CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tabiat Minum 'Teh O Ais' Penyebab Kegagalan Buah Pinggang

6-4-2015 11:43 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7036| Komen: 20

Description: Teh Hitam Komponen Utama Minuman Itu Dikatakan Mengandungi Banyak Kandungan Garam Asid Ataupun Oksalat, Yang Sering Dikaitkan Dengan Masalah Membabitkan Buah Pinggang. Ekoran Tabiat Minum Teh Lelaki I ...
Tabiat Minum 'Teh O Ais' Penyebab Kegagalan Buah Pinggang


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dari Arkansas, Amerika Syarikat dilaporkan mengalami kegagalan buah pinggang dan ia dikaitkan dengan tabiatnya yang gemar minum 'teh o ais' yang keterlaluan.

Dia yang berusia 56 tahun itu dikatakan meminum sehingga melebihi empat liter 'teh o ais' setiap hari.

Teh hitam komponen utama minuman itu dikatakan mengandungi banyak kandungan garam asid ataupun oksalat, yang sering dikaitkan dengan masalah membabitkan buah pinggang. Ekoran tabiat minum teh lelaki itu menyebabkan kadar pengambilan oksalatnya lebih daripada 1,500 miligram sehari.

Selepas dimasukkan ke hospital sekitar Mei tahun lalu, pemeriksaan hospital mendapati air kencingnya dipenuhi gentian kristal kalsium oksalat.

"Ia adalah penjelasan yang munasabah," kata Dr Umbar Ghaffar dari University of Arkansas.

Beliau bersama dua orang lagi doktor memberikan penjelasan mengenai kes ini menerusi laporan yang disiarkan New England Journal of Medicine pada Khamis.

Oksalat turut terkandung dalam pelbagai makanan harian lain seperti sayur bayam, coklat, kacang dan dedak gandum. Lazimnya pakar menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil lebih dari 50 miligram oksalat dalam sehari.

2

Bagus

Marah
4

Terkejut
5

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TuntungReturn 3-4-2015 11:36 PM
4 liter???
Quote JohnDeSouza 3-4-2015 11:41 PM
puiiiii dasat seleranyaaa...better ayaq kosong aja.
Quote alesandra 3-4-2015 11:47 PM
bayangkan lebih kurang 4 1/2 botol besar air mineral yg selalu kita minum tu...dasat betul
Quote vespa_oren 3-4-2015 11:48 PM
Aku jika gie kedai makan order teh o ais, teh tarik jer dah hari2 makan kat luar
Quote olaoliolu 3-4-2015 11:49 PM
teh o ais ke long island nii

eh camne kalau green tea eh, haihhh

then i stick to air masak mati je laaa
Quote missDollie 3-4-2015 11:52 PM
kawan aku sorang tu suka betul air manis..nak tengok minum air kosong cukup susah..bila suruh minum dia cakap lidah tak boleh terima la, tawar sangat la..aku risau gak dia kena sakit buah pinggang ni..
Quote ice_sky92 3-4-2015 11:54 PM
Korang berhenti la minum air manis ni. Minum air kosong sudah. Lapan gelas sehari. Huhu.
Quote ninja boy 4-4-2015 12:12 AM
itula elok2 loji rawatan air bersihkan air masuk air pipe tup2 korang cemarkan lagi air itu tambah perasa masuk perut satu kerja pulak ginjal memproses air itu lagi,
Quote otai_g 4-4-2015 01:42 AM
aku pun suka minum teh o ais sebab murah.

tp segelas jer la. segelas ok kot.
Quote Felycya 4-4-2015 02:05 AM
Aku xgemar sgt teh/teh o ais.

Tp aku suke milo ais.
Quote apalancut 4-4-2015 03:23 AM

Aku xgemar sgt teh/teh o ais.

dan aku tak suke milo ais.

Tp aku suka singo beng.
Quote apalancut 4-4-2015 03:23 AM

Aku xgemar sgt teh/teh o ais.

dan aku tak suke milo ais.

Tp aku suka singo beng.
Quote tanganbercakap 4-4-2015 03:37 AM
Banyak betoi die minum..
Quote sekngucing 4-4-2015 03:44 AM
aku suka limau ais
aku campur dgn buah peria katak
Quote miorazmai2050 16-8-2015 07:55 PM
Info terbaik

Quote ohnoLia 16-8-2015 07:57 PM
Green tea ok x?
Quote primemova 16-8-2015 08:15 PM
Bukan salah teh o ais.... Apa saja kalau diambil berlebihan keterlaluan mmg akan mendatangkan kemudaratan kpd kesihatan
Quote mesmerize 16-8-2015 08:18 PM
aku plak suka air mineral perah lemon sikit.. no sugar.. nyamannya..  
Quote ultra78 16-8-2015 08:20 PM
Agak melampau minum 4 liter teh o sehari

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.066323 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top