CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aminkdt

Kalau ALLAH itu Maha Baik, Mengapa Buat Neraka?

[Copy link]
Post time 9-10-2010 05:05 PM | Show all posts
pernah di tanya oleh seorang teenager kristian, kenapa Allah campakkan orang bukan Islam dlm neraka, ...
aurorae Post at 8-10-2010 02:33



persoalan ini pernah ditanya oleh pelajar saya kepada saya dan saya cuba menjawab dengan memberi jawapan yang terbaik dan memuaskan hati tanpa menggunakan dalil naqli tapi menggunakan dalil aqli

" kenapa Allah campakkan orang bukan Islam ke neraka walaupun mereka adalah manusia baik ? jawapan saya kita kena lihat Allah jadikan syurga untuk orang yang mentauhidkan-Nya, mempercayai bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah, digeruni, dimohon perlindungan kecuali Allah jadi orang kafir sebaik manapun dia tidak layak menduduki syurga kerana tidak beriman mengakui Allah Ta'ala Tuhan yang Esa. "

" Kalau anda bertanya : apa salah saya sebagai orang kafir ? saya dilahirkan sebagai kafir bukan Islam. salahkah saya ? perlukah saya masuk neraka ? jawapan saya mudah... setiap manusia ALLAH BAGI AKAL UNTUK BERFIKIR. jadi jangan salahkan Allah. kalau dilihat mereka yang mendapat hidayah adalah mereka yang menggunakan akal untuk mencari TUHAN YANG SEBENAR."

semoga Allah memberi kita semua petunjuk dan hidayah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2010 06:30 PM | Show all posts
Reply 19# Neraka Bulan

kes2 yg NB sebutkan tu memang menyayatkan hati,selalunya menimpa org yg baik2..kalau pada org jahat kita boleh lah kata padan muka tp berlakunya kepada org yg baik2..tak sanggup untuk terima..tapi kita perlu ingat bahawa org yg diuji Allah adalah org yg dikasihinya..sy teringat kisah sahabat rasul mengatakan kepada rasul beliau mencintai rasulullah,lalu Rasullah bertanya benarkah kamu mencintai Allah dan rasulnya?beliau menjawab,benar,maka kata Rasulullah tunggulah suatu masa nanti kamu akan diuji dengan ujian yg amat berat sekali........lebih kurang mcm tu lah detail kisah sy tak ingat sangat..






so waspada lah bila terdetik buruk sangka pada Allah S.W.T
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2010 11:08 PM | Show all posts
Petola : Mungkin dijawab spt ini,.......

Manusia didunia hidup sbg hamba kpd Allah, Allah berhak buat apa sahaja sebab itu adalah hak mutlak Allah. Samada kita mahu atau tidak, itu terletak di tangan Allah. Syurga adalah kehidupan yang amat tinggi kedudukannya, hanya diberi kpd mereka yang telah lulus ujian didunia, ujian penderitaan, sengsara, dibunuh, dll.... adalah hanya ujian yang kecil dan sementara berbanding dgn seksaan di neraka, maka bagi mereka yang sabar dan redha dgn ujian ini, akan Allah berikan kehidupan yang lebih mulia iaitu syurga dan kasih sayang Allah...

Kasih sayang Allah tidak boleh disamakan dgn kasih seorang bapa/ibu kpd anaknya...
Si Bapa/Ibu boleh sahaja menampar si anak kalau derhaka, tetapi Allah memberikan masa kpd manusia utk bertaubat... walaupun manusia mempunyai dosa seluas langit dan bumi, namun Allah boleh mengampuninya jika bertaubat kdpNya...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2010 11:08 PM | Show all posts
Petola : Mungkin dijawab spt ini,.......

Manusia didunia hidup sbg hamba kpd Allah, Allah berhak buat apa sahaja sebab itu adalah hak mutlak Allah. Samada kita mahu atau tidak, itu terletak di tangan Allah. Syurga adalah kehidupan yang amat tinggi kedudukannya, hanya diberi kpd mereka yang telah lulus ujian didunia, ujian penderitaan, sengsara, dibunuh, dll.... adalah hanya ujian yang kecil dan sementara berbanding dgn seksaan di neraka, maka bagi mereka yang sabar dan redha dgn ujian ini, akan Allah berikan kehidupan yang lebih mulia iaitu syurga dan kasih sayang Allah...

Kasih sayang Allah tidak boleh disamakan dgn kasih seorang bapa/ibu kpd anaknya...
Si Bapa/Ibu boleh sahaja menampar si anak kalau derhaka, tetapi Allah memberikan masa kpd manusia utk bertaubat... walaupun manusia mempunyai dosa seluas langit dan bumi, namun Allah boleh mengampuninya jika bertaubat kdpNya...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2010 11:16 PM | Show all posts
Cuba bayangkan kalau dunia ini tiada penderitaan, tiada jenayah, maka dunia akan aman damai... Polis tiada kerja malah tidak wujud, tiada mahkamah... manusia tak perlu kerja, sebab tiada istilah penderitaan lapar... tiada hospital,... semua duduk goyang kaki, tanpa lapar dan tanpa derita... mngkin juga tiada kematian sebab, kematian pun satu penderitaan... apa akan jadi pada dunia ????? ... Tapi Tuhan jadikan sesuatu yang sebaliknya didunia ini... Ingat kata Tuhan, dunia ini hanya sementara dan persinggahan sahaja... kehidupan di dunia hanyalah tipu daya, dan kehidupan sebenar itu ialah di akhirat... itulah kehidupan yang sebenar dan hakiki.........
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2010 01:18 AM | Show all posts
Reply 19# Neraka Bulan

salam.. bagi saya jawapannya senang saja..

Allah memberikan penderitaan kepada orang2 yg baik untuk menguji sejauh mana keimanan mereka..

contohnya pasangan suami isteri yg disamun dan dirogol tadi, selepas ujian tersebut bagaimanakah keadaan mereka? adakah mereka redha dan semakin mentaati Allah? ataupun mereka menyesali takdir Allah?

kalau mereka redha dengan segala yg berlaku, alhamdulillah mereka memang sebenar2 org yg baik dan beriman. maka mereka akan mendapat ganjarannya diakhirat kelak..

akhirat itu adalah MATLAMAT, manakala dunia hanyalah ALAT untuk mencapai MATLAMAT.. so, gunakanlah ALAT yg ada tadi dengan sebaik2nya..

semoga kita tidak termasuk dikalangan mereka yg mengkufuri takdir Allah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2010 06:50 AM | Show all posts
Reply 26# manganininickname

Ujian adalah perkara resam yang akan terjadi kepada setiap manusia. Tetapi ada kalanya aku nampak sesuatu ujian itu sangatlah besar dan sadis terjadi kepada sesorang individu, sehinggakan aku rasa ianya sangat tidak adil serta kejam ujian dan malapetaka itu berlaku terhadap mereka.

Apa jadi kalau mereka tidak mampu mengatasi trauma dan tekanan emosi melampau akibat kejadian sedih itu? Apa akan jadi jika mereka tiada sokongan daripada kerabat keluarga serta masyarakat, ditambah lagi jika kerabat dan masyarakat memandang enteng serta menyalahkan mereka?Apa akan jadi jika si isteri itu dijangkiti penyakit merbahaya seperti HIV/AIDS? Rumah tangga bahagia mereka mungkin boleh hancur dengan begitu sahaja. Si isteri itu yang juga pelajar Master di sebuah universiti mungkin terpaksa menamatkan pengajiannya dengan begitu sahaja. Mereka mungkin  sukar hendak menjalankan akitiviti harian seperti biasa. Mereka mungkin boleh gila akibat tekanan emosi ekstrem, mungkin sampai ingin membunuh diri. Dan pelbagai lagi rantaian worst case scenarios yang dapat difikirkan.

Inilah yang aku katakan penderitaan di luar kawalan dan di luar pilihan seseorang individu. Jika mereka gagal menangani trauma itu sehinggakan berubah daripada golongan taat kepada Allah kepada ingkar terhadapNya, adakah  mereka akan digolongkan sebagai golongan yang mengkufuri dan menyesali takdir Allah? Adakah Allah masih lagi sayang terhadap golongan sebegini jika mereka gagal dalam ujian besar yang diberikan?Bukan semua orang mempunyai daya ketahanan emosi yang kuat seperti para Nabi dan sahabat. Ramai yang jatuh hidupnya akibat sesuatu perkara buruk terjadi yang di luar kawalan mereka, di luar pilihan mereka. Malah ada yang terpaksa menerima malapetaka besar ketika mereka masih kecil lagi, dan akibat malapetaka dan pengalaman itu mereka gagal menjadi golongan taat kepada Tuhan tatkala mereka sudah besar dewasa. Adakah Allah akan masih menyinari cahayaNya kepada golongan ini?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2010 07:42 AM | Show all posts
Ujian kadang2 dpt tunjukkan tahap keimanan seseorang.  Seseorang yg sangat lemah imannya, cukuplah diuji rasuah RM50, pun akan gagal.  Seseorang yg tinggi  imannya seperti Nabi Daud, diuji sehingga diambil semua harta benda, anak-anaknya dan kesihatan tubuh badannya, tetap utuh tk goyah sentiasa berzikir pada Allah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2010 07:59 AM | Show all posts
Reply 27# Neraka Bulan

siapa yg percaya Allah Maha Adil tentu dia yakin dgn argument2 utk mengatasi masalah lain2nya magnitud ujian terhadap manusia

(1) kredit utk org yg angkat 2 kg dengan org angkat 10 kg tentu tidak sama. kita boleh bersikap adil , maka Tuhan lebih adil, Maha halus dan Maha Adil.

(2) mungkin dr pandangan simpleton, susah itu susah, senang itu senang. tp dari satu pandangan yg haq, susah tidak semestinya sedih/rugi, senang tidak semestinya beruntung.  buktinya, ada yg makin senang, makin ingkar kerana merasa cukup. contohnya saintis kaya yg atheist.

(3) Tuhan ada kehendak. namun dia jugak bagi manusia bersangka baik terhadapnya; di atas luasnya rahmatNya.
org yg susah, selagi dia tidak berputus asa pada Tuhan, dia untung, begitu jugak org yg senang yg tidak berputus asa pd Tuhan.
namun sebaliknya bg yg berputus asa pd Tuhan samada dia senang atau susah.



bnyk argument utk menunjukkan adilnya Tuhan dr sudut otak yg sihat.

dan org paling faham tentang takdir Tuhan, yakni nabi, tidak pula jadi jabariyah. sedangkan nabi dpt banyak ayat2 tentang takdir Allah.tetapi ada di kalangan org islam yg nak jadi jabariyah.

pemikiran jabariyah mungkin ada yg nampak logik, namun masih tidak tepat. sebab itu nabi kita bukan golongan jabariyah.

alhamdulillah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2010 03:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by Neraka Bulan at 10-10-2010 15:36

Reply 29# ussopp

Tapi aku betul-betul kesian dan sedih sangat terhadap apa yang berlaku kepada pasangan itu. Sudah terlalu kerap aku baca kisah-kisah sedih kehidupan, sehinggakan ada kalanya aku sudah lali dengan berita-berita sedemikian. Tapi entah sebab apa, kes itu cukup menyentuh perasaan aku tatkala pertama kali aku membacanya sehinggakan menitis air mata. Betul-betul terasa maruah dan kebahagiaan mereka dicarik-carik dengan sebegitu sahaja tanpa mereka mampu berbuat apa-apa.Oleh sebab itu setiap kali aku teringat, aku sentiasa doakan agar pasangan suami-isteri itu dapat pulih dan mampu menjalan kehidupan seharian seperti biasa, khususnya kepada si isteri itu kerana dialah yang paling teruk sekali ditimpa bencana. Sudah banyak kali sudah golongan wanita dan kanak-kanak yang paling teruk ditimpa malapetaka paling dasyat walhal kaum lelaki yang kebiasaanya memulakan segala perkara buruk di atas muka bumi ini.

