CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dr M Gelar Lky 'Kiasu' Kerana Degil

6-4-2015 11:08 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12687| Komen: 148

Description: "Kita Ada 20 Masalah Untuk Diselesaikan Dan Saya Menghabiskan Masa 22 Tahun (Sebagai Perdana Menteri) Untuk Cuba Menyelesaikannya, Tetapi Satu Pun Saya Tak Dapat Selesaikan
Dr M Gelar Lky 'Kiasu' Kerana Degil



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan mendiang bapa pengasas Singapura, Lee Kuan Yew sebagai "kiasu" kerana pendiriannya yang tegas dan keras dalam rundingan.

Dr Mahathir berkata hubungan Lee dengan Malaysia tidak mesra ekoran pengusiran Singapura daripada Persekutuan.

Oleh itu, kata Dr Mahathir, adalah sukar untuk berurusan dengan Lee ketika beliau menjadi perdana menteri.

"Kita ada 20 masalah untuk diselesaikan dan saya menghabiskan masa 22 tahun (sebagai perdana menteri) untuk cuba menyelesaikannya, tetapi satu pun saya tak dapat selesaikan

"Beliau tidak akan berganjak walau seinci pun, kiasu, anda tahu," katanya dalam sesi dialog dengan pelajar di Cyberjaya hari ini.

Antara isu itu, kata Mahathir ialah bagaimana penduduk Sabah dan Sarawak yang bekerja di Singapura boleh mengeluarkan wang daripada kumpulan wang simpanan pusat.

"Mereka semua rakyat Malaysia. Kita mesti dilayan sebagai sebuah negara tetapi tidak ada kemajuan," katanya.

Dr Mahathir berkata walaupun selepas Lee bersara, beliau tidak juga dapat menyelesaikan perkara itu dengan Singapura.

"Apabila kita mahu bina sebuah jambatan (ke Singapura), dia (Lee) yang telah bersara datang dan beritahu saya, anda perlu tunggu bila Goh Chok Tong (pengganti Lee) tak ada, kerana dia nostalgia dengan tambak (lama)," katanya.

Dr Mahathir juga menafikan beliau seorang pemimpin yang authoritarian semasa menjadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003, dengan mengatakan jika beliau begitu, dia tidak akan melepaskan kuasa.

Kes Lee bagaimanapun, katanya, berbeza. Walaupun melepaskan kuasa, beliau kekal dalam kerajaan dalam kapasiti yang berbeza.

"Mana ada pemerintah yang autoritarian meletakkan jawatan? Boleh beritahu saya?

"Lee Kuan Yew meletakkan jawatan sebagai perdana menteri tetapi dia masih berada dalam kerajaan sebagai menteri kanan dan menteri mentor," katanya..

Sebaliknya, kata Dr Mahathir, beliau bersara sepenuhnya.

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote primemova 4-4-2015 11:11 PM
Lky mmg kiasu... Kalau takde mahathir , byk lagi la benda2 yg merugikan pihak malaysia... Tp spore ttp berdegil bila hal hal yg pihak spore yg dirasakan merugikn spore spt merobohkan tambak.. Lantaran itu lky mula beri alasan tunggu goh chok tong mati dulu sebab nostalgia ... Btw mahathir bukan authotarian....
Quote Anak_Nogori 4-4-2015 11:20 PM
Kelauarga Lee lebih kurang mcm keluarga Lim lah...disamping kiasu..kekalkan dynastinya.
Quote biosfree 4-4-2015 11:34 PM
Tapi yg kat sini..cintakn hudud...sanggup kawin dgn pas...
Quote dcruins 4-4-2015 11:44 PM
bayangkan kalau Tun yang jadi decision maker bullet train KL-Singapore ni, silap haribulan KL-JB jer route nya,boleh jadi gila dan bingung anak LKY kalau terjadi macam ni. Yang penting tak kalah dengan keras kepala gomen temasek, trademark Tun M kalau berkenaan negara Temasek ni.

kalau Singapore nak juga sambung, buat lah bullet train sendiri keliling negara nya sendiri jer, pusing punya pusing dekat2 jer...
Quote apalancut 5-4-2015 12:00 AM
malaysia pon diterajui keluarga Dynasti apa?!! bermula dgn Najib, mungkin pasni Hisamuddin, pastu Mukhriz.. dan seterosnya
Quote Al-Patih 5-4-2015 05:59 AM
"Kita ada 20 masalah untuk diselesaikan dan saya menghabiskan masa 22 tahun (sebagai perdana menteri) untuk cuba menyelesaikannya, tetapi satu pun saya tak dapat selesaikan

kat negaro sondiri...hang bulihlah mengarah maso jadik PM....
Quote redz85 5-4-2015 07:21 AM
kesian tun, dengan apek pun kalah.. 22 tahun pulak tu
Quote kak_sue 5-4-2015 07:26 AM
redz85 replied at 5-4-2015 07:21 AM
kesian tun, dengan apek pun kalah.. 22 tahun pulak tu

spore dah move on he & malaysian still harping over the same issue.... 22yrs ago nya cerita. And LKY pun dah Rest In Peace......

LKY did whatever best for its country. Dan kalau itu tak menghappykan Tun or the malaysia then is too bad and sorry....




Quote stinger_attack 5-4-2015 07:28 AM
redz85 replied at 5-4-2015 07:21 AM
kesian tun, dengan apek pun kalah.. 22 tahun pulak tu

Apek dengan jiran bersebelahan memang cengeh tak boleh berganjak walau seinci...Tapi Kalau dengan negara kuasa besar...jadi barua pun takpa?



Kan,kan?







Quote redz85 5-4-2015 07:34 AM
kak_sue replied at 5-4-2015 07:26 AM
spore dah move on he & malaysian still harping over the same issue.... 22yrs ago nya cerita. And ...

tun kata 1 pun tak dapat settle.. sungguh menyedihkan
Quote stinger_attack 5-4-2015 07:36 AM
kak_sue replied at 5-4-2015 07:26 AM
spore dah move on he & malaysian still harping over the same issue.... 22yrs ago nya cerita. And ...

Wartawan tanya...dia jawab....at ad hoc session......bukan dia yang panggil for a  session with reporters KHUSUS untuk dia sesaja citer pasal orang yang dah jadi abu sekarang kan,kan,kan?








A pea brain will always be a pea brain......





Quote kak_sue 5-4-2015 07:42 AM
stinger_attack replied at 5-4-2015 07:36 AM
Wartawan tanya...dia jawab....at ad hoc session......bukan dia yang panggil for a  session with re ...

dah enterframe si sewel oberk rahim....
aku pun nak tawa guling2...




Quote stinger_attack 5-4-2015 07:43 AM
redz85 replied at 5-4-2015 07:34 AM
tun kata 1 pun tak dapat settle.. sungguh menyedihkan

Dan orang yang pendek akalnya cam kau jerk yang  akan kaitkan...situasi of not being able to settle things as failure.......and worthy to cry for.....


Quote kak_sue 5-4-2015 07:46 AM
redz85 replied at 5-4-2015 07:34 AM
tun kata 1 pun tak dapat settle.. sungguh menyedihkan

he shud just focus on malaysia nya problem rather bangkit2 cerita lama.....



PS: member boyan spore....oberk rahim the sewel in da house






Quote kak_sue 5-4-2015 07:48 AM
stinger_attack replied at 5-4-2015 07:43 AM
Dan orang yang pendek akalnya cam kau jerk yang  akan kaitkan...situasi of not being able to settl ...

oberk rahim....kejap lagi member2 yg sewaktu dgn oberk masuk. Boleh lah bebual eh.....

so enjoy your sunday Oberk Rahim....



Quote stinger_attack 5-4-2015 07:50 AM
Once a pea brain always a pea brain.....

A simple analogy of a question being asked/ raised....not forced upon...and he answered. Accordingly.........period

Datang Si pea brain.......dengan keharbaman yang terserlah...."shud just fokus on malaya rather than bangkit kisah lama......."



Unta Padang pasir tuh lagik bijak......
Quote stinger_attack 5-4-2015 07:54 AM
kak_sue replied at 5-4-2015 07:48 AM
oberk rahim....kejap lagi member2 yg sewaktu dgn oberk masuk. Boleh lah bebual eh.....:lovel ...

when you failed to engage...............as always......
Nothing's new...........





Quote roy3 5-4-2015 08:05 AM
Drp kedegilan die tu die berjaya jdkn singapore maju..msia?
Quote stinger_attack 5-4-2015 08:11 AM
Edited by stinger_attack at 5-4-2015 08:12 AM
roy3 replied at 5-4-2015 08:05 AM
Drp kedegilan die tu die berjaya jdkn singapore maju..msia?

A  NO NO nonsense/ tolerance in terms of semangat kejiranan to neighbours....Tapi dengan ngara2 kuasa besar jadik barua takpa...
anyway, who cares if it works, for you,right?








Lihat semua komen(148)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.063825 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top