FLORIDA: Seorang wanita Florida yang kunjungannya ke salon berakhir dengan kehilangan salah satu daripada anggota badannya telah mencapai penyelesaian dengan pihak salun, lapor Dailymail.
Clara Shellman memberitahu dia mendapat jangkitan selepas melakukan rawatan kuku di Tammy’s Nails 2 di Tampa, dan terpaksa dipotong kakinya apabila jangkitan itu merebak dari jari kaki ke bahagian betisnya.
Peguam Shellman mendakwa pembersihan dan sanitasi yang tidak betul terhadap bekalan dan peralatan di salun menyebabkan jangkitan dan amputasi.
“Jangkitan tersebut bermula selepas Shellman mengalami luka kecil, ia merebak cepat disebabkan penyakit arteri periferalnya yang teruk,” kata peguam Shellman memberitahu pemberita.
“Walaupun tiada jumlah wang yang dapat menebus kecederaan yang mengubah hidup Shellman, saya gembira penyelesaian ini membolehkannya melalui kesakitan dan penderitaannya dengan lebih selesa,” tambahnya lagi.
Di bawah penyelesaian tersebut, salun itu membayar Shellman RM7.3 juta.
sarawakvoice.com/2021/12/31 |