CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7043|Reply: 29

Permainan pengikat kasih anak-anak

[Copy link]
Post time 19-6-2006 10:07 AM | Show all posts |Read mode

MOHD. NIZAM MOHD. SHAARI akan mengikut rentak anak-anak untuk menjalinkan kemesraan sekeluarga.
--------------------------------------------------------------------------------

PERANAN bapa dalam keluarga amat penting terutama dari aspek pendidikan dunia dan akhirat serta disiplin anak-anak. Bapa bukan sahaja tegas tetapi boleh memasuki dunia permainan anak-anak dan merupakan guru yang terbaik untuk memastikan keluarga bahagia dan berjaya.

Mohd. Nizam Mohd. Shaari, 36, menjadikan permainan seperti komputer, menyusun puzzle dan monopoli sebagi pengerat kasihnya dengan anak-anak.

Bapa kepada Nor Sabila, 11, Mohd. Sobir, 9, dan Mohd. Sohaib, 5, ini bertugas sebagai Pegawai Eksekutif di Bank Islam cawangan Kajang, Selangor.

Mohd. Nizam tidak menafikan kesibukan tugas yang kadang-kadang memerlukan dia bekerja hingga ke malam memerlukan dia menentukan waktu lain untuk bersama keluarga.

Tetapi sikap isterinya, Salma Mohd., 36, yang memahami tugasnya sentiasa memastikan hubungan anak-anak dan Mohd. Nizam tidak renggang.

揚ada waktu makan tengah hari saya akan cuba pulang ke rumah dan pada masa yang terluang saya akan habiskannya bersama anak-anak.

揔ami selalu melakukan aktiviti bersama pada hujung minggu,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-7-2006 05:48 PM | Show all posts
Bermain Galak pembelajaran kanak-kanak

Bermain adalah penting dalam pertumbuhan kanak-kanak sebagai satu rangsangan ke arah mengembang kemahiran serta membina keyakinan diri. Oleh itu bermain bukan satu perkara yang merugikan sebaliknya merupakan satu proses yang penting dalam pertumbuhan dan pembelajaran mereka.

Ketika bermainlah mereka menjadi lebih kreatif dan sudah tentulah akan mengembangkan lagi kemahiran serta daya fikir mereka.

Melalui aktiviti bermain juga boleh menggalakkan sikap ingin tahu dan memupuk keyakinan diri.

Menurut buku kecil perkembangan awal kanak-kanak, Kementerian Kesihatan, ibu bapa sepatutnya memberi kanak-kanak kebebasan meneroka alam sekeliling semasa bermain dan jangan mengongkong mereka sehingga kanak-kanak merasa takut untuk bergerak lebih jauh daripada kebiasaannya sebaliknya awasi pergerakannya bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Bagi menggalakkan mereka bermain ibu bapa tidak perlu menyediakan permainan yang mahal-mahal.

Ibu bapa yang kreatif mungkin boleh mereka cipta alat permainan untuk anak-anak kecil mereka dengan bahan-bahan yang mudah didapati di rumah sendiri.

Menurut panduan tersebut apa saja boleh dijadikan alat permainan termasuklah barangan plastik dan bekas-bekas kosong, asalkan bersesuaian dengan usia serta boleh membentuk imaginasi mereka, selamat serta bersih.

Tempat permainan kanak-kanak mempunyai ruang yang cukup bagi pergerakan mereka.

Perlu diingat, kawasan untuk mereka bergerak hendaklah jauh daripada soket, elektrik, gas, benda-benda berat dan apa juga bahan yang boleh membahayakan mereka.

Ketika mereka bermain perhatikan kreativiti mereka dengan penuh minat kerana di sinilah mereka mencuba, meneroka dan menggunakan daya fikir sepenuhnya.

Kanak-kanak yang tinggal di bandar juga perlu didedahkan dengan alam sekitar bersih seperti langit membiru, rumput yang hijau serta bermain di bawah sinaran matahari agar mereka dapat membesar dalam suasana yang sama seperti kanak-kanak lain, tidak asyik di dalam rumah saja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2006 01:44 PM | Show all posts
Permainan membantu tingkatkan kebolehan anak-anak

DALAM proses pembesarannya anak-anak sentiasa meneroka termasuklah melalui pengalaman dan daya imaginasinya. Semua ini memperkayakan minda dan memperlengkapkan lagi kebolehannya apabila mereka besar kelak.

Bermain merupakan salah satu penerokaan yang paling penting. Oleh itu mereka perlu diberikan permainan yang sesuai dengan usia dan tingkat-tingkat kebolehannya.

Malangnya ramai ibu bapa yang tidak tahu permainan yang bagaimana boleh membantu mempertingkatkan lagi kebolehan anak mereka.

Kebanyakan ibu bapa bermasalah membeli permainan yang tidak sesuai dengan usia anak mereka.

Bermain tidak sampai pun tiga hari, permainan yang dibeli sudah tidak dipedulikan lagi.

Ada juga yang musnah sama sekali. Kepala anak patung kelihatan di bawah katil, tangan di dapur manakala bahagian badannya yang lain berselerakan di merata-rata tempat.

Rasanya tidak 'berbaloi' langsung membelinya bukan? Pemulihan ekonomi negara tidak bermakna anda boleh membazirkan wang pada perkara-perkara yang sepatutnya boleh dielakkan.

Selain sifat suka membazir, dari sudut psikologi perlakuan sedemikian mendorong kanak-kanak tidak tahu menghargai pemberian orang lain.

Oleh itu, ibu bapa perlu bijak menilai sesuatu produk mainan sebelum membelinya agar ia boleh dimanfaatkan bagi tempoh yang lebih lama.

Ada beberapa punca yang boleh dikaitkan dengan kebosanan kanak-kanak terhadap alat permainan mereka.

Permainan yang dibeli mungkin bersifat statik atau tidak bergerak.

Menurut pakar psikologi Guy Lef'rancois dalam bukunya edisi kelima bertajuk The Lifespan menekankan bahawa memang sudah menjadi sifat semula jadi kanak-kanak belajar melalui proses bermain.

Cuba anda perhatikan, dengan permainan di tangan mereka, kanak-kanak langsung tidak boleh duduk diam.

Mereka suka mencuba melakukan pelbagai umpamanya jika mereka bermain dengan kereta, mereka akan cuba terbalikkan tayarnya ke atas dan bumbungnya ke bawah.

Mereka amat gemar melihat tayar kereta berpusing sambil mulutnya bising membunyikan enjin kereta.

Sekiranya ibu bapa tersilap memilih permainan boleh menyebabkan minda dan kreativiti anak-anak mereka terkongkong.

Contohnya, permainan yang boleh bergerak hanya apabila sejenis alat pada bahagian tertentu diputar sehingga menjadi ketat.

Setelah pusingannya semakin longgar, permainan tersebut seterusnya akan berhenti bergerak.

Kanak-kanak hanya boleh mengulangi perkara yang sama untuk mendapatkan hasil yang sama.

Antara jenis permainan yang boleh menarik minat kanak-kanak ialah permainan cerai dan cantum.

Dengan bentuk permainan demikian kanak-kanak boleh mencipta pelbagai bentuk subjek mengikut kreativiti masing-masing.

Satu lagi punca kebosanan kanak-kanak ialah apabila ibu bapa dengan mudahnya menunaikan permintaan mereka yang menginginkan barangan permainan.

Tiada imbuhan yang dikenakan terhadap mereka bagi mendapatkan sesuatu hadiah sebaliknya ibu bapa terlalu menurut permintaan mereka dengan alasan 'sayang'.

Sebenarnya, bukan begitu cara menterjemahkan kasih sayang kerana anak yang terlalu dimanjakan mungkin tidak akan tahu menilai antara baik dan buruk.

Cuba bayangkan, apa yang akan terjadi jika tiba-tiba permintaan mereka yang selama ini senang diperoleh tidak ditunaikan oleh ibu bapa.

Apa-apa sahaja yang mudah diperoleh biasanya kurang dihargai berbanding jika sukar mendapatkannya.

Dalam konteks ini, ibu bapa dinasihatkan supaya meletakkan prasyarat kepada anak-anak sebelum memenuhi permintaan mereka.

Bagi anak-anak yang sudah ke tadika atau darjah satu misalnya perlu mendapat keputusan memberangsangkan di dalam ujian atau peperiksaannya terlebih dahulu.

Selain itu, barangan permainan yang tidak sesuai peringkat umur kanak-kanak juga boleh mencetuskan masalah.

Ibu bapa hendaklah mematuhi tahap umur kanak-kanak seperti yang ditetapkan oleh pengeluar alat permainan.

Dalam pada itu, ibu bapa perlu bijaksana memainkan peranan kerana jika tidak kena caranya, ibu bapa mungkin akan berhadapan dengan kesan psikologi sampingan kanak-kanak yang kecewa.

Bergantung sifat dan keperibadian kanak-kanak terbabit, mereka mungkin tidak boleh menerima kenyataan keinginan yang tidak tercapai.

Jika dibiarkan berterusan, impaknya mungkin akan mempengaruhi proses perkembangan dan tumbesaran mereka.

