CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Kerajaan Islam Perlu Hantar Tentera Bantu Gaza

4-8-2014 10:45 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10310| Komen: 76

Description: "Jika As Sanggup Membekalkan Senjata Dan Tentera Kepada Israel Mengapa Pula Negara Umat Islam Tidak Boleh Membantu Saudaranya Sendiri Mempertahankan Bumi Gaza Daripada Dibedil?" Katanya Dalam Keny ...



SHAH ALAM - Lajnah Antarabangsa Pemuda Pas Malaysia (LA PPM) hari ini menggesa kerajaan negara Islam menggerakkan tentera masing-masing bagi membantu tentera Hamas yang sedang berjuang di bumi Palestin.

Pengerusinya, Dr Raja Ahmad Al Hiss berkata, umat Islam tidak harus berdiam diri di atas kezaliman Israel telah mengorbankan ribuan nyawa penduduk Gaza yang tidak berdosa.

"Dalam perang Israel-Gaza sejak 8 Julai 2014 lalu, pihak tentera Zionis telah mengorbankan 1,450 warga Palestin manakala hanya 61 orang tentera Israel maut. Bantuan ketenteraan oleh Amerika Syarikat terhadap Israel menjadikan rejim itu lebih berkuasa dan membunuh sesuka hati mereka.

"Jika AS sanggup membekalkan senjata dan tentera kepada Israel mengapa pula negara umat Islam tidak boleh membantu saudaranya sendiri mempertahankan bumi Gaza daripada dibedil?" katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai proses gencatan senjata selama 72 jam antara kedua-dua pihak yang dicabuli oleh Israel hanya 2 jam selepas bermula.

"Pencabulan proses gencatan senjata tersebut amat mengecewakan ramai pihak dan ia menandakan rejim Israel tidak patuh dengan perjanjian antarabangsa.

"Mereka (Israel) bertindak sewenang-wenangnya kerana pemimpin negara umat Islam yang terus berdiam diri membiarkan mereka mengganas dan membunuh hampir sesiapa sahaja di Gaza. Oleh itu, para pemimpin yang mempunyai kuasa wajib bertindak secara tegas dan keras bagi mematikan keegoan memuncak Israel dan Amerika Syarikat," tegasnya lagi.

Sehubungan itu beliau menyeru kepada seluruh umat Islam agar terus berdoa dan dan menghulurkan sumbangan kepada penduduk di tanah Gaza supaya penderitaan mereka dapat dikurangkan.


P/s:- Soalan saya...kenapa Anwat yg dikatakan mempunyai pengaruh yg kuat dikalangan negara2 islam terutama ditimur tengah, dikatakan baik dgn Ardogan Turki dan Iran...kenapa dia tak call je atau buat satu meeting dgn pemimpin2 negara itu utk membantu hantar tentera ke Gaza?..nanti PAS boleh lah hantar squad berani mati mereka beret merah utk sama2 berjuang disana..


13

Bagus
14

Marah
15

Terkejut
22

Sedih
19

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 3-8-2014 03:38 PM
Lepas tu baru orang laen..  Ada tulur ka?
Quote zjen 3-8-2014 03:43 PM
eiiiiii......   isreal anya 61 ekor mampus,   palestin dah 1450 mampus, jeles nye    .....   aku cadangkan hantar pakcik AN pergi dulu
Quote Santeira 3-8-2014 03:50 PM
ha ha ha it's not that simple. jihad against suluk dulu lah. negara sendiri bukan aman sgt nak hantar askar2 berperang utk negara orang.
Quote boyagombak 3-8-2014 03:52 PM
zjen posted on 3-8-2014 03:43 PM
eiiiiii......   isreal anya 61 ekor mampus,   palestin dah 1450 mampus, jeles nye    .....   ak ...

Ya sukom2.
Ankle AN dia cakap setakat nk buat 13Mei tu kacang jer. Keris kontotnya dah lama berkarat
Ayuh ankle AN , buktikan ketuluran mu
Quote Anak_Nogori 3-8-2014 03:56 PM
tumpanglalu74 posted on 3-8-2014 03:38 PM
Lepas tu baru orang laen..  Ada tulur ka?

lepas beret merah dari PAS..Red Bean Army dari DAP plak tunggu giliran mereka...AMK plak...duduk rumah pasang ekon sambil makan keropok lekor tengok tv Al Jazeera..
Quote famri7 3-8-2014 03:59 PM
Perang dulu dgn kmiskinan tegar pprt dan menyaliti jumud..pastu perang sulu suchi..menang sulu perang lgbt laknatullah...lepastu barulah pegi menempel di ghazzah..
#truestory
Quote Maideen. 3-8-2014 04:00 PM
Ayuh Unit Jihat PAS. Sediakan kuda perang kita!

Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr....
Quote cmf_shalom 3-8-2014 04:04 PM
Askar Malaysia kena pecah 3 kumpulan

Yg Islam.dhantar ke Gaza
Yg xtian dhantar ke Syria
Yg lain2 dhantar ke.sabah...jgn lupa gk sabah tu darurat
Quote taikor 3-8-2014 04:07 PM
Santeira posted on 3-8-2014 03:50 PM
ha ha ha it's not that simple. jihad against suluk dulu lah. negara sendiri bukan aman sgt nak hanta ...

betul, betul. perang suluk dulu. sini kerja belum siap dah nak ke Palestin. menyemak jer bikin kacau kat sana. silap2, Hamas pulak nak kena pertahan tentera Mesia
Quote Maideen. 3-8-2014 04:14 PM
Kalau boleh Unit Jihat PAS bawak lah balek seorang dua tawanan perang sebagai hadiah untuk Setia Usaha Agongnya Tn. Haji Mustafa "7xl" Ali yang mungkin tak dapat turut serta berjihat sebab sakit lutut....prrrrrrpfffftght

Orang kata dia suka yang rambut perang...... Wallahualam.


Gambar hiasan - tentera wanita Israel.

Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr. Last edited by Maideen. on 3-8-2014 04:19 PM

Quote turboturtle 3-8-2014 04:15 PM
Kalu malaysia nak hantar,  
ubah dulu mentaliti pemimpin
kena sediakan dulu aset logistic jarak jauh, yg skg hanya untuk dlm negara je, tu pun ckup2 makan je
aset ciput. pastu lopong selopongnya


Quote dopey 3-8-2014 04:24 PM
AN ade cable gan gomen,iolllss cadang panggil terrorist2 yg dh msuk msia bawak theyolls kesana lwn zionist..atas nama jihad Terrorist hanye tau fight  tpi brain small..Ko cadangkan nie first2  ke gomen .Bila dh di luluskn..lpas tu sebarkan dlm media sesapa  yg konon nk berjihad  di sini baik berjihad ke israel....muat satu kapalterbng kot
Quote Anak_Nogori 3-8-2014 04:29 PM
Maideen. posted on 3-8-2014 04:00 PM
Ayuh Unit Jihat PAS. Sediakan kuda perang kita!

Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr. ...

ye...takbir tu jangan lupa...
Quote Anak_Nogori 3-8-2014 04:31 PM
Maideen. posted on 3-8-2014 04:14 PM
Kalau boleh Unit Jihat PAS bawak lah balek seorang dua tawanan perang sebagai hadiah untuk Setia Usa ...

Ohhh..berjihad atas katil dandan je elok lututnya ye Maideen....
Quote ifanonline 3-8-2014 04:34 PM
kita ramai pakar bom

1. pakar bom wanita mongolia
2. pakar jerut wanita kinky sex, mungkin bleh jerut wanita2 israel

parti melayu memang pakar2 hal2 perang ni...
Quote Maideen. 3-8-2014 04:39 PM
Anak_Nogori posted on 3-8-2014 04:31 PM
Ohhh..berjihad atas katil dandan je elok lututnya ye Maideen....

Kalau Unit Jihat PAS bawak sehelai spenda Tn. Haji Mustafa Ali bagus jugak AN......

Mana lah tahu kalau dia orang kena sarenda dalam pertempuran. Tak payah susah susah cari bedera putih lagi! hahahahahahahaha.
Quote tumpanglalu74 3-8-2014 04:42 PM
http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysian_Armed_Forces
Manpower: Active personnel -110,000

http://en.wikipedia.org/wiki/Royal_Cambodian_Armed_Forces
Manpower: Active personnel -125,000

http://en.wikipedia.org/wiki/Lao_People%27s_Armed_Forces
Manpower: Active personnel -130,000

http://en.wikipedia.org/wiki/Armed_Forces_of_the_Philippines
Manpower: Active personnel -220,000 (2013)

http://en.wikipedia.org/wiki/Royal_Thai_Armed_Forces
Manpower: Active personnel -305,860

http://en.wikipedia.org/wiki/People%27s_Army_of_Vietnam
Ground Forces: 412,000
Air Forces, Navy, Border Defence Force, Marine Police: unknown

http://en.wikipedia.org/wiki/Indonesian_National_Armed_Forces
Manpower: Active personnel -476,000

Reason to smile -> http://en.wikipedia.org/wiki/Singapore_Armed_Forces
                            Manpower: Active personnel - 71,600 (incl. 39,800 conscripts)

Sebab itu la kita hanye boleh cari pasal dengan Spork sahaje..
Last edited by tumpanglalu74 on 3-8-2014 04:44 PM

Quote Aliaskotonggo 3-8-2014 04:46 PM
priority sekarang bukan palestine tapi syria!! Kerajaan2 islam membantu perjuangan pemberontak syria bekalkan senjata dan duit utk revolusi Syria....apa ke jadahnya nak tolong palestine? Ada apa manfaat ke? kalau ada manfaat, dah tentu negara2 arab dah tolong berpuluh tahun dahulu lagi.......Takbbiiiiiiirrrrrrrrr!!!!!
Quote bluehedgehog 3-8-2014 04:47 PM
Mana OIC? Mana arab league?
Mana ISIS? Mana boko haram? Setakat culik & rogol gadis sunti je pandai..Mau jihad btul2 sila ke gaza la...


Hanya PBB yg diketuai kapiak bersuara...

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-6-2024 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.057357 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top