CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kapal Tangki Hilang: Kawasan Pencarian MT Orkim Harmony Diperluaskan

15-6-2015 10:57 AM| Diterbitkan: CMFreporter1| Dilihat: 13768| Komen: 78

Description: Usaha mencari dan menyelamat kapal tangki MT Orkim Harmony diteruskan selepas ia diperluaskan kepada 50,000 kilometer persegi yang meliputi perairan Semenanjung Malaysia, Perairan Sarawak dan Perairan ...


Usaha mencari dan menyelamat kapal tangki MT Orkim Harmony diteruskan selepas ia diperluaskan kepada 50,000 kilometer persegi yang meliputi perairan Semenanjung Malaysia, Perairan Sarawak dan Perairan Sabah.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar, laporan yang dibuat bahagian keselamatan syarikat pemilik MT Orkim Harmony terlalu lewat, iaitu selepas 10 jam hilang daripada komunikasi sedikit menyukarkan operasi mencari dan menyelamat.



Tambahnya kapal MT Orkim Harmony memang dilengkapi dengan peralatan yang canggih, namun demikian beliau tidak menolak kemungkinan peralatan komunikasi telah dirosakkan perompak terbabit.

Kapal MT Orkim Harmony dilaporkan hilang pada 6 pagi Jumaat lalu iaitu selang 10 jam selepas terputus hubungan.

Kapal tersebut membawa 22 anak kapal dengan 16 warga tempatan, 5 warga Indonesia dan seorang Myanmar. - CARI Infonet


Sumber : BERNAMA

37

Bagus
18

Marah
20

Terkejut
19

Sedih
25

Lawak
32

Bosan

Friends Rank (151 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ayamserati 15-6-2015 05:03 AM
Pulak dh..kapal hilang
Quote makneng 15-6-2015 07:21 AM
Kapal tangki hilang kapal terbang hilang.  Alahai Malaysia
Quote gaara_X 15-6-2015 07:53 AM
entah ler jack.....makin banyak benda yang hilang skang nie....
Quote chinta89 15-6-2015 08:01 AM
kapal terbang.. kapallaut..

lepas ni ape lg nk hilang? something fishy ni..
Quote scorpionkiki 15-6-2015 08:13 AM
Kalau dua orang penyamun tu hilang kan bagus.....
Quote funnyTONE 15-6-2015 08:20 AM
scorpionkiki replied at 15-6-2015 08:13 AM
Kalau dua orang penyamun tu hilang kan bagus.....

baru nk cakap
Quote Lina66 15-6-2015 08:24 AM

Alahaiiiii.... kapal laut plak yg hilang..

Harap2 anak2 kapal berada dlm keadaan selamat... aminnnn2...
Quote ridz09 15-6-2015 08:26 AM
Oh Malaysia ku...
Quote Changa 15-6-2015 08:36 AM
Lina66 replied at 15-6-2015 08:24 AM
Alahaiiiii.... kapal laut plak yg hilang..  

Harap2 anak2 kapal berada dlm keadaan selama ...

Selayak nya la dgn ibu pertiwi ini sis.
Daripada pemimpin sampai la rakyat nya semuan nya batak macai hauk.
Quote miss_kitab 15-6-2015 09:08 AM
kapal terbang hilang
kapal laut hilang
duit bilion2 hilang
monggolian hilang

isk3 cam2 yg hilang
Quote rosasa 15-6-2015 09:57 AM
Edited by rosasa at 15-6-2015 09:59 AM

Anda di sini: Laman Utama | Malaysia »
Status kapal tangki Orkim Harmony dilaporkan hilang, bukan 'dirampas'
Astro Awani | Kemas kini: Jun 14, 2015
(Diterbitkan pada: Jun 14, 2015 18:46 MYT)

Status kapal tangki Orkim Harmony dilaporkan hilang, bukan 'dirampas'

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan rasa bimbang mengenai keberadaan sebuah kapal tangki membawa petrol MT Orkim Harmony yang dilaporkan hilang di kedudukan 30 batu nautika timur Tanjung Sedili, Kota Tinggi pada Khamis lalu.

Perkara itu dizahirkan melalui akaun Twitter rasmi beliau:


“Saya rasa khuatir dengan berita mengenai kapal tangki milik Malaysia yang hilang. Saya berdoa demi keselamatan anak-anak kapal. Kerajaan akan menggeakkan aset negara untuk mencarinya,” ujar Najib.

Operasi pencarian pada pagi ini meliputi kawasan seluas 20,000 kilometer persegi.

Pengarah Operasi Wilayah Maritim Selatan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Pertama Maritim Ibrahim Mohamad berkata kawasan pencarian melibatkan Tanjung Penawar hingga ke Mersing seterusnya melangkaui sempadan perairan Malaysia dan negara jiran.