  Oleh sebab itu aku terdetik untuk bertanyakan persoalan sebegini wahai ussop. Pada pendapat kamu, adakah ada justifikasi terhadap takdir yang Allah berikan kepada pasangan tersebut? Apa akan jadi jika segala worst case scenarios yang aku nyatakan di atas berlaku kepada mereka? Adakah Allah akan memaafkan serta merahmati mereka kelak jika kehidupan mereka  berpusing 180 darjah dan putus asa akibat daripada kejadian kejam di luar kawalan dan pilihan mereka ini?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2010 05:26 PM | Show all posts
Reply 19# Neraka Bulan


    Dulu ustazah saya pernah cakap, jika Allah sayangkan seseorang, Allah akan balas segala dosanya di dunia walau sebesar zarah sekalipon.....jadi tiada hutang di akhirat....begitu juga sebaliknya.....jika orang jahat itu berbuat baik di dunia, Allah akan balas di dunia walau sebesar zarah sekalipon...kerana Allah itu maha adil dan maha penyayang.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2010 10:06 PM | Show all posts
Reply 27# Neraka Bulan

yup, sebab Allah tu Maha Mengetahui sejauh mana kebolehan seseorang itu menghadapi ujianNya..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2010 11:34 PM | Show all posts
Lakukan 12 rakaat solat sunat sebelum atau sesudah solat fardhu iaitu 2 sebelum Subuh, 4 sebelum Zuhur dan 2 selepasnya, 2 selepas Maghrib dan 2 selepas Isyak. Faedahnya Allah SWT akan membina baginya mahligai dalam syurga. Ia berdasarkan hadith baginda yang bermaksud " Sesiapa yang dapat melakukan 12 rakaat solat sunat secara sukarela, maka dibina baginya mahligai dalam syurga."
( Hadith Riwayat Imam Muslim)
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2010 11:38 PM | Show all posts
Reply 20# assafdiyah


    baca solusi terbaru Ada ditulis bab qadak n qadar n takdir
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2010 07:54 AM | Show all posts
suka baca komen2 anda semua............

thanks
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2010 10:59 PM | Show all posts
Reply 30# Neraka Bulan

baik benar persoalan saudara itu. itu pasti terlontar di minda org2 yg berfikir.

baik, pertama,
kita semua tahu, berbeza org yg berilmu dgn tidak.

anda mengatakan mereka(suami isteri itu) org baik2. kita anggaplah mereka berilmu.

sy rasa saudara sendiri arif, bagi org2 yg baik2 dan berilmu, tidak sama pandangan mereka tentang definisi 'SUSAH'.

ada org yg susah itu bila tiada duit, bila dapat malu, bila kjena rogol, bila dihina.

namun, bagi org2 yg benar2 nampak(berilmu), saudara tidak boleh menafikan org2 begini akan nampak perkara2 begini sebagai "KECIL". kalau besar pun, mungkin besar yg tidak berapa besar sgt.
kerana yg sebenar2 besar bagi mereka ialah bila mereka tahu mereka tidak diredhai Allah. ini yg paling merbahaya yg mereka takut.

jadi kalau conform mereka org2 baik, maka tidak payah risau lah.

tentang kesalahan2 manusia.masyur dari hadis Qudsi yg terkenal :

“Hadis riwayat Abu Hurairahra, dia berkata: Dari Nabi saw tentang yang beliau riwayatkan dariTuhannya, beliau bersabda: Seorang hamba melakukan satu perbuatan dosalalu berdoa: "Ya Allah, ampunilah dosaku". Allah Taala berfirman:Hamba-Ku telah berbuat dosa dan dia mengetahui bahwa dia mempunyaiTuhan yang akan mengampuni dosa atau akan menghukum karena dosa itu.Kemudian orang itu mengulangi perbuatan dosa, lalu berdoa lagi: WahaiTuhan-ku, ampunilah dosaku. Allah Taala berfirman: Hamba-Ku telahberbuat dosa dan dia mengetahui bahwa dia mempunyai Tuhan yang akanmengampuni dosa atau menyeksa kerana dosa itu. Kemudian orang itumelakukan dosa lagi, lalu berdoa: Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku.Allah Taala berfirman: Hamba-Ku telah berbuat dosa dan dia mengetahuibahwa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dosa atau menghukumkerana dosa itu serta berbuatlah sesukamu, kerana Aku benar-benar telahmengampunimu. Abdul A'la berkata: Aku tidak mengetahui apakah Allahberfirman "berbuatlah sesukamu" pada yang ketiga kali atau keempatkali.” (hadith Qudsi direkodkan Imam Muslim)

lagi hadis shahih:

[size=100%]Dalam sebuah hadis shahih, Rasulullah s.a.w.  bersabda, "AllahYang Maha Tinggi berfirman: "Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamuberdoa kepada-Ku dan mengharapkan- Ku maka Aku akan mengampunimu atassemua dosa yang kamu lakukan, dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam,andaikata dosa-dosamu itu sampai ke puncak langit kemudian kamu memintaampunan kepada-Ku nescaya Aku ampuni dan Aku tidak peduli. Wahai anakAdam, seandainya kamu datang kepada-Ku dengan dosa yang besarnya seisibumi seluruhnya, kemudian datang menemui-Ku dan tidak menyekutukan Akudengan yang lain nescaya Aku akan datang kepadamu dengan ampunan yangbesamya seisi bumi seluruhnya."






    Allah dah offer sifat Maha Penyayang pada kita....

maka tanggungjawap kita ialah sekurang-kurangnya jangan berputus asa.

sy tidak boleh menjawap soalan bg pihak yg berputus asa itu. sepatutnya, jika kita sudah tidak mampu setakat mana pun, sekurang-kurangnya jgn putus harapan itu jer.

kerana tidak berguna kita berTuhan kalau kita putus harapan. mungkin itu lah satu-satunya kesusahan terakhir yg sepatutnya kita hold kan dalam diri takala semua perkara lain kita dah give Up.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2010 02:50 PM | Show all posts
Reply 1# aminkdt


salute ngan cara ustaz memberi ceramah kat gadis tu.....  
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 10:37 AM | Show all posts
pernah di tanya oleh seorang teenager kristian, kenapa Allah campakkanorang bukan Islam dlm neraka, padahal ramai je orang bukan islam tu ygbaik, contohnya dia.  Dia pun percaya tuhan yg satu, yg menjadikanmanusia dan alam ni, cuma  bukan islam je.
aurorae Post at 8-10-2010 02:33


sy pernah terbaca soalan yg lebih kurang mcm ni..kenapa org beragama lain, berbuat baik, masih tak dapat masuk syurga..
dan jawapan yg ustaz tu bagi lebih kurang macam ni lah..

contoh kalau ada seorang peladang..dia upah seorang pekerja untuk mengusahakan tanah ladangnya..dan pekerja tu pergi usahakan tanah ladang di sebelah..milik jiran peladang...adakah peladang ni masih nk beri upah pada pekerja dia?

sama macam Allah...Allah perintahkan kita beriman pada Allah dan agama islam...tp orang beragama lain percaya pada tuhan selain Allah, masihkah Allah nak beri ganjaran pada mereka?mestilah tak kan..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2010 01:56 PM | Show all posts
Reply  Neraka Bulan

baik benar persoalan saudara itu. itu pasti terlontar di minda org2 yg berfi ...
ussopp Post at 11-10-2010 22:59

Ussopp,
menjawab persoalan NB itu juga seperti menjawab persoalan saya. Terima kaseh.
NB antara forumer yg saya suka baca tulisan nya.

kesimpulan nya saya menganggap diri saya adalah ciptaan Allah s.w.t dan up to Allah nak kasi saya apa....
apa daya kita kan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2010 02:06 PM | Show all posts
sy pernah terbaca soalan yg lebih kurang mcm ni..kenapa org beragama lain, berbuat baik, masih tak dapat masuk syurga..
dan jawapan yg ustaz tu bagi lebih kurang macam ni lah...
penglipur Post at 19-10-2010 10:37

ugama islam sering di pandang serong kerana selalau mengatakan org non muslim akan ke neraka
jika kita tinggal di malaysia dan jika kita amalkan sikap begitu tak mengapa
tapi cuba lah tinggal di luar malaysia dan amalkan sikap serupa....
sebab itu saya seboleh2nya cuba mempertontonkan akhlak yg baik
tanpa menudoh mereka as if i am holier than u
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 11:38 AM GMT+8 , Processed in 0.878616 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list