CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1989|Reply: 2

[Borneo] Semua Universti Awam (UA) perlu mematuhi arahan mengurangkan yuran pengajian

[Copy link]
Post time 5-10-2021 03:53 AM | Show all posts |Read mode
Berita berkaitan :
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1274913

Semua Universti Awam (UA) perlu mematuhi arahan mengurangkan yuran pengajian sebanyak 20 peratus kepada pelajar bagi semester pertama sesi 2021/2022.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata arahan itu telah dikeluarkan kepada semua UA terlibat sebelum ini.

“Langkah ini selaras dengan usaha KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) untuk terus mempertingkat usaha ke arah menjaga kebajikan mahasiswa khususnya di bawah inisiatif #KPTPrihatin,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Beliau juga berkata, dalam keadaan pandemik Covid-19 yang banyak menjejaskan kehidupan masyarakat terutama dari segi ekonomi, kenaikan yuran tidak seharusnya berlaku.

Terdahulu, beberapa media melaporkan Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya menggesa universiti itu memberi maklum balas berhubung isu kenaikan yuran pengajian kepada pelajar baharu sesi 2021/2022.

Ia susulan kenaikan yuran sebanyak 10 hingga 60 peratus yang dikenakan universiti itu dianggap tidak munasabah dalam situasi negara ketika ini. – Bernama


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2021 04:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut dah lama buat sejak covid melanda.Class semua on9.Husben i lecturer mngajar dari rumah je, boleh kira dengan jari berapa hari sepanjang 2 tahun covid ni.Tu pun pergi bukan teaching related.Memang kos berkurang tapi yuran sama je.Kot lah boleh budak2 tu guna lebihan duit pt or scholarship utk bantu parents ke apa sepanjang pandemic ni.huhu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2021 03:54 PM | Show all posts
Blessed_Servant replied at 5-10-2021 04:49 AM
Patut dah lama buat sejak covid melanda.Class semua on9.Husben i lecturer mngajar dari rumah je, bol ...
Terimakasih untuk penjelasan

Baru tau yuran tetap jalan juga ... walaupun kelas online ...

Ramai sangat terkesan semenjak pandemik ni...




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.059711 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list