CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terbunuh Bayi ... Balutnya dan Sembunyi Dalam Mesin Basuh!

15-6-2015 10:17 AM| Diterbitkan: CMFreporter1| Dilihat: 7790| Komen: 22

Description: KEJAM dan melampau.. seorang wanita berusia 23 tahun tergamak menyumbat bayi perempuan yang masih bertali pusat dalam sebuah plastik sebelum bertindak menyembunyikan dalam mesin basuh di rumahnya yang ...


KEJAM dan melampau.. seorang wanita berusia 23 tahun tergamak menyumbat bayi perempuan yang masih bertali pusat dalam sebuah plastik sebelum bertindak menyembunyikan dalam mesin basuh di rumahnya yang terletak di Kampung Bukit Lakota, Jeli, Kelantan.

Memetik daripada laporan Mynewshub,  difahamkan suspek yang merupakan pembantu kedai telah melahirkan bayi tersebut seorang diri tanpa diketahui keluarganya, petang semalam.

Berdasarkan laporan polis, suspek mendakwa menyembunyikan bayi itu setelah mendapati anaknya tidak bernyawa ekoran tidak menangis dan tidak bertindak balas.

Siasatan awal mendapati, ibu suspek tidak mengetahui tentang kehamilan anaknya itu selama ini.


Bagaimanapun, hal ini terbongkar apabila suspek yang mengadu kesakitan dibawa ke Hospital Jeli.

Suspek yang mengalami pendarahan teruk membuatkan doktor curiga sekali gus membuat suspek berterus-terang tentang kelahiran anak luar nikahnya itu.

Berikutan itu, pihak hospital bertindak memaklumkan kepada pihak polis sebelum mayat bayi malang yang cukup sifat itu ditemui dibelakang rumah suspek kira-kira 2.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jeli Deputi Superintendan Mohd Yusoff Jaafar turut mengesahkan kejadian itu.

Kes terbabit masih dalam siasatan, manakala suspek telah dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk mendapatkan rawatan. - CARI Infonet


Sumber : Mynewshub.cc

12

Bagus
26

Marah
55

Terkejut
23

Sedih
25

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (164 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Changa 15-6-2015 08:34 AM
Apa yang penting kena pakai tudung bawal ye dak?
Quote CrowneGlory 15-6-2015 08:39 AM
Sedap bbrp minit ... Menangung malu, sakit...silap2 masuk penjara bertahun2... Yg penyumbang sperm..watlek watpis je ..memancut sana sini lg...mcm harammm
Quote scorpionkiki 15-6-2015 08:41 AM
Gebunya baby tersebut..... kalau tak mau..bg pada orang lain dek
Quote famri7 15-6-2015 08:59 AM
Patutlah kawasan bukit lakota elohim timpa hujan dgn kilat bagai nk gila setiap hari sis..Banyak syaitan rupa2nya..selayaknyalah kan cikki bertudung itu panah petir jah...dengar2nya sudah bertunang tapi x sure konek siapa yang menerpa masuk dulu.
Quote chinta89 15-6-2015 09:05 AM
yg tanggung malu ko sorg je dik, si prempuan..yg lelaki akan rileks je sb bukan diorg yg bawak perut, so... perempuan di luar sana please jaga diri.

prmpuan ni dia dengan rela atau kena rogol?
Quote bebba 15-6-2015 09:20 AM
allah...
nape smpai gitu dek?
Quote prizadane 15-6-2015 09:42 AM
putih gebu baby ni. tapi dah umur dia tak lama. maybe baby ni dah lemas masa tengah diteran keluar. macam kes aku dulu, fetal distress. terus kena vacuum sebab takut baby lemas.

Alfatihah untuk baby ni..

untuk mak baby ni, kenapa la bodoh sangat???  
Quote sgbuloh 15-6-2015 10:22 AM
buat anak berdua. lahirkan anak sorang2. last2 masuk washing machine baby tu.
Quote Lina66 15-6-2015 10:33 AM

Astaghafirullahalazim....


tolong la masok kan mak budak ni dlm washing machine pulak...
Quote gaara_X 15-6-2015 10:46 AM
terlebih pandai......sadisnya...
Quote prettyuglybabe 15-6-2015 11:13 AM
semoga beliau dgn pasangan beliau mandul selama-selamanya..
Quote Cik_Andak 15-6-2015 11:16 AM
Kesian Baby tu dah xbernyawa...kalau tak nak anak tu berilah pada yang mahu...
Quote yayangmama 15-6-2015 11:17 AM
Ya Allah....

nangis saya tengok pic ni

cumelllll....gebu aje nampak...n nampak berisi....mesti berat 3 kilo lebih juga tu...

sedihnya.......
Quote lazim 15-6-2015 11:20 AM
comei dia.. sayang maknya xhargai
Quote akakmasihvogue 15-6-2015 11:51 AM
kalau serah kat orphancare nih cepat dapat
keluarga angkat.....
Quote mak_wa95 15-6-2015 10:31 PM
cam besor je baby ni...

rambut hitam lebat
Quote ice_sky92 15-6-2015 10:36 PM
Kalau bagi kat aku kan bagus
Quote setia00 17-6-2015 01:41 PM
sedih aku tengok baby ni.
tak bernasib baik dapat mak binatang. bapak mesti lari tak mengaku.
masa sedap tak fikir allah, mak bapak atau malu bila dah jadi macam ni berganda-ganda malunya.
Quote stania83 17-6-2015 01:50 PM
org kampung kampung macam ni laa. bezanya org bandar pandai la sikit, pakai protection ke, tunggu kawen keee

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.190188 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top