Oleh Adib Za Hujung minggu tiba lagi. Apa perancangan anda minggu ini? Sudah lama tidak pulang ke kampung? Apa kata minggu ini anda menceriakan hati ibu dan ayah dengan pulang ke kampung.
Bukan apa, anak-anak anda juga dah lama rindukan nenek dan datuk. Bila terfikir balik, sudah berapa lama anda tak bertanya khabar orang tua di kampung? Jangan pernah abaikan tanggungjawab sebagai anak. Masih ingatkah anda bagaimana anda ditatang bagaikan minyak yang penuh kecil. Mungkin mereka sekarang sedang merindukan anda, anaknya... Sebagai anak, anda haruslah sentiasa memastikan keselesaan, keselamatan dan kesihatan ibu bapa sentiasa dalam keadaan baik.
Apatah lagi menjaga hati mereka itu ibarat mendahulukan ibu bapa untuk segala hal. Jom cek adakah anda benar-benar telah mendahulukan ibu bapa anda: 1. Jangan lupa mendoakan kesejahteraan ibu dan bapa anda 2. Memberi bantuan dari segi kewangan mahupun material 3. Jika anda mampu, sediakan mereka tempat tinggal 4. Berikan sepenuh perhatian terhadap mereka, apa yang mereka minda dan sebagainya. 5. Jangan sesekali melupakan ibu bapa di kampung, hubungi mereka selalu.. 6. Lakukanlah apa yang disukai mereka 7. Bercakap dengan lemah lembut 8. Menghadiahkan ibu bapa dengan kajayaan anda dalam pelajaran, syarikat dan negara. 9. Meluangkan masa bersama mereka 10. Membantu tanpa diminta Jom apa lagi, kemas beg dan berangkat ke kampung malam ini juga.. ibu dan ayah sedang rindukan anda.. - CARI Infonet
|
42
Bagus |
28
Marah |
33
Terkejut |
24
Sedih |
30
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT