CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 900|Reply: 1

[Sarawak] Dua maut angkara tayar pecah

[Copy link]
Post time 19-8-2021 04:14 PM | Show all posts |Read mode
BELAGA: Dua maut apabila kenderaan terbabas dalam kejadian kemalangan di Jalan sawit Estet Kenaban Murum semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 3 petang, mangsa sedang memandu dalam perjalanan balik dari Blok 12 ke kem Kenaban.

Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, dalam perjalanan tayar hadapan sebelah kanan meletup menyebabkan kenderaan hilang kawalan lalu terbalik.

"Akibat dari kemalangan, dua penumpang warga  Indonesia tercampak.

"Pemandu maut di tempat kejadian dan mayat seorang lagi penumpang dibawa oleh pengurus syarikat ke Hospital Bintulu," katanya.

credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-8-2021 04:15 PM | Show all posts


am@hmetro.com.my

Belaga: Dua maut manakala seorang parah apabila kenderaan dinaiki terbabas dan hilang kawalan selepas tayar sebelah kanan meletup di jalan sawit Estet Kenaban Murum, di sini, semalam.

Dalam kejadian 3 petang itu, mangsa yang maut adalah Muhammad Syafiq Abing, 31 yang juga penyelia ladang sawit dan pekerja ladang warga Indonesia yang hanya dikenali Pandi, 33.

Seorang lagi pekerja ladang dikenali sebagai Jeri, 22, parah di bahagian punggung dan tangan kanan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, ketika kejadian mereka dalam perjalanan balik dari blok 12 ke kem Kenaban.

"Kemalangan menyebabkan kedua-dua pekerja yang juga penumpang tercampak keluar dari kenderaan.

"Pemandu dan seorang penumpang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, sementara seorang lagi penumpang parah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke hospital Bintulu untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.359611 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list