CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1198|Reply: 6

[Sarawak] Sibu : Jambatan besi siap sepenuh nya

[Copy link]
Post time 19-8-2021 06:14 AM | Show all posts |Read mode
SIBU: PENDUDUK RUMAH UDAM KINI TARIK NAFAS LEGA, JAMBATAN BESI SIAP SEPENUHNYA




Penduduk kampung Rumah Udam Sungai Menyan kini boleh menarik nafas lega apabila jambatan besi sudah siap sepenuhnya dan sedia digunakan setelah pembinaannya mengambil masa selama enam bulan untuk disiapkan.

Perjalanan ke seberang sungai kini dipermudahkan dengan menaiki kenderaan sehingga sampai ke depan pintu rumah panjang mereka.

Menurut Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Wong Ching Yong, projek jambatan itu bermula Januari lalu bagi menggantikan jambatan kayu yang telah
uzur dan tidak lagi selamat untuk digunakan.

Jelasnya, sebanyak lebih 500 Ribu Ringgit dana diluluskan oleh kerajaan negeri bagi tujuan pembinaan jambatan besi berkenaan.

Ujarnya lagi, permohonan dana itu turut dibantu oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Dr. Annuar Rapaee yang merupakan ADUN tunggal Gabungan Parti Sarawak, GPS di Sibu.

WONG CHING YONG - TIMBALAN PENGERUSI MDLBS
"I’m very happy this bridge is completed now they can drive their car straight to their long house. Last time they have to park opposite the river. A lot of inconvenient particularly during the rainy days."

TERJEMAHAN : Saya sangat gembira kerana jambatan ini sudah siap dibina. Mereka kini boleh memandu kereta terus ke rumah panjang. Sebelum ini mereka terpaksa parkir di seberang sungai, sangat menyusahkan terutama ketika hari hujan.

Wong Ching Yong yang juga Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak SUPP Cawangan Dudong ditemui media selepas melakukan lawatan ke jambatan tersebut.

Dalam pada itu, Tuai Rumah Udam Tuah ketika ditemui memberitahu, pembinaan jambatan besi itu memberi satu kelegaan kerana memudahkan sebarang urusan terutama semasa berdepan dengan saat kecemasan.

UDAM TUAH - TUAI RUMAH
"Asai pengawa utai enti kami berbeli ke utai enda berangkut jauh, kereta pun datai ba kaki tangga. Dia penyamai amat ya".

TERJEMAHAN : Jika kami membeli barangan, kami tidak perlu lagi mengangkutnya melalui jarak yang jauh kerana kereta sudah sampai ke tangga rumah. Itu merupakan satu manfaat yang besar.

PAING TAWI - BEKAS PENGHULU
"Jadi semua pengaga sida rumah panjai tok, cukup gaga laban udah ditulung iyanya siku Timbalan Pengerusi SRDC Wong Ching Yong ke udah berjaya ulih ngadu ke siti jambatan nuju ke rumah panjai tok."

TERJEMAHAN : Semua penduduk rumah panjang ini cukup gembira kerana Timbalan Pengerusi SRDC Wong Ching Yong sudah berjaya membinakan jambatan ke rumah panjang ini.

Beliau menambah, dengan siapnya jambatan ini, ia membuktikan kerajaan Sarawak sentiasa prihatin dalam menyediakan kemudahan infrastruktur kepada penduduk.

RTMSarawak



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-8-2021 06:15 AM | Show all posts






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2021 06:16 AM | Show all posts






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
alhamdulillah.. moga memberi banyak manfaat kepada semua di sana

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2021 06:52 AM | Show all posts
imanjannah replied at 19-8-2021 06:47 AM
alhamdulillah.. moga memberi banyak manfaat kepada semua di sana
tu la ...
menda gni la yang rakyat nak ...

harap lebih banyak lagi kemudahan untuk rakyat d sedia kan ...


Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
bagus la. tp napa jambatan tu mcm 1 kete je boleh lalu? mcm jaln kt jmbtn tamparuli plk aku tgk..nak lalu kena tgu turn..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-8-2021 04:17 PM | Show all posts
airmineral replied at 19-8-2021 07:09 AM
bagus la. tp napa jambatan tu mcm 1 kete je boleh lalu? mcm jaln kt jmbtn tamparuli plk aku tgk..nak ...
ha`ah .. banyak jambatan hanya untuk satu laluan jer ... mungkin sebab tak nak melebihi had berat demi keselamatan ...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.070906 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list