Salam.. Nak minta panduan dan nasihat otai2 forum kat sini. Yaya perlukan bantuan sbb dah tak boleh bertahan lagi. Kira ni crying for help.
Umur yaya baru 30an, dah kahwin nak masjk 6tahun, dikurniakan 3org anak - kembar 3 la. Skang nak masuk 3tahun.
Yaya keje gaji kecik je, bersih 2.4k dok kat bandar. Hutang pun boleh tahan juga, jd amik keputusan utk join AKPK sbb taknak byr byk2 dan juga personal loan. So total hutang cuma 650 je sebulan.
Yaya tak tahan dgn sikap suami, dont get me wrong, dia tak curang pun. Kalu dia curang, sy tak mengamuk pun, saya rasa nak congrats pompuan yg nak tu ada la. Mcm mana nak mula ye...
Ok gini. Lets start dgn mulanya cite nak kawin dulu. Dulu time tunang yaya dah 2x pulangkan cincin sbb tak tahan sikap dia yg bila stress mula moody, ignorance, stressed mcm dia sorg je ada masalah. Mula yaya dah nmpk warning sign kat situ. Yaya mcm dah agak, nnt esok2 ada masalah, dah nmpk dia tak boleh buat keputusan yg bijak or kadang membongak kononnya I can make decisions tp end up semua bad decisions. Semua dia buat akan mkn balik diri dia cth, nak duit sgt join MLM, kena tipu dan sebagainya
Bila jd mcm ni, dia akan buat sesuatu sebagai distraction dia dr masalah sebenar. Dia start kumpul robot yg pasang2 tu la, mancing la, main badminton la tp benda yg dia buat tu akan jd extremely addicted. Still, masalah yg sebenar still tal setel. Dia buat hobi utk diri sendiri sebagai melupakan masalah sebenar. Kononnya kalu buat mcm tu, masalah sebenar akan hilang dan everything will be OK. Until the wedding day (yaya yg kena wat loan utk cover wedding tu sbb dia tak takde cara nak cari duit )
-itu pun sbb mak dia nak wat wedding gempak skit sbb ingatkan anak dia berduit sgt nak kawin - family diorg biasa2 je. Mk housewife paknya main muzik
A friend dtg bg warning which is time tu too late to call off the wedding. The damage is done, kad dah keluar n everything. So. We married...
1st year wedding mmg terasa teruk sekali. Dia mcm tak boleh nak manage financial dia. Time tu dia beli kete satria mod cash (wat personal loan beli kete, skit pun tak berbunyi - padahal duit tu boleh wat kawin-aku pulak yg susah payah cari duit extra nak top up) so bila dh beli kete seken, mula la duit byk habis ke kereta, maintenance la hape la. Kete mod, tau la duit habis mcm air. Ada 1 time beras pun takde kat rumah. I purposely tak beli sbb since kawin yaya je beli barang dapur while duit dia habis kat kete. Yaya tak pernah dibelikan baju ke apa ke sbb bil mintak cepat je kat takde duit.
So kerana sayang dan percaya la sgt yg dia takde duit, kete kesayangan dia asik rosak je n gaji katanya dlm 2k je (time tu gaji yaya lum cecah 2k lg) yaya jarang mintak duit n barang dapur pun yaya belikn. Sbb kalu biarkan je kompem kelaparan sbb di takde duit nak beli brg dapur. Bukan barang dapur je, almost semua barang kat rumah ni yaya beli. Dia cuma beli tv itupun utang kat Courts pakai payslip yaya tp dia byr.
Too much right?
So since dia boleh belajar company tanggung so dia decided that utk buat master. Kononnya kalu ada master esok, boleh jafi jadi tutor n hidup nnt agak senang skit. So dia pun sambung belajar. Weekend tak pernah ada kat rumah sbb ada kelas until yaya positive peknan dgn kembar. We're so happy dat time sbb hampir 2 tahun kawin, akhirnya dikurniakan kembar. Fertenal twins.
Yg sakit hati tu, sume barang baby yaya sediakan sbb again alasan takde duit. Nasib bek yaya top performers kat company so yaya terima bonus 2 bulan berturut. So yaya spend almost 2k beli brg 1shot dr katil, baju, Pampers breastpump, you name it, termasuk la 2 carseats dan twins stroller. Tak lama pastu yaya bersalin awal, 31w to be exact.
So bayangkan premmie, duit hospital kuar mcm air. Tu sume datang dr poket yaya. Susu kembar special. So 1 tin 300g harga almost 30 the cheapest dan sikembar perlukan 20 tin sebulan. Tak kira Pampers lg..
