Gst: Rakyat Dinasihat Berbelanja Cara Berhemah
Jelas Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, pelaksanaan GST itu merupakan polisi kerajaan dengan mengambil kira kepentingan rakyat. Malah, tegas beliau, hasil cukai yang dikutip itu akan memboleh-kan kerajaan mentadbir urus negara dengan baik termasuk memberi kese-lesaan kepada kehidupan rakyat dalam bentuk pembangunan. “Jangan khuatir atau gelisah dengan GST. Barang keperluan asas se-perti beras, gula, dan tepung tidak menerima kenaikan harga. “Selain itu, saya ingin menasihatkan orang ramai supaya berbelanja dengan berhemah dan mengikut keperluan diri sendiri. Jika kita mengikut cara ini (berhemah), GST bukan satu masalah bagi kita,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sungai Obar, di sini semalam. Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Kewangan negeri memberi jaminan kerajaan negeri berusaha menggalakkan kemasukan pelabur asing untuk melabur di Sabah bagi mewujudkan lebih banyak pemba-ngunan industri baharu. Ujarnya, perkara itu bakal memberi banyak peluang pekerjaan selain menambah pendapatan rakyat khususnya dalam kalangan generasi muda lepasan sekolah serta institut pengajian tinggi. Sementara itu, Musa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga menasihatkan wakil rakyat dan pemimpin masyarakat agar sentiasa turun padang bagi menjaga hubungan baik dengan rakyat di kawasan masing-masing. Tegas beliau, para pemimpin diingatkan tidak menjadi ‘wakil rak-yat bermusim’ kerana rakyat kini bijak menilai kewibawaan seseorang pemimpin dalam membantu menjaga kebajikan dan masalah mereka. “Jangan datang apabila tiba pilihan raya kerana mahu minta undi seperti yang dilakukan oleh parti pembangkang. Saya telah jelaskan kepada semua pemimpin, Ahli Parlimen dan ADUN supaya tidak mengamalkan sikap bermusim. Mereka perlu turun padang apabila ada kelapangan untuk bertemu rakyat,” katanya.
|
21
Bagus |
26
Marah |
22
Terkejut |
24
Sedih |
14
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
miabebe replied at 5-4-2015 03:26 PM
Pasni kompom xde obesiti d mesia..
mattzzx replied at 5-4-2015 03:33 PM
Kompon ke tak ada obersiti lagi???
miabebe replied at 5-4-2015 03:38 PM
Yela...mkn pon kene catu...berhemah kata nya..
Suma nnt kus cm miabebe nmpk ketiak neh..bhahaha ...
kudin66 replied at 5-4-2015 03:19 PM
Nak berhemah macam mana kalau nak makan pun tak cukup. Mau kebulur dibuatnya
sgbuloh replied at 5-4-2015 04:15 PM
rakyat semua kenalah berhemah. sebab pemimpin2 negara nak pakai banyak duit.
axl_bach replied at 5-4-2015 04:30 PM
rakyat UMMAH yg merhein makan jer laa yg asas2 cam beras, tepung minyak tu....jgn nak pk makan yg se ...
FOTHER-MUCKER replied at 5-4-2015 04:35 PM
Bahaya posting ko macam tu nanti ada orang sentap @kemaruk hahahaha
uda replied at 5-4-2015 03:09 PM
Yelah tu...sungguh?
Di kedai mesra petronas -Nasi lemak bungkus pun kena gst. Mee hoon kena gst.
A ...
ADVERTISEMENT