CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1958|Reply: 2

[Tempatan] Jakim sahkan dua produk sos AS halal

[Copy link]
Post time 2-3-2015 05:08 PM | Show all posts |Read mode
Jakim sahkan dua produk sos AS halal
Surat yang dikeluarkan oleh Jakim pada 31 Oktober 2011 yang menyatakan dua  produk berkenaan adalah haram untuk umat Islam di negara ini telah dibatalkan.  Foto FB Jakim.


[size=100%]KUALA LUMPUR, 2 Mac:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini  mengesahkan dua jenis produk sos yang diproses dan dikilangkan mendapat  persijilan halal daripada badan persijilan yang diiktiraf di Amerika Syarikat  .

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd  Yusoff menjelaskan orang ramai agar jangan keliru dengan penyebaran surat  daripada Jakim bertarikh 31 Oktober 2011 berkenaan status halal produk sos HP  dan sos Tabasco.

Menurutnya, sos jenama tersebut telahpun  mendapat persijilan halal daripada badan induk halal, Islamic Food and Nutrition  Council (IFANCA), Amerika Syarikat yang mana badan persijilan luar negara ini  juga adalah antara badan induk persijilan halal yang telah diiktiraf oleh  Jakim.

“Pegawai Hab Halal telah meninjau kilang  pemprosesan sos tersebut di Amerika Syarikat dan menjalankan dua ujian serentak  daripada sampel diambil di kilang untuk ujian makmal oleh IFANCA dan Jakim.

“Daripada ujian makmal yang dilakukan di Jabatan  Kimia Malaysia, kami mendapati tiada bahan yang meragukan terkandung dalam dua  produk terbabit,” ujarnya.

Laman facebook Bahagian Hab Halal juga membuat  pengesahan bahawa dua produk berkenaan mempunyai sijil halal antarabangsa.

Ditanya mengenai ketiadaan logo halal Jakim pada  botol produk berkenaan, Hakimah menjelaskan mana-mana produk yang dimport dari  luar negara yang mempunyai persijilan halal diiktiraf oleh badan induk  persijilan halal sebagaimana yang dipersetujui oleh negara-negara Pertubuhan  Kerjasama Islam (OIC) adalah disahkan halal.

“Jika produk yang diimport mempunyai persijilan  halal daripada badan induk persijilan halal yang diiktiraf oleh negara OIC atau  Jakim, secara tidak langsung ia adalah halal untuk kegunaan umat Islam di  mana-mana negara.

“Kebiasaannya syarikat pengilang di luar negara  akan lebih berminat untuk memohon persijilan halal di negara mereka,” katanya.

Dimaklumkan sehingga kini terdapat 57 badan  induk persijilan halal negara OIC dan 33 badan induk persijilan halal bukan  negara Islam dan sejumlah 16 Badan Induk Persijilan yang diiktiraf Jakim.

Di Amerika Syarikat, terdapat dua badan induk  persijilan halal iaitu IFANCA dan Islamic Services of America (ISA) yang mana  badan persijilan halalnya diiktiraf Jakim.

Orang ramai disaran agar melayari laman web  Jakim untuk mengetahui badan-badan persijilan halal dan persijilan halal yang  disahkan oleh jabatan itu.



trp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2015 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Jakim pakai tech ape nak cek halal ke tidak? Ada lab ya?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 05:27 PM | Show all posts
Nape lah Jakim tak update status halal sesuatu produk tu???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.105395 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list