CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Cinta & Perhubungan Lihat artikel

Tempat 'Dating' Yang Boleh Anda Cuba Selepas GST

22-4-2015 06:15 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2881| Komen: 1

Description: Rancang tempat 'dating' anda selepas GST ini.
Dengan keadaan ekonomi yang tak menentu, juga dengan perlaksanaan GST ini, mahu tak mahu anda berfikir juga untuk keluar dating dengan pasangan. Mana tidaknya, keluar rumah sahaja bermakna keluarlah duit anda seperti air.


Tapi adakah ini menghalang anda melakukan aktiviti bersama yang  tersayang? Jika kamu masih mencari idea untuk tempat 'dating' yang best, mari LadyLista kongsikan sedikit idea buat kamu yang ingin keluar dating namun masih dalam bajet kamu.

1. Pergi berkelah

Ya betul, pergilah berkelah, rancang bersama pasangan anda untuk menghabiskan masa hujung minggu dengan makanan masakan yang tersayang sambil melihat keindahan keadaan sekeliling. Dengan tikar, nasi lemak atau sandwic serta air!! Nah... anda pasti boleh bergelak gembira.


2. Tonton teater

Selain menonton wayang, teater juga sangat 'best' bagi melihat sendiri bagaimana para pemain menzahirkan emosi semasa membuat persembahan.Mungkin ramai yang tak tahu, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama penggiat seni lain mempersembahkan hampir setiap minggu teater dengan harga yang memang berpatutan dan kadang-kadang secara percuma.

3. Pergi karnival

Di Malaysia ini memang setiap minggu ada sahaja karnival. Anda boleh mengajak pasangan anda ke karnival yang diadakan disamping dapat menambah ilmu mengenai produk-produk baru ataupun muzik-muzik baru yang didendangkan.Kebanyakkan karnival adalah percuma namun ada juga yang berbayar.Anda hanya perlu cari maklumat di internet, nah.. selamat berkarnival.

4. Aktiviti sukan

Bawa pasangan anda menonton aktiviti sukan seperti bola sepak, badminton atau sukan yang anda minat… Kalau nak bawa pergi memancing pun best juga kan?

5. Pergi pasar lambak

Kebanyakkan flee market menjual barangan yang sukar didapati ataupun 'rare'. Juga banyak flee market yang menyediakan hiburan secara percuma. Ajak lah pasangan anda, dan hadiahkanlah si dia mungkin rantai vintaj.. siapa tahu, ia mengeratkan kasih sayang kamu berdua. 

-LadyLista - 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote starbee 19-5-2015 04:20 PM
confirm best sbb boleh jadik diri sendiri...

Lihat semua komen(1)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.036298 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top