CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8565|Reply: 105

[Tempatan] GST: Rakyat dinasihat berbelanja cara berhemah

[Copy link]
Post time 5-4-2015 02:52 PM | Show all posts |Read mode
SANDAKAN 4 April - Rakyat di negeri ini diingatkan supaya tidak panik dan gelisah ekoran pelaksanaan sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) berkuatkuasa pada 1 April lalu.

Jelas Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, pelaksanaan GST itu merupakan polisi kerajaan dengan mengambil kira kepentingan rakyat.

Malah, tegas beliau, hasil cukai yang dikutip itu akan memboleh­kan kerajaan mentadbir urus negara dengan baik termasuk memberi kese­lesaan kepada kehidupan rakyat dalam bentuk pembangunan.

“Jangan khuatir atau gelisah dengan GST. Barang keperluan asas se­perti beras, gula, dan tepung tidak menerima kenaikan harga.

“Selain itu, saya ingin menasihatkan orang ramai supaya berbelanja dengan berhemah dan mengikut keperluan diri sendiri. Jika kita mengikut cara ini (berhemah), GST bukan satu masalah bagi kita,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sungai Obar, di sini semalam.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Kewangan negeri memberi jaminan kerajaan negeri berusaha menggalakkan kemasukan pelabur asing untuk melabur di Sabah bagi mewujudkan lebih banyak pemba­ngunan industri baharu.

Ujarnya, perkara itu bakal memberi banyak peluang pekerjaan selain menambah pendapatan rakyat khususnya dalam kalangan generasi muda lepasan sekolah serta institut pengajian tinggi.

Sementara itu, Musa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga menasihatkan wakil rakyat dan pemimpin masyarakat agar sentiasa turun padang bagi menjaga hubungan baik dengan rakyat di kawasan masing-masing.

Tegas beliau, para pemimpin diingatkan tidak menjadi ‘wakil rak­yat bermusim’ kerana rakyat kini bijak menilai kewibawaan seseorang pemimpin dalam membantu menjaga kebajikan dan masalah mereka.

“Jangan datang apabila tiba pilihan raya kerana mahu minta undi seperti yang dilakukan oleh parti pembangkang. Saya telah jelaskan kepada semua pemimpin, Ahli Parlimen dan ADUN supaya tidak mengamalkan sikap bermusim. Mereka perlu turun padang apabila ada kelapangan untuk bertemu rakyat,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2015 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
time berbelanja ni, mmg susah sgt nak berhemah
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2015 03:05 PM | Show all posts
oleh kerana GST saje ke kena berbelanja berhemah?
kata banyak harga barang turun disebabkan GST....pulun habis kalau camtu....
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2015 03:09 PM | Show all posts
Yelah tu...sungguh?
Di kedai mesra petronas -Nasi lemak bungkus pun kena gst. Mee hoon kena gst.
Air minum mineral, roti gardenia, air teh botol pun kena gst.
So tak membebankan rakyat ke?
Nak belanja berhemah apanya?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2015 03:19 PM | Show all posts
Nak berhemah macam mana kalau nak makan pun tak cukup. Mau kebulur dibuatnya
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2015 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
gst oh gst..tadi beli brg runcit kat nsk kena gst rm15..beli seratus lebih je pon tp disebankn semua yg aku beli tu mkanan yg diproses..crab, prawn, cuttlefish ball je kot..huwaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2015 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasni kompom xde obesiti d mesia..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2015 03:33 PM | Show all posts
miabebe replied at 5-4-2015 03:26 PM
Pasni kompom xde obesiti d mesia..

Kompon ke tak ada obersiti lagi???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2015 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
mattzzx replied at 5-4-2015 03:33 PM
Kompon ke tak ada obersiti lagi???

Yela...mkn pon kene catu...berhemah kata nya..

Suma nnt kus cm miabebe nmpk ketiak neh..bhahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2015 03:44 PM | Show all posts
miabebe replied at 5-4-2015 03:38 PM
Yela...mkn pon kene catu...berhemah kata nya..

Suma nnt kus cm miabebe nmpk ketiak neh..bhahaha ...

i suka i suka nampak ketiak miabebe tu......
tapi mungkin sorang saje yg masih obersiti kot....

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2015 03:44 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 5-4-2015 03:45 PM

Bagus sabah ni sebab ada target untuk future ekonomi tak macam setengah negeri di semenanjung cuba manghalau pelabur.g
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2015 03:55 PM | Show all posts
kudin66 replied at 5-4-2015 03:19 PM
Nak berhemah macam mana kalau nak makan pun tak cukup. Mau kebulur dibuatnya

auuummmmm..........
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2015 03:57 PM | Show all posts
balik-balik rakyat je kena catu... menteri-menteri bila lagi???? pooooohhhhhhhhkkkkeeeeeeeeyyyyyyymarrrrrrkkkkkkkkkk betullah babi-babi ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2015 04:15 PM | Show all posts
rakyat semua kenalah berhemah. sebab pemimpin2 negara nak pakai banyak duit.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2015 04:16 PM | Show all posts
Pringles terpaksa diganti dengan buah-buahan segar yang zero GST....
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2015 04:22 PM | Show all posts
sgbuloh replied at 5-4-2015 04:15 PM
rakyat semua kenalah berhemah. sebab pemimpin2 negara nak pakai banyak duit.

betul. kesianlah pada para menteri. sesungguhnya mereka hidup bagai kais pagi makan pagi, kais peteng belum tentu dapat makan petang. betul tak, @Anak_Nogori ?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2015 04:30 PM | Show all posts
rakyat UMMAH yg merhein makan jer laa yg asas2 cam beras, tepung minyak tu....jgn nak pk makan yg sedap2 jer...

bagi UMMAH pemimpin jer makan yg sedap2 cam LOBSTER....eh lobster kene GiEsTi x???lol
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2015 04:35 PM | Show all posts
axl_bach replied at 5-4-2015 04:30 PM
rakyat UMMAH yg merhein makan jer laa yg asas2 cam beras, tepung minyak tu....jgn nak pk makan yg se ...

Bahaya posting ko macam tu nanti ada orang sentap @kemaruk  hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2015 04:38 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 5-4-2015 04:35 PM
Bahaya posting ko macam tu nanti ada orang sentap @kemaruk  hahahaha

ooooo, apsal?? @kemaruk tu tokey kolam lobster yg berjaya ker???

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2015 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa nak kena berhemah kalau harga brg turun?patotnya menggalakkkan org berbelaja la lagi sbb harga turun baka kata mat maselan 3.8 aritu kan?cecite sket
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.258433 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list