Bagi sesetangah individu, meneroka dunia berseorangan - makan di restoren atau keluar menonton wayang bersendirian mungkin suatu perkara yang memalukan. Semua mata pastinya melihat anda dengan tanda tanya dikepala, "Apalah masalah budak ini berjalan seorang diri?" "Manalah kawan-kawan ke memang tiada kawan. Kesian". Sebenarnya itu semua hanyalah apa yang berlegar diruang fikiran mu sahaja, tidak selalunya kes berakhir dengan soalan seperti ini. Jadi macam mana nak enjoy jika anda ditakdirkan berseorangan? Mungkin kamu bukan jenis tak ada kawan tapi mungkin salah percaturan, sahabat anda semuanya sibuk disaat anda ingin sangat keluar berhibur. Sebenarnya ada 4 cara yang boleh kamu lakukan disaat anda keseorangan dan tampil sangat 'cool'. Jom baca:
1. Bersedia untuk menjadi tidak selesa Jadi memang tiada siapa mahu menonton wayang bersama kamu. Tiada sebab kamu tidak melakukannya secara solo. memang betul, ada teman itu dapat menyelimuti perasaan tak selesa. Tapi apa masalah sebenarnya jika kamu tidak selesa. Berbanggalah dengan perasaan tidak selesa tersebut. Hadapinya, dan anda akan melihat suatu sisi anda yang tidak dapat kamu lihat jika bersama dengan sahabat. Suatu yang pasti, anda akan lebih dimensional apabila berseorangan dan menjadi lebih kreatif bersendiri. Cubalah cabar diri anda untuk menghadapi perasaan tidak selesa dengan yakin! 2.Bersosial dengan diri anda sendiri Tiba masanya anda membawa headphone, buku atau segala buku dan pen untuk masa kamu dan diri kamu. Ini dapat memberi ketenangan kepada diri kamu. Ini masanya kamu lebih dekat dengan persekitaran, luaskan minda dan ekspresikan kreativiti anda 3. Pilih duduk di bar Jika kamu pilih untuk makan malam bersendirian, sebaiknya pilih duduk ditempat yang dikhaskan yang mengadap dinding atau bar stand. Kebanyakkan restoren mempunyai sudut sebegini bagi mereka yang bersendirian. Jadi anda dapat mengetahui dan menjamah sekeliling anda dengan segala yang berlaku tanpa diganggu oleh sesiapa. 4.Hiraukan keadaan sekeliling Inilah masanya anda boleh pedulikan mata-mata yang sekian lama asyik meniti semua tentang anda. Ini masanya kamu boleh hidung tinggi dan berlagak sombong dihadapan mereka kerana sememangnya mereka bukan mengenali anda. Di saat ini lupakan untuk jaga hati orang lain kerana disaat ini, kamu hanya perlu fikirkan diri kamu sahaja. Kamu adalah raja untuk dirimu |
ADVERTISEMENT