CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Jatuh Dari Tingkat Tiga

7-3-2014 12:03 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8407| Komen: 55

Description: Sementara Itu, Ibu Saudara Mangsa, Siti Zuraidah Moosa, 29, Berkata, Anak Saudaranya Mengalami Kecederaan Patah Kaki Kanan, Pergelangan Tangan Kanan Mengalami Keretakan Sementara Tulang Pipi Turut Ret ...
RAWANG – Niat bersuka-suka seorang kanak-kanak bersama sepupunya bermain, berakhir dengan tragedi.
       
Mangsa, kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dilaporkan kritikal  di wad unit kawalan rapi (ICU) Hospital Selayang, selepas terjatuh dari tingkat tiga pangsapuri Rawang Putra di sini, jam lima petang Selasa lalu.
       
Menceritakan kejadian, jiran mangsa, Suraya Mohd Yusof, 42, berkata, Mohd Alif Arsyad Rashid dilihat bermain bersama sepupunya di salah satu unit kosong di tingkat tiga.
       
“Saya dan beberapa orang yang melihat ada menegur jangan bermain di situ sebab besi pengadang tingkap rumah itu rosak dan berbahaya.
       
“Selepas beberapa minit terdengar bunyi kecoh termasuk ibunya yang meminta bantuan. Ketika keluar melihat, saya lihat mangsa tidak sedarkan diri dan mengalami pendarahan teruk di bahagian muka dan kepala,” katanya kepada Sinar Harian.
       
Katanya, kejadian disedari seorang penghuni yang berada di tingkat bawah apabila melihat Arsyad duduk bersandar pada tiang dalam keadaan berdarah.
       
“Sepupunya juga tak sedar Arsyad terjatuh dan menyangka dia balik ke rumah.
       
“Mangsa di bawa ke hospital dengan bantuan salah seorang jiran dan difahamkan seluruh badannya terjatuh dalam longkang dan sempat bangun dari tempat kejadian,” katanya.
       
Sementara itu, ibu saudara mangsa, Siti Zuraidah Moosa, 29, berkata, anak saudaranya mengalami kecederaan patah kaki kanan, pergelangan tangan kanan mengalami keretakan sementara tulang pipi turut retak.
       
“Dia akan menjalani pembedahan pada bahagian mukanya kerana mengalami kecederaan teruk disebabkan jatuh dalam keadaan tertangkup.
       
“Arsyad ketika ditemui masih mampu bercakap dan menceritakan kejadian kepada ibunya dan mengaku tergelincir jatuh tanpa ditolak sesiapa,” katanya.


Siti Zuraidah menunjukkan lokasi Arsyad terjatuh.

5

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 7-3-2014 10:56 AM

Siti Zuraidah menunjukkan lokasi Arsyad terjatuh.
Quote ell768 7-3-2014 10:59 AM
isk..bahaya betul..unit kosong tu pintu mmg terbukak gitu jer ke?mcm2 leh jd dalam tu...
Quote reeny 7-3-2014 11:06 AM
agaknya mmg budak tu jenis hyperaktif mana reti duduk diam..


O/T : aku tengok badan mak sedara umur 29 tahun tu.. kusss semangat!!
Quote md_nana 7-3-2014 11:07 AM
Mana gambanya?
Quote empatmataku 7-3-2014 11:10 AM
kuss semgat
Quote amiraira 7-3-2014 11:13 AM
ish ish ish...rumah kosong ke...
tgk b pn bahaya giler tu...
pesal la lepaskn budak2 main kt tempat bahaya mcm ni...
kn dh jadi hal....

ermmmm.........
Quote fcl29 7-3-2014 11:13 AM
“Saya dan beberapa orang yang melihat ada menegur jangan bermain di situ sebab besi pengadang tingkap rumah itu rosak dan berbahaya.


nasib bek dorg bkn keturunan java..
kalo x, mst die kate umah kosong tu berantu... br lepas tabur garam
Quote asyriqa 7-3-2014 11:16 AM
Ya Allah... kesiannye adik nih... mudah2an selamat n kembali sihat la hendaknya... tinggi tuh... hishh budak2 umur sedang gini apa dia tau... main aja la kejenya... rumah kosong tak berpenghuni napa tak berkunci...mak biar aja anak main2 kat situ tanpa pengawasan...  cuai...
Quote vv2005 7-3-2014 11:17 AM
allahuakbar...tak tahu nak komen apa..
Quote prettyuglybabe 7-3-2014 11:19 AM
takziah..


Quote girly.. 7-3-2014 11:22 AM
empatmataku posted on 7-3-2014 11:10 AM
kuss semgat

kus semangat tgk poto jiran ker, citer budak jatuh ni ??  

muskil kjp.

apa pon.. sian kat kuarga bdk tuh...
Quote haryatie 7-3-2014 11:23 AM
kesiannyer..
smoga x de kecederaan yg lebih teruk..
n cepat sembuh..
Quote BurningTimes 7-3-2014 11:24 AM
Ya awloh itu orang ka batu tu?

akak tak kesah sangat budak tu jatuh,
tapi itu orang kaa?
Quote miss_qasehs 7-3-2014 11:27 AM
ingtkn ada gambar budak yg tjatuh tu...
Quote martiena 7-3-2014 11:28 AM
mcm2 kes ...
pelik2 btol skang .........
Quote Cakkkk....aaaa 7-3-2014 11:29 AM
tongkatwaran75 posted on 7-3-2014 10:56 AM
Siti Zuraidah menunjukkan lokasi Arsyad terjatuh.

Errr.. gambar ni nak tunjuk lokasi jatuh ke nak tunjuk gambar ZURAIDAH?

penuh frame...
Quote Cakkkk....aaaa 7-3-2014 11:30 AM
md_nana posted on 7-3-2014 11:07 AM
Mana gambanya?

Kan ada gambar tu....

gambar ZURAIDAH...




Quote lululun 7-3-2014 11:30 AM
mak aih.... takziah lah...
Quote Cakkkk....aaaa 7-3-2014 11:31 AM
BurningTimes posted on 7-3-2014 11:24 AM
Ya awloh itu orang ka batu tu?

akak tak kesah sangat budak tu jatuh,

sedara avatar hang kot...

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.303729 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top