Kanak-kanak berkemungkinan akan bersikap agresif terutama terhadap golongan yang lebih lemah seperti teman sepermainan perempuan (bagi kanak-kanak lelaki) atau adiknya sendiri.

Mereka juga suka mengelamun seolah-olah memiliki permainan yang tidak mereka peroleh sehingga mempengaruhi aktiviti seharian lain.

Bagi kanak-kanak yang lemah semangat, kesedihan berpanjangan boleh menyebabkan gangguan tidur seperti jenis somnabulism (berjalan dalam tidur) dan sebagainya.

Bagaimanapun, tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan apatah lagi jika anda merupakan ibu bapa yang berhemah kepada anak-anak anda.

Inilah cabarannya bagi mereka yang bergelar ibu bapa.

Berikut ialah beberapa kriteria yang perlu diperhatikan sekadar panduan ketika membeli permainan kanak-kanak untuk mengatasi masalah seumpama ini:

Membelikan permainan yang membolehkan anak-anak mempelbagaikan aktiviti mereka. Mungkin ibu bapa terpaksa mengambil masa sedikit untuk memikirkan jenis-jenis permainan yang boleh dipelbagaikan kegunaannya sebelum membuat pembelian. Itu tidak mengapa kerana hasilnya nanti pasti akan memuaskan hati anda.

Pastikan anda membelikan permainan yang sesuai dengan peringkat umur anak-anak.

Bentuk dan warna permainan yang menarik juga mampu mengoptimumkan minat anak anda terhadap satu-satu permainan.

Cara pembuatan permainan hendaklah tidak terlalu komplikated tetapi sederhana serta tidak membahayakan kanak-kanak.

Dari sudut ekonomi, kualiti permainan biarlah diyakini mampu bertahan lama. Ia mungkin boleh diperturunkan kepada adik-adiknya yang lain.

Akhirnya, pastikan permainan tersebut menggembirakan anak-anak. Bagaimanakah caranya? Setelah meletakkan syarat tertentu kepada anak-anak sebelum mendapatkan sesuatu, tidak salah sekiranya anda bertanyakan pendapatnya terlebih dahulu. Apakah hajat anak anda yang belum tertunai?

Oleh: SITI NOR SHAFINAZ SH. MAZNAN
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2006 02:44 PM | Show all posts
syd, anak lyly (lagik seminggu 1 year), dia paling suker main tupperware aiskerim (kat lam tuh boh r star dia)...hehehheeee....kalau tutup tuperware tuh terbukak, ngamok soh org tutop kan balik....

ada mainan yg lain, tp dia sukerkan tupperware tu jugak2:nyorok:
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 12:17 PM | Show all posts

Reply #4 lyly's post

budak2 memang camtuh lyly..even anak yuna leh lak main bekas plastik..pinggan plastik...dgn measurment cup tuh ...tung tang sana tung tang sini....kalau dia dah boring main tuh dia main benda lain lak..budak nie kadang dia cepat boring..ada tuh kita dah siap beli mainan utk dia..bukan dia nak main pun...benda lain lak dia pi amik n main hehehehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2006 11:49 AM | Show all posts
Bermain bina minda kreatif

JIKA anda mengikuti siri rencana Membina Minda Kreatif ini, anda akan menyedari bahawa bermain amat penting untuk perkembangan otak, sosial dan fizikal kanak-kanak.

Bermain adalah cara untuk melahirkan kreativiti yang membolehkan kita mencipta - untuk membina impian dan melatih imaginasi.

Selain itu, kreativiti adalah tunjang kepada keupayaan kita untuk belajar, menyesuaikan diri dan untuk menjadi apa saja yang kita ingini.

Fikirkan saja bagaimana kanak-kanak belajar untuk menyusun bongkah-bongkah warna di atas satu sama lain.

Mereka sebenarnya sedang belajar mengenai kuasa graviti, keseimbangan struktur dan mengunakan kuasa yang dimiliki untuk mencipta dan berbangga dengan hasil ciptaannya.

Bermain adalah kaedah utama di mana kanak-kanak belajar menguasai kemahiran-kemahiran baru dan rumit. Apabila bermain dengan alat-alat permainan, kanak-kanak berinteraksi dengan objek mengikut kesukaan mereka sendiri, manakala pada masa yang sama membina kemahiran kognitif dan kemahiran pergerakan.

Permainan kanak-kanak merupakan alat-alat untuk mereka belajar. Ia memainkan peranan penting dalam perkembangan pendidikan dan emosi kanak-kanak.

Jenis permainan yang berbeza membina kemahiran hidup yang berbeza termasuk kreativiti, keyakinan diri dan bertolak ansur.