Suami? Dia being such a good helper, terus take over kerja rumah since yaya peknan sbb yaya tak larat even drive kereta (almost terlelap while driving) smpai la sekarang. Ya.. Smpai sekarang. 3 tahun dia take over kerja rumah. Sbb lepas bersalin yaya tak cukup tangan handle twins dgn dia weekend takde kat rumah sbb ada kelas. So mostly, yaya even tak boleh take care diri yaya sendiri.. Too stressed out, burned out. Tired. Bila yaya dah start kerja otomatik tanggungjawab anak serah bulat2 kat yaya. Yaya la byr taska anak, susu anak, makan pakai, everything on top of yaya jugakena spend duit dapur, hutang lg nak kena byr, kereta lg. Todate yaya beli 10kg susu dan 10 bungkus Pampers every month. Total yaya spend more than 2k dari gaji asal yaya.
Jd suami pun konon nak offer diri, nak upgrade kete besar skit - yaya pkai mivy je time tu n yaya sgt sygkan kereta tu- So yaya kata nak upgrade, sila setelkan semua urusan kereta dr minyak, maintenance, byr loan. So he did. Dia amik exora terus, nk yg bold punya sbb ada turbo. Nmpk tak? Tamak kan? Time tu yaya dah rasa lantak la. Ko yg byr. Yaya tak nK masuk campur.
N the life goes on.... Skang? Due to some reason, yaya tak naik gaji. So for 2 years yaya gaji. 2.8k sebulan but yaya stil boleh sara 5org dan duit kat tangan yaya cukup2 10 je nak gaji.
Dgn kos sara hidup yg makin mahal, yuran taska pun naik, yaya selalu kekeringan duit, lum masuk bulan baru pun. Biasa dpt je gaji, yaya byr hutanh 650,duit taska 900 tak campur ot, susu 10kg, pampers 10 bungkus, yaya byr duit tepon rumah n tepon yaya dan barang dapur serta barangan keperluan yg lain, sabun la, keperluan anak la.
Bila yaya mintak duit, cepat je dia kata takde duit. Worse, dia kata gaji kena potong sbb performance tak memuaskan.
Rupanya... Yaya terjumpa payslip dia dlm stor. Gaji suami sebenarnya almost 4k.tp dia ada buat personal loan, tak tau mana duit tu pergi, dia byr bulan2 potong gaji dkt 1.5k sebulan. Make things worse, bila yaya bangkitkan hal ni, dia mesti marah n kata yaya tak amanah. Bukak barang orang, selongkar sesuka hati. Yaya sedih bila rupanya selama ni yaya ditipu.
No pompuan, I can assure you. Tp yaya ada perasan dia ada beli brg kete utk kete satria dia, dan dia pun gila main radio manual sbb terpengaruh. Dan skang? Dia dah stop main radio sbb kesempitan wang, dia dah jual brg radio. New addiction dia main game kt hp pulak dah....
Smpai tdo kul 3 4 pg main game. Yaya dan anak2 terabai. Skang ni dia hidup mcm bujang. Duit sesen pun tak bg, cuma bg 300 utk duit sewa. Bila yaya mintak duit minyak, dia buat muka bengang. Yaya ckp mcm ckp ngn tiang. Takde respon lgsg. Mata fokus main game.
Hari ni yaya tekad bwk kete dgn minyak berkelip, dah kuar sign minyak sbb yaya dah takde duit lgsg nak isi. Yaya ada tinggal 20sen je dlm purse. Dah mcm student dah rasa, duit syiling je ada. Student pun kaya skang. Nak pinjammak duit, dah malu. Sbb tiap2 bulan lately yaya mintak duit kat mak smpai mak kata ko dah kawin tp kenapa mak kena tanggung ko lg. Sedih sungguh.
Apa yaya perlu buat skang? Yaya nak bawak hal ni ke mahkamah. Tp yaya nak prepare dulu apa yang ptt. Sbb yaya tak tahan hidup mcm ni lg. Yaya rasa better yaya jd ibu tunggal dr balik rumah, ada sorg lg menyemak kat rumah. Yg totally ignore kami, yg nafkah tak bg.
Mcm housemate. 300 bg bulan2 macam bg sewa bilik janji ada bumbung kat atas kepala.
If only yaya dgr nasihat kawan dulu...
Terima kasih baca luahan hati yaya yg panjang ni. Yaya type dlm gelap so ampunkan mana yg typo error.
Tolonglah yaya. Tunjukkan jalan.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|