CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pencabul Jatuh Tingkat 3

14-4-2014 09:59 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8589| Komen: 55

Description: Balik Pulau: Seorang Lelaki Cedera Di Muka Kerana Terjatuh Dari Tingkat Tiga Ketika Dia Melarikan Diri Selepas Perbuatannya Memecah Masuk Sebuah Rumah Flet Dan Mencabul Seorang Penghuni Yang Ketika It ...
BALIK PULAU: Seorang lelaki cedera di muka kerana terjatuh dari tingkat tiga ketika dia melarikan diri selepas perbuatannya memecah masuk sebuah rumah flet dan mencabul seorang penghuni yang ketika itu sedang tidur disedari dalam satu kejadian di Jalan Mayang Pasir, Bandar Bayan Baru, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, suspek yang berusia 28 tahun dikatakan masuk ke rumah terbabit sebelum dia cuba mencabul mangsa yang ketika itu sedang tidur di ruang tamu.

Menurut sumber, mangsa yang berusia lingkungan 20-an hanya menyedari kejadian itu selepas berasa tubunya diraba suspek sebelum dia menjerit.

"Jeritan mangsa membuatkan suspek terkejut dan dia cuba melarikan diri apabila melihat beberapa penghuni di kawasan itu tiba di rumah berkenaan.

SUSPEK yang terjatuh dari tingkat tiga.


"Suspek cuba melarikan diri melalui pintu dapur namun dia tidak bernasib baik apabila terjatuh dari tingkat tiga rumah berkenaan menyebabkannya tersembam di simen dan mengalami kecederaan teruk di muka," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan setakat ini suspek sudah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.


15

Bagus
28

Marah
30

Terkejut
18

Sedih
21

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (125 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 13-4-2014 02:11 PM
pulau pinang darul cabul
Quote kakikuDibibirmu 13-4-2014 02:11 PM
pulau pinang darul cedera di muka
Quote GhostWalking 13-4-2014 02:12 PM
Alahai nape la tak mati je...
Quote HUHA 13-4-2014 02:15 PM
macam mana la boleh jatuh. penghuni flat lambung dia kut.
Quote munchkin 13-4-2014 02:22 PM
Pulau pinang. Salam takziah kpd mangsa
Quote incek_akim 13-4-2014 02:23 PM
mati tak? kalau tak mati, boleh lambung lagi sekali kot. nak mencabul sangat kan?
Quote clarizsa 13-4-2014 02:25 PM
padan muka...
Quote johndoe17 13-4-2014 02:25 PM
Panjat umah org semata2 nak mencabul ka?
Ada udang sebalik mee...
Quote pakweneelofa 13-4-2014 02:33 PM
anak mamak mane la tu
Quote popjack 13-4-2014 02:37 PM
uishhhhh sakit tu!
patah hidung,patah gigi
Quote poison_paradise 13-4-2014 02:38 PM
Pirate of carribean
Quote enchikfitz 13-4-2014 03:26 PM
Selayaknyalah
Quote FanTasyCreaTioN 13-4-2014 03:36 PM
padan muka
Quote mattzzx 13-4-2014 03:43 PM
Belum sempat merasa hasil dari kerja tak baik dia.....
Quote roblucci 13-4-2014 03:47 PM
bakpo tok mapuh terus?
Quote revolusi_30 13-4-2014 03:48 PM
Kebangga la ne jatuh x mati
Quote batmana 13-4-2014 03:58 PM
aku rasa dia salah rumah, igt awek dia..
tu yg lari gelabah smpