Jakim sahkan dua produk sos AS halal
KUALA LUMPUR, 2 Mac: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan dua jenis produk sos yang diproses dan dikilangkan mendapat persijilan halal daripada badan persijilan yang diiktiraf di Amerika Syarikat . Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff menjelaskan orang ramai agar jangan keliru dengan penyebaran surat daripada Jakim bertarikh 31 Oktober 2011 berkenaan status halal produk sos HP dan sos Tabasco. Menurutnya, sos jenama tersebut telahpun mendapat persijilan halal daripada badan induk halal, Islamic Food and Nutrition Council (IFANCA), Amerika Syarikat yang mana badan persijilan luar negara ini juga adalah antara badan induk persijilan halal yang telah diiktiraf oleh Jakim.
“Pegawai Hab Halal telah meninjau kilang pemprosesan sos tersebut di Amerika Syarikat dan menjalankan dua ujian serentak daripada sampel diambil di kilang untuk ujian makmal oleh IFANCA dan Jakim. “Daripada ujian makmal yang dilakukan di Jabatan Kimia Malaysia, kami mendapati tiada bahan yang meragukan terkandung dalam dua produk terbabit,” ujarnya. Laman facebook Bahagian Hab Halal juga membuat pengesahan bahawa dua produk berkenaan mempunyai sijil halal antarabangsa. Ditanya mengenai ketiadaan logo halal Jakim pada botol produk berkenaan, Hakimah menjelaskan mana-mana produk yang dimport dari luar negara yang mempunyai persijilan halal diiktiraf oleh badan induk persijilan halal sebagaimana yang dipersetujui oleh negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) adalah disahkan halal. “Jika produk yang diimport mempunyai persijilan halal daripada badan induk persijilan halal yang diiktiraf oleh negara OIC atau Jakim, secara tidak langsung ia adalah halal untuk kegunaan umat Islam di mana-mana negara. “Kebiasaannya syarikat pengilang di luar negara akan lebih berminat untuk memohon persijilan halal di negara mereka,” katanya. Dimaklumkan sehingga kini terdapat 57 badan induk persijilan halal negara OIC dan 33 badan induk persijilan halal bukan negara Islam dan sejumlah 16 Badan Induk Persijilan yang diiktiraf Jakim. Di Amerika Syarikat, terdapat dua badan induk persijilan halal iaitu IFANCA dan Islamic Services of America (ISA) yang mana badan persijilan halalnya diiktiraf Jakim. Orang ramai disaran agar melayari laman web Jakim untuk mengetahui badan-badan persijilan halal dan persijilan halal yang disahkan oleh jabatan itu.
|
32
Bagus |
21
Marah |
50
Terkejut |
27
Sedih |
42
Lawak |
31
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT