CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 125|Reply: 0

[Pulau Pinang] Penghantar makanan mengamuk di restoran ditahan

[Copy link]
Post time 5-4-2023 04:49 PM | Show all posts |Read mode
NIBONG TEBAL - Polis menahan seorang penghantar makanan sebuah syarikat penyedia perkhidmatan p-hailing bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang lelaki membaling bungkusan makanan dan minuman ke arah dua pekerja wanita di sebuah restoran, di sini semalam.

Video berdurasi 1 minit 20 saat memaparkan kejadian itu turut tular menerusi media sosial.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Deputi Superintendan, Mohd Norazmi Abd Ghapar berkata, pihaknya menjalankan siasatan kes itu selepas mengesan video berkenaan semalam menerusi satu akaun dipercayai milik restoran tersebut selain turut menerima laporan berhubung kejadian itu.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan iaitu menggunakan kekerasan jenayah.

"Menerusi video itu, didapati terdapat dua lelaki dipercayai penghantar makanan yang datang ke restoran tersebut dengan seorang daripadanya bertindak membaling bungkusan makanan dan minuman ke arah dua pekerja wanita yang terdapat di kaunter," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mohd Norazmi berkata, penghantar makanan berkenaan yang ditahan di daerah ini semalam, kini direman untuk siasatan lanjut.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian supaya menyalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan di talian hotline 04-5858 222 atau mana-mana balai polis berdekatan. - Bernama.

https://www.sinarharian.com.my/a ... di-restoran-ditahan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.449242 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list