Permaianan yang berbentuk pendidikan dan menyeronokkan akan membuatkan kanak-kanak mengalami lebih daripada satu pengalaman bermain.

Dengan potensi ini permainan boleh dijadikan alat untuk mengajar, mencabar dan merangsang kapasiti kanak-kanak untuk mencari atau mencipta alasan.

Ibu bapa harus memberi perhatian jenis permainan dan imej yang menjadi mainan anak-anak mereka. Pembelian barangan permainan yang munasabah adalah dinasihatkan.

Memandangkan permainan kanak-kanak berupaya membina kemahiran, jadi fikirkan dulu bentuk kemahiran yang anda mahu anak-anak anda miliki.

Kemahiran pergerakan:

Kemahiran pergerakan yang mudah membantu kanak-kanak mempersiapkan diri mereka bagi menghadapi tugas-tugas setiap hari seperti mengancing zip atau butang baju, mendail telefon dan menyuap makanan.

Kemahiran pergerakan yang lebih besar (pergerakan tangan seperti membaling bola) membina keseimbangan fizikal dan kecergasan.

Keyakinan diri: Permainan yang meningkatkan keyakinan diri dan menanamkan rasa bangga ialah seperti puzzle, projek-projek lukisan, sukan, bahkan permainan video.

Pilih permainan yang memberi sedikit cabaran kepada kanak-kanak, jadi apabila matlamatnya berjaya dicapai mereka akan berasa bangga kerana berjaya menyelesaikan kerja dengan baik. (bersambung minggu depan)
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-4-2007 12:47 PM | Show all posts
Waspada bahaya mainan kanak-kanak

CIK Sarah, dari Kepong Baru, Kuala Lumpur sangat mengambil berat tentang jenis-jenis mainan kanak-kanak yang dijual di negara ini. Dia melontarkan pertanyaan mengenai tahap keselamatan permainan kanak-kanak kita.

Kemusykilannya didorong oleh masalah dihadapi apabila mainan untuk anaknya telah tanggal butangnya hanya dalam masa beberapa hari sahaja. Lebih buruk, anaknya itu hampir menelan butang berkenaan.

Namun masalahnya, adakah sesiapa yang mengambil perhatian tentang jenis permainan kanak-kanak yang dijual di pasaran kita?

Bagi menjawab keresahan Sarah, persatuan memberi jawapan begini kepadanya. Masalah ini memang ada. Sehingga sampai masanya apabila hanya mainan yang selamat sahaja dijual, pengguna-pengguna perlulah sentiasa berhati-hati dengan bahaya mainan kanak-kanak.

Mainan kanak-kanak yang tidak selamat dan kurang bermutu boleh mencederakan kanak-kanak dan menyusahkan ibu bapa.

Barang-barang permainan ini kadang-kala boleh mengakibatkan tragedi pada rumah tangga.

Apabila membeli permainan untuk kanak-kanak awasi beberapa perkara.

Sentiasa perhatikan kedudukan seperti bucu atau bahagian-bahagian tepi mainan yang tajam, bahagian kecil yang longgar atau terasing sehingga boleh ditelan. Barang-barang permainan yang boleh menyepit atau yang mengeluarkan bunyi terlalu bising
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2007 02:52 PM | Show all posts
anak aku suka main botol bedak.. tin minyak yu yee.. ngn torch light.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2007 11:28 PM | Show all posts
Anak saya pulak suka main dgn string yang dibuat dari benang kait. Kalau dapat benda tu haahahaahaa siaplah
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2007 10:08 AM | Show all posts
aku selalu main online game dgn my doter..

dia main kat desktop, aku main guna laptop..lepas tu, jumpa sama2, try to solve problem untuk naik level....she really loves it sb mummy dia join sama...

try to implement it to my 2nd child, tapi fail sb he's ASD, so kalau dia guna pc, he prefers alone..tak mau to be seen..
so..untuk dia, i join him untuk main kereta..tolak kereta sana sini, kena ada langgar2 sikit, jatuh sikit (jatuh banyak jugak sb most of his kereta pecah2.. )

my youngest lak yg baru 1 year plus, suka main bola..so, selalu ajak dia main bola..
another game he loves to play naik atas my kaki and i nyanyi for him..habis the song, i will campak dia (slow laa) ke tepi..nie dia suka sgt..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2007 03:59 PM | Show all posts
Play is the best teacher

Play enables children to grasp new concepts and learn about the world around them.

CHILDWISE by RUTH LIEW

CHILDREN need play in their lives. They are able to understand the world better and learn new concepts when they play. They play because they want to and not because someone makes them do it. Rote-learning and structured lessons cannot build competencies when they are not related to children抯 everyday experiences.  

A child learns far better when he is taken out to play in the garden with mummy and daddy. He enjoys playing and learning at the same time. He does not get the same interaction when his parents use flashcards on colours and shapes to teach him. Play promotes healthy development in young children.

  
Allow children to explore and discover new things.


Parents who recognise the benefits of play in children抯 learning know how to balance independent play with playing with playmates. They free their children抯 schedules so that they can have more time to play. Instead of drilling them in learning facts from workbooks, parents can encourage children to laugh, play and use their imagination. When children need new ideas for their play, they can turn to their parents, who will make time to help them out.  

Parents can provide resources for children in their play. Rather than directing their play, parents can bounce ideas off their children when they play with them. To know more about their children抯 play and their needs, parents can spend time observing them. They should set up a play environment that is safe and maximises children抯 potential and select suitable toys that promote imagination and creativity.  

In play, children learn self-control. They can be spontaneous and follow their heart. But they must also restrain themselves from taking over or hurting their friends. They learn to delay gratification when they realise that it is more fun to share a turn with a friend.  

揧ou go first.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2007 04:25 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 9-8-2007 03:59 PM
Play is the best teacher

Play enables children to grasp new concepts and learn about the world around them.

CHILDWISE by RUTH LIEW

CHILDREN need play in their lives. They are able to u ...



yes...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2007 12:46 PM | Show all posts
Developing through play

CHILDWISE by RUTH LIEW

PLAY is fun. Children need to play as much as they need food, shelter and clean air. Children do not need to cram their minds with information. When they play, they learn to be resourceful and seek out the right kind of information for use in their play.  

In many homes today, children have more toys than their parents ever did but sadly, the toys are mostly remote-controlled or high-tech in nature. The places they play in are limited and structured. By the time they reach school age, children play only games arranged by their schools or clubs. They hardly make up their own games or play freely with their friends.

Play spaces at home, usually arranged by adults, have stuffed animals, board games and store-bought toys all kept in plastic storage boxes. Some, kept high up on the shelves, are inaccessible to young children. They have to rely on adults to get the toys. When adults take over what children can do for themselves, they will lose opportunities to be creative and imaginative.

  
Play is important to a child抯 development.

A suitable play space for children is a brightly lit room with washable furniture and a few labelled boxes of playthings. Children don抰 need many toys to play. Keep the ones that are unstructured and have multiple use in low shelves or baskets on the floor. Children can use them in their spontaneous play.

An uncluttered room will make them more interested in playing creatively. When they have few choices and a large space to play in, they will make better decisions. Instead of placing all the toys in the play space, parents can rotate them to ensure variety. This way, the children will find the toys new and exciting when they are brought out again.  

Children need play mates. They copy from each other and make up stories to tell each other. With other children, they exchange funny quips that only those at the same stage of development will enjoy. Children develop great sense of humour through play.

American child development expert, Dr Kathy Hirsh-Pasek who co-wrote Einstein Never Used Flashcards encourage parents to be wary of the so-called expensive 搒mart toys

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 01:01 PM | Show all posts
Iskandar suka segala getah rambut,scrunchies, klip rambut Shin.
Kalau Shin tengah baring, buka ikatan rambut, letak tepi, nanti dia hulurlah tangan nak ambil. Bila dapat, muncung mulut dia excited.

Blok lego yang besar, colourfull stacker, teether, mainan dia lah, dia tak layan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 02:35 PM | Show all posts
rajin betulll Syd ni cari2 sgala artikel tepek sana cni...
rajin btol membaca...semut ni nk harap org suap...bila dah terdesak nk info baru tehegeh2 nk mencari
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 02:42 PM | Show all posts
faizah minat main bola...ish ish ish
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-8-2007 03:16 PM | Show all posts

Reply #15 sesemutku's post

dah kebetulan tgh baca2 tu
terjumpa artikel yang boleh buat panduan
dan bahan bacaan semua, so paste jek kat sini

hehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 03:25 PM | Show all posts
kami anak beranak....main teka teki....seronok sgt...
abah dia la tukang bagi teka teki..riuh rendah neisya n anak2 bagi jawaapan.....mcm2 koleksi teka teki dia ada..

errrr...tak lari tajuk ke ni?....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2007 03:42 PM | Show all posts

Reply #18 neisya's post

laaa
mana plak lari tajuk

as long apa saje aktiviti permainan, yang merapatkan hubungan
buahkan kemesraan semua boleh citer/share

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 05:01 PM | Show all posts

Reply #19 Syd's post

permainan kita orang tu...FOC....best sgt.......
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.085965 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list