebabkan mereka yang mengambilnya bertindak luar kawal seperti minuman beralkohol.
“Bombe menjadikan kami lebih tenang, malah kami boleh duduk atau berdiri selama berjam-jam tanpa rasa penat dan yang penting kami tidak ganggu orang,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Persekutuan Pencegahan Dadah Congo, Dandy Yela Y’Olemba memaklumkan, pihaknya masih menyiasat bagaimana dadah itu berfungsi dan kesannya bagi jangka panjang.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Pulak.. Penapis ekzos. Ni ada pulak kat malaysia ni x lama LG, siap p upgrade lagi dadah ni |
|
|
|
|
|
|
|
Dahsyat penangan dadah la bombe nih bole tidur sambil berdiri takyah tido atas tilam dah |
|
|
|
|
|
|
|
Nikmat apanya tido berdiri
Nak rehat, rehat la betul2 |
|
|
|
|
|
|
|
uish kreatifnya
penapis ekzos tu yg mana catalytic converter ke muffler
minyak hitam tak campur sekali ke |
|
|
|
|
|
|
|
bila dia kata penapis ekzos tu.. dia guna ekzos yg terpakai.. atau guna yg baru? |
|
|
|
|
|
|
|
Habislah lepas ni ekzos jadi barang panas |
|
|
|
|
|
|
|
"Boleh tidur berjam-jam"
tak terkejut kalau dadah ni laku gila.
orang zaman sekarang banyak menghadapi masalah sukar tidur.
secara amnya, stress melampau sehingga insomnia.
atau ada circadian rhythm disorder.
dulu ada colleague citer, dia susah tido. sampai beli ubat sendiri yang ada effect mengantuk
dah jumpa doktor, bawak balik panadol je katanya |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan laa sampai kat Malaysia. Dadah yg ad pon duk bagi mcm2 masalah dah |
|
|
|
|
|
|
|
KamikuP replied at 25-10-2021 01:26 PM
Dahsyat penangan dadah la bombe nih bole tidur sambil berdiri takyah tido atas tilam dah
Wow..jimat berganda.. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang la tak ganggu orang. Tapi anak bini hang sapa nak bagi makan. Kalau hang keja membuta ja siang malam |
|
|
|
|
|
|
|
masa tido tu boleh kawal mimpi ke? |
|
|
|
|
|
|
|
penapis ekzoz tu catalyzer ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|