[size=0.98em]Tambah Rahim, selepas melakukan pemeriksaan, doktor menjelaskan punca masalah itu berpunca daripada pemakanan tidak menentu sehingga menyebabkan gastrik dan sesak nafas.
"Doktor turut melakukan pemeriksaan jantung dan mengambil darah, Alhamdulillah tiada apa yang serius cuma ia mungkin disebabkan oleh penat dan makan yang tidak menentu.
"Ia juga berlaku disebabkan perasaan terlebih gemuruh untuk mengadakan persembahan kerana ini adalah konsert jadi ia sedikit sebanyak memberi tekanan kepada diri saya," katanya.
Dalam pada itu, Rahim berkata, masalah yang berlaku itu tiada kaitan dengan masalah jantung seperti yang dikatakan oleh sesetengah pihak.
Malah katanya, kejadian serupa pernah menimpa dirinya ketika sedang menjalani penggambaran sebelum ini.
[size=0.98em] ![](http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/06/14/rahim-masuk-hospital/~/media/26b3339936cf458da8bbe5dee98aaedd.ashx?la=en&h=488&w=448) [size=0.98em]Jep memuat naik gambar ketika bersama Rahim di hospital. [size=0.98em]"Ini merupakan kali kedua kejadian sama berlaku tetapi ia tidak seteruk sehingga perlu mendapatkan rawatan di hospital.
"Doktor juga ada menasihatkan saya supaya makan mengikut masa serta tidak begitu tertekan selain perlu mendapatkan rehat yang cukup supaya kejadian berkenaan tidak berlaku lagi," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Rahim berkata, dia kini sedang sibuk menjalani pengambaran filem Raja Kapcai bersama barisan pelakon Fad (Bocey), Shuk (Balas) dan Serina Redzuawan.
|