Israel lancar serangan di Gaza BANDAR GAZA - Israel melakukan serangan besar-besaran di Genting Gaza awal pagi semalam sebagai tindak balas berhubung peningkatan serangan roket yang dilancarkan oleh para pejuang Palestin. Jurucakap tentera Israel, Peter Lerner berkata, Tentera Udara Israel mengebom kira-kira 50 sasaran dalam tempoh semalaman. Beliau turut memberi amaran bahawa Israel mungkin akan meningkatkan lagi 'kualiti dan kuantiti' sasaran serangan. "Serangan udara itu akan dipertingkatkan bersama misi di darat jika diperlukan," katanya. Beliau menyatakan, lebih banyak anggota-anggota simpanan kini dikerah berada dalam keadaan bersiap sedia. Kempen serangan itu dikenali sebagai Perlindungan Sempadan selepas Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu mengadakan mesyuarat dengan tujuh ahli Kabinet keselamatan malam kelmarin. Mesyuarat itu diadakan selepas hampir 80 serangan roket telah menghujani Israel yang merupakan serangan paling hebat sejak ketegangan tercetus ekoran penculikan dan pembunuhan tiga remaja Israel pada 12 Jun lalu. Dalam kejadian tersebut, enam pejuang pergerakan Hamas yang menguasai Gaza terbunuh dalam terowong yang runtuh akibat serangan udara Israel. Dalam pada itu, Israel turut melancarkan serangan dengan memusnahkan empat buah rumah pejuang Hamas. Menurut beberapa saksi, dua buah rumah yang diserang itu terletak di Rafah dan Khan Younis.
|
1
Bagus |
11
Marah |
4
Terkejut |
5
Sedih |
3
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT