CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rahim Dikejarkan Ke Hospital Selepas Konsert Bersama Sepahtu

15-6-2015 12:04 PM| Diterbitkan: CMFreporter2| Dilihat: 11453| Komen: 31

Description: Pelawak ini dikejarkan ke hospital kerana mengalami sesak nafas..
Oleh Adib Za

Pelawak Rahim dikhabarkan mengalami sesak nafas selepas mengadakan persembahan Konsert Jelajah Sepahtu di Jengka.

Namun, kini keadaan Rahim dilaporkan semakin baik. Memetik laporan di portal Mstar Online, Rahim atau nama sebenarnya Rahim Mat Ali, 45 mengalami masalah sesak nafas akibat serangan gastrik.

"Sebenarnya ia tidak begitu serius cuma sewaktu selesai mengadakan persembahan saya mengalami masalah sukar untuk bernafas akibat daripada gastrik.

"Selepas melihat keadaan saya begitu, mereka segera menghantar saya ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut," ujarnya menerusi portal berkenaan. 

Rahim bagai manapun menafikan masalah sesak nafas itu berpunca daripada sakit jantung seperti yang dikatakan oleh sesetengah pihak. 

Selepas melalui beberapa ujian pemeriksaan, doktor mendapati kesakitan berlaku akibat penat dan masa makan yang tidak menentu.


(Sumber foto: Instagram Jep Sepahtu)


"Doktor turut melakukan pemeriksaan jantung dan mengambil darah, Alhamdulillah tiada apa yang serius cuma ia mungkin disebabkan oleh penat dan makan yang tidak menentu.

"Ia juga berlaku disebabkan perasaan terlebih gemuruh untuk mengadakan persembahan kerana ini adalah konsert jadi ia sedikit sebanyak memberi tekanan kepada diri saya," katanya lagi menerusi portal Mstar.

Semoga Rahim cepat sembuh dan kembali bekerja seperti biasa hendaknya ya. Jangan lupa jaga pemakanan ya.  -CARI Infonet
20

Bagus
26

Marah
15

Terkejut
16

Sedih
24

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (120 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote changa=famri7 15-6-2015 12:32 AM
[size=0.98em]Tambah Rahim, selepas melakukan pemeriksaan, doktor menjelaskan punca masalah itu berpunca daripada pemakanan tidak menentu sehingga menyebabkan gastrik dan sesak nafas.

"Doktor turut melakukan pemeriksaan jantung dan mengambil darah, Alhamdulillah tiada apa yang serius cuma ia mungkin disebabkan oleh penat dan makan yang tidak menentu.

"Ia juga berlaku disebabkan perasaan terlebih gemuruh untuk mengadakan persembahan kerana ini adalah konsert jadi ia sedikit sebanyak memberi tekanan kepada diri saya," katanya.

Dalam pada itu, Rahim berkata, masalah yang berlaku itu tiada kaitan dengan masalah jantung seperti yang dikatakan oleh sesetengah pihak.

Malah katanya, kejadian serupa pernah menimpa dirinya ketika sedang menjalani penggambaran sebelum ini.

[size=0.98em]
[size=0.98em]Jep memuat naik gambar ketika bersama Rahim di hospital.
[size=0.98em]"Ini merupakan kali kedua kejadian sama berlaku tetapi ia tidak seteruk sehingga perlu mendapatkan rawatan di hospital.

"Doktor juga ada menasihatkan saya supaya makan mengikut masa serta tidak begitu tertekan selain perlu mendapatkan rehat yang cukup supaya kejadian berkenaan tidak berlaku lagi," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Rahim berkata, dia kini sedang sibuk menjalani pengambaran filem Raja Kapcai bersama barisan pelakon Fad (Bocey), Shuk (Balas) dan Serina Redzuawan.



Quote suterabiru123 15-6-2015 12:34 AM
get well soon rahim
Quote melinda_kerr 15-6-2015 12:41 AM
Jagalah mkn. asid tu dah naik ke atas. GERD.
Quote Lorra2411 15-6-2015 12:45 AM
Get well soon Rahim
Quote fuyupoktek 15-6-2015 01:51 AM
Swit nya jep belai usap kepala rahim
Quote mommymonster82 15-6-2015 02:48 AM
Member me pon ada gastrik teruk... klu kena tu mmg sesak nafas muntah2 semua... kesian sgt..syafakallah Rahim
Quote doubleA 15-6-2015 02:58 AM
Ingatkan rahim mana la tadi.
Gws.
Quote aTiKah_aYuNi 15-6-2015 08:54 AM
get well soon
Quote bebba 15-6-2015 09:08 AM
thb masa bca ni td.. dlm kpla aku 'rahim who?'
gws
Quote yayangmama 15-6-2015 09:09 AM
smoga cepat sembuh....

sy pernah kena gastrik tapi jenis yg keluar atas, keluar bawah

huhuhu...cukup lah sekali kena cenggitu...serikkkk
Quote tomet05 15-6-2015 09:10 AM
masalah gerd nih kot .. angin menolak ke salur pernafasan ..
Quote mamapea 15-6-2015 09:47 AM
kesiannya rahim..baik sungguh si jep & syuib..
muka nmpk risau jer..
get well soon Rahim...Amin..
Quote mamapea 15-6-2015 09:47 AM
kesiannya rahim..baik sungguh si jep & syuib..
muka nmpk risau jer..
get well soon Rahim...Amin..
Quote chaintea 15-6-2015 11:06 AM
smlm tgk di FB bersepah kata Rahim dh passed away
check di Cari Gossip xde apa news

dlm hati said...sah penipu nak naikkn rating ke blog dia semata
jahat sgt
Quote jefri90 15-6-2015 12:22 PM
get well soon ye. kurangkan makanan berasid masam2
Quote zaraaqilah 15-6-2015 12:47 PM
get well soon rahim....masa sakitlah kita boleh tahu mana satu sahabat mana satu musibat....
Quote bambimbom 15-6-2015 01:05 PM
gws rahim... walaupun aku tak berape nak hadam dgn lawak2 ko...
Quote beatgirlX 15-6-2015 01:09 PM
chaintea replied at 15-6-2015 11:06 AM
smlm tgk di FB bersepah kata Rahim dh passed away
check di Cari Gossip xde apa news

haah..betul..
ada gak nampak smlm tapi tak baca pun sebab tak kenal siapa rahim..
but bagusnya shuib ngan jepp...
muka risau ...
apa pun gws en rahim
Quote maxim 15-6-2015 01:15 PM
gws


kipidap

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.061965 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top