Read more at: http://www.astroawani.com/berita ... n-dirampas-62496?cp
Quote rosasa 15-6-2015 09:59 AM
Mohd Najib Tun RazakVerified account
@NajibRazak
I am distressed by the news of the missing Msian-owned tanker.I pray for the safety of the crews.The Gov w deploy our resources 2 locate it.
Quote rosasa 15-6-2015 10:00 AM
Anda di sini: Laman Utama | Malaysia »
Usaha cari kapal tangki hilang diperluas ke sempadan negara jiran - APMM
Bernama | Kemas kini: Jun 14, 2015


Usaha cari kapal tangki hilang diperluas ke sempadan negara jiran - APMM


JOHOR BAHRU: Operasi mencari sebuah kapal tangki membawa petrol yang dilaporkan hilang di kedudukan 30 batu nautika timur Tanjung Sedili, Kota Tinggi pada Khamis diteruskan pagi ini meliputi kawasan pencarian seluas 20,000 kilometer persegi.

Pengarah Operasi Wilayah Maritim Selatan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Pertama Maritim Ibrahim Mohamad berkata kawasan pencarian melibatkan Tanjung Penawar hingga ke Mersing seterusnya melangkaui sempadan perairan Malaysia dan negara jiran.

"Kapal MT ORKIM HARMONY sejenis kapal tangki yang berdaftar di Malaysia itu membawa muatan petrol RON95 anggaran 6,000 tan metrik dalam pelayaran dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan.

"Laporan kehilangan kapal telah dibuat oleh syarikat kapal tersebut Orkim Ship Management Sdn Bhd pada pukul 6.30 pagi 12 Jun lepas," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Katanya terdapat 22 kru berumur antara 20 hingga 64 tahun dalam kapal itu terdiri daripada 16 warganegara Malaysia, lima warganegara Indonesia dan seorang warganegara Myanmar.

Ibrahim berkata pihaknya turut memanjangkan maklumat berkenaan kepada pihak berkuasa Singapura iaitu Singapore Police Coast Guard (SPCG) dan juga pihak berkuasa Indonesia Badan SAR Nasional (BASARNAS) serta Badan Keamanan Laut Republik Indonesia (BAKAMLARI).

Selain itu, maklumat kehilangan kapal berkenaan turut dimaklumkan melalui Nevtext kepada kapal-kapal lain dalam pelayaran bagi membantu mengesan kapal tersebut, katanya.

"Sehingga kini belum ada sebarang maklumat penemuan MT ORKIM HARMONY. Usaha mencari dan menyelamat kapal tersebut masih diteruskan dan pemantauan juga dilaksana oleh aset-aset APMM di perairan Sabah dan Sarawak," katanya.

Sebaik menerima laporan kehilangan tersebut, APMM Wilayah Maritim Selatan telah melancarkan operasi pencarian melibatkan sebuah helikopter, tigakapal dan bot selain turut mendapat bantuan dua buah kapal Tentera Laut Diraja Malaysia.

Di Kuala Lumpur, Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata TLDM menghantar tiga buah kapal bagi membantu APMM dalam usaha mencari kapal tangki itu.

Beliau berkata tiga kapal itu ialah KD Terengganu, KD Pendekar dan KD Ganyang.

"Kira-kira 150 anggota TLDM terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat. Setakat ini kami belum menerima apa-apa maklumat daripada kru.

"Kami sedang membantu APMM dalam operasi ini," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.


Read more at: http://www.astroawani.com/berita ... jiran-apmm-62484?cp
Quote debab_78 15-6-2015 10:01 AM
Ni kena rampas ke atau tenggelam? ikshhhh mcm2 la haiiì
Quote zawara 15-6-2015 10:05 AM
Da nk puasa ni hilang pulak kesian family crew
Quote ninjago 15-6-2015 10:08 AM
makin banyak plak benda yg hilang skarang nie.. macam2 benda pelik kat M'sia skrg nie la
Quote nh83 15-6-2015 10:11 AM
hilang kapal pulak dah..apa2x pun moga anak2x kapal selamat hendaknya..
Quote shoryu 15-6-2015 10:13 AM
scorpionkiki replied at 15-6-2015 08:13 AM
Kalau dua orang penyamun tu hilang kan bagus.....

Hihi kalau ini fb aku tekan like dah..banyak sangat dah musibah yang berlaku tahun lepas dan tahun ni
Quote Artemesiaa 15-6-2015 10:14 AM
Adalah lebih elok panggilkan je Captain Jack Sparrow tolong nyiasat al maklum le kapal Black Pearl dalam botol pun dia boleh jumpa apalah sangat dengan kapal tanker ni.

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.055221 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top