CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sijil Halal Roti Ditarik Balik

16-7-2014 09:56 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14373| Komen: 62

Sijil Halal Roti Ditarik Balik



Kilang roti berkenaan tidak lagi beroperasi selepas diarah tutup. Gambar kanan: Keadaan bahagian dalam kilang yang dikatakan milik sebuah syarikat roti di Ipoh.

IPOH - Sejak kelmarin, di media sosial termasuk sebuah laman blog, heboh memperkatakan keadaan jijik sebuah kilang membuat roti di sini.

Berdasarkan entri sebuah blog kelmarin, mendedahkan beberapa gambar dikatakan dimuat naik seorang pengguna Facebook keadaan kilang berkenaan yang kotor.

Bagaimanapun, hasil siasatan Sinar Harian mendapati isu berkenaan bukan baharu sebaliknya gambar yang tersiar merupakan gambar sebulan yang lalu.


Malah, tinjauan ke kilang berkenaan mendapati ia tidak lagi beroperasi seperti biasa dan hanya menempatkan beberapa lori syarikat terbabit.


Jaipk lawat kilang

Maklum balas yang diterima daripada Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) mengesahkan kilang yang dimaksudkan sudah diambil tindakan.

Operasi ke atas kilang terbabit dijalankan pada 12 Jun yang lalu melibatkan Jaipk, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Hasil pemeriksaan, kita mendapati kilang ini menggunakan logo Halal tanpa perakuan Jaipk malah sijil halal yang dimiliki tidak diperbaharui selama dua tahun.

“Sebanyak tiga lori roti disita dalam operasi itu. Syarikat terbabit didapati melakukan kesalahan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang boleh dikenakan denda sehingga RM 250,000,” kata sumber Jaipk, semalam.


Kilang diarah tutup

Sementara itu, Exco Perak, Datuk Samsudin Abu Hassan berkata, tindakan lanjut telah diambil kilang roti yang beroperasi di Jalan Kuala Kangsar sebelum bulan Ramadan lagi selepas didapati kilang tersebut beroperasi dalam keadaan kebersihan yang tidak mengikut piawaian.

Beliau berkata, tindakan berkenaan telah diambil oleh pihak Jabatan Kesihatan dan MBI.

Menurutnya, lesen perniagaan premis tersebut dibatalkan dan tidak lagi beroperasi sehingga kini.

“Jika sesebuah premis itu terlibat dengan aktiviti pengeluaran makanan, jika mereka tidak berjaya menjaga aspek kebersihan dan piawaian yang telah ditetapkan, tindakan undang-undang sememangnya akan diambil,” katanya pada sidang media selepas mengadakan Lawatan Kerja ke Kilang Penapisan Minyak Kelapa Sawit Intergrated  Formation Sdn Bhd, di Kamunting, semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, Samsudin berkata, sebelum ini lawatan ke kilang bihun di Kampar juga telah dilakukan pihaknya.

“Kita dapati semuanya dalam keadaan bersih dan terkawal, namun dari sudut pandangan pihak Jabatan Kesihatan operasi premis tersebut terpaksa ditutup selama tiga minggu,” katanya.

Samsudin berkata, perkara utama yang perlu diberikan perhatian oleh mana-mana premis yang menjalankan perniagaan berasaskan makanan, mereka seharusnya memenuhi standard dan juga piawaian kebersihan yang telah ditetapkan.

Ketika Sinar Harian mendapatkan maklum balas syarikat roti berkenaan, wakil syarikat itu ketika dihubungi mengakui kilang berkenaan sudah pun ditutup dan kini berpindah di tempat baharu.


6

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
16

Sedih
11

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (55 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote budaktua 15-7-2014 02:24 PM
roti cap apa ni..?
Quote Anak_Nogori 15-7-2014 02:26 PM
budaktua posted on 15-7-2014 02:24 PM
roti cap apa ni..?

saya pun tertanya2 jugak tadi....laporan ni dari Sinar Harian..
Quote sapp73 15-7-2014 02:27 PM
Tulislah roti cap apa...buat orang tertnya tanya je
Quote cubby_qt 15-7-2014 02:31 PM
sapp73 posted on 15-7-2014 02:27 PM
Tulislah roti cap apa...buat orang tertnya tanya je

Mcm biasa..laporan yg x telus..

. jadi..apa tujuan serbuan?? Saja nk tunjuk buat keje or nk kacau periuk nasi(baca roti) org or nk bantu pengguna dptkan mknn halal???
Quote JabbaWokeez 15-7-2014 02:32 PM
Kilang roti Sunshine.






sumber:http://apahell.blogspot.com/2014 ... -jijik-di-ipoh.html
Quote cubby_qt 15-7-2014 02:35 PM


[color=Indigo] Ketika Sinar Harian mendapatkan maklum balas syarikat roti berkenaan, wakil syarikat itu ketika dihubungi mengakui kilang berkenaan sudah pun ditutup dan kini berpindah di tempat baharu.
/color]

wow..jika x bgtau jenama..kita tetap termkn mknn jijik
Quote blackpaper 15-7-2014 02:35 PM
mak aii...mujur aku mkn roti gardenia je....mintak2 gardenia bersih halal....
Quote ice_sky92 15-7-2014 02:36 PM
Nasib baik la aku tak makan roti jenama Sunshine.
Quote Simunggu 15-7-2014 02:37 PM
dari gambar mcm dah lama tutup...
Quote RED 666 15-7-2014 02:37 PM
blackpaper posted on 15-7-2014 02:35 PM
mak aii...mujur aku mkn roti gardenia je....mintak2 gardenia bersih halal....

gardenia insya allah bersih halal sebab syed bukhary ada saham dalam tu, mesti dia pantau habis2san

massimo?? ehehehe, no komen



Quote blackpaper 15-7-2014 02:43 PM
RED 666 posted on 15-7-2014 02:37 PM
gardenia insya allah bersih halal sebab syed bukhary ada saham dalam tu, mesti dia pantau habis2sa ...

aku tak makan Massimo...tak tau knpe.......buat lah iklan gempak mcm mana pun tetap tak lalu lah dgn Massimo...
Quote blackpaper 15-7-2014 02:45 PM
cubby_qt posted on 15-7-2014 02:35 PM
Ketika Sinar Harian mendapatkan maklum balas syarikat roti berkenaan, wakil syarikat itu ketika ...

semacam jawapan selamat......kalu tak terbongkar agak2 terus beroperasi kot.... klu betul dah tutup bersihkan la...
Quote senahsanasini 15-7-2014 02:47 PM
Dah knp xbgtau jnama niiiiiiiiiii
Quote Anak_Nogori 15-7-2014 02:47 PM
JabbaWokeez posted on 15-7-2014 02:32 PM
Kilang roti Sunshine.

berdasarkan gambar lori ni...sama lah ngan lori dlm artikal awal tu...so..kilang roti sunshine rupanya..
Quote Decaffeinated 15-7-2014 03:17 PM
kedai2 mamak banyak ja kotor yg hazab tapi ummah elok ja kata halal.... janji xde DNA babi. DNA tikus xpe...

Quote kakigebang 15-7-2014 03:27 PM
roti sunshine ni awal lagi dr gardenia. dolu2 packaging dlm kertas warna putih.  tp skang ni kite beli gardenia je la
Quote azrain98 15-7-2014 03:38 PM
roti sunshine...? tk pernah lak aku dgr
Quote ladyrk 15-7-2014 03:51 PM
Geliiiiiii
Quote kmelankolia 15-7-2014 04:28 PM
roti gardinier rasa dah tah2 ape dah skrang, hrp ada pemantauan....

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.044616 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top