CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2871|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lelaki maut Proton Waja dipandu rempuh belakang lori

[Copy link]
Post time 4-4-2023 01:49 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki maut Proton Waja dipandu rempuh belakang lori


Zuhainy Zulkiffliam@hmetro.com.my



LELAKI maut selepas kenderaan yang dinaiki terbabas dan merempuh belakang lori dalam kejadian di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu. FOTO Ihsan JBPM




Georgetown: Pemandu Proton Waja, S Vitra Stevan, 44, maut selepas kereta terbabit terbabas dan merempuh belakang lori di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu di sini, pagi tadi.

Mangsa disahkan mati di lokasi oleh petugas perubatan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pulau Pinang berkata. pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 4.19 pagi.

"Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak bergegas ke lokasi dan kami dapati, mangsa tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

"Kami menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa dan mayat dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP). Operasi tamat jam 5.04 pagi," katanya pada kenyataan.



Disiarkan pada: April 4, 2023 @ 10:36am











Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.059841 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list