CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guna Pinjaman PTPTN, Penuntut Rugi RM200,000 Angkara Pelaburan Kripto

25-10-2021 12:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3893| Komen: 38

Description: Akibat terpedaya dengan skim cepat kaya pembelian mata wang kripto, lebih 50 penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Kota Bharu mendakwa kerugian lebih RM200,000 apabila masing-masin ...
Akibat terpedaya dengan skim cepat kaya pembelian mata wang kripto, lebih 50 penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Kota Bharu mendakwa kerugian lebih RM200,000 apabila masing-masing membuat pelaburan antara RM1,000 hingga lebih RM10,000.


Terpikat dengan janji manis dan keuntungan didakwa boleh melebihi satu peratus sehari dan 30 peratus sebulan itu, mereka juga sanggup menggunakan wang simpanan dan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) masing-masing.


Gambar hiasan

Seorang daripada mereka yang hanya mahu dikenali sebagai Amir, 21, berkata, dia menyertai pelaburan membeli mata wang kripto itu apabila seorang pensyarahnya yang juga ketua atau 'leader' skim itu membuat iklan dalam kumpulan WhatsApp pada Jun lalu.


"Saya mula memasukkan RM138 lebih 10 kali ke lima akaun berbeza sehingga kerugian hampir RM3,900. Lebih malang, saya juga ajak adik melabur RM2,800 kerana percaya pelaburan itu memberi keuntungan selepas melihat akaun saya bertambah menjadi lebih RM9,000.

"Pada 18 Oktober akaun pelaburan saya tidak dapat dibuka lalu saya serta rakan lain sedar kami sudah ditipu sebelum membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu, Khamis lalu," katanya.

Seorang lagi penuntut, Johan, 21, mendakwa kerugian lebih RM2,000 apabila menyertai pelaburan berkenaan menerusi akaun atas beberapa nama pada Jun lalu selepas tertarik dengan keuntungan ditawarkan, manakala adiknya yang berada di IPTA lain melabur lebih RM2,400.

Penuntut yang mahu dikenali sebagai Yasmin, 27, berkata dia kerugian lebih RM10,000 dan sudah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut, namun ada rakan-rakan belum membuat laporan kerana bimbang diketahui ibu bapa dan untuk mengelakkan rasa malu.


Sebahagian pelajar IPTA yang membuat laporan polis berhubung dakwaan ditipu skim pelaburan mata wang kripto. Mereka membuat pelaburan selepas terpikat dengan janji manis keuntungan 30 peratus sebulan. Ada penuntut menggunakan wang simpanan dan PTPTN untuk melabur. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat ketika dihubungi, berkata polis menerima 21 laporan termasuk daripada penuntut IPTA di bandar ini dengan jumlah kerugian didakwa hampir RM900,000 selepas membuat pelaburan berkenaan sejak 18 Oktober.

"Jumlah kerugian dilaporkan hampir RM900,000 dengan setiap mangsa mendakwa rugi antara RM140 hingga RM200,000 seorang. Polis menyiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK)," katanya menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan membuat siasatan sebelum melabur bagi mengelakkan kerugian.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makneng 25-10-2021 12:09 PM
Baik dapat makan nasi putih, telur dadar & sup kosong.. Terus makan pasir dekkk
Quote ninja9 25-10-2021 12:11 PM
bukan saja individu demi individu yang kena scam... generasi demi generasi juga akan kena scam. dulu ingat lagi skim cepat kaya yang tumbuh merata-rata spt al arabic entah apa nama lagi tu.. semua pakai moddal air liur dan janji kosong sahaja, ramai yang rugi berpuluh ribu... skim cepat kaya juga adalah sejeni scam kerana sistemnya akan runtuh pada bila-bila masa sahaja
Quote matamata 25-10-2021 12:15 PM
lepas tu piket ramai2 taknak bayar loan
Quote budaktua 25-10-2021 12:17 PM
ini mmg scam ke @ pelaburan mmg tk menjadi..?

aku ni kdng2 gatal hati juga nk masuk invest kripto ni.... seribu cukup  ke..?
Quote burque 25-10-2021 12:31 PM
Invesr crypto dgn org buat apa.. Crypto tu bole beli sendiri.. Manage akaun sendiri.  Jual dan beli bila2 masa nak
Quote Decaffeinated 25-10-2021 12:37 PM
konsepnya macam simpan cash juga. kalau satu hari semua pakat tak layan cash then it becomes just kertas ja lah

cuma bezanya ada ka orang tak nak cash

Quote mamajawie 25-10-2021 12:39 PM
aku pun nyaris nk terbagi duit kat orang..last2 aku invest sndri je la beli kat Luno..walaupun RM1000 tetap duit dik oii..
Quote smurfetz 25-10-2021 12:46 PM
cemana nak beli kripto ni? guna apps/ akaun apa?
teringin nak belajar
Quote mziskandar 25-10-2021 12:48 PM
sape beli seblom covid hari tu untung aaa...
beli sendiri jgn beli atas org.
kena rajin belajar.
Quote kelapaparut 25-10-2021 12:55 PM
pensyarah nye pun..knp la pi racun budak2 ni, ingat kan pandai pensyarah bodoh kne scam
Quote KamikuP 25-10-2021 01:05 PM
Bodonya lahai pensyarah ni habis la kene tindakan ajak pelaja joinT kripto bodo nih..
Quote jazaa100 25-10-2021 01:06 PM
makneng replied at 25-10-2021 12:09 PM
Baik dapat makan nasi putih, telur dadar & sup kosong.. Terus makan pasir dekkk

Ha..ha....pjg sgt mak neng tulis...
Nasi putih, telor dadar & sup kosong tu, Nasi bujang....
Quote prettyuglybabe 25-10-2021 03:48 PM
report jah pensyarah yang scam student tu..
Quote pearl.silver 25-10-2021 04:02 PM
Pecat si pensyarah tu!
Quote cheezel 25-10-2021 04:19 PM
jangan salahkan kerajaan plk
Quote makneng 25-10-2021 04:51 PM
jazaa100 replied at 25-10-2021 01:06 PM
Ha..ha....pjg sgt mak neng tulis...
Nasi putih, telor dadar & sup kosong tu, Nasi bujang....:laugh ...

Laaa ada nama pendek ghopenya menu ni
Quote Cik_jantung 25-10-2021 05:04 PM
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 01:42 PM

..........
Quote HannahMontana. 25-10-2021 05:04 PM
kesan vaksin ke ???
Quote krustykrab 25-10-2021 05:24 PM
Patut ambik tindakan kt pensyarah ni..sbg org yg berilmu, cerdik, tak patut duk encourage students perabih duit yg x seberapa tu..

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.077835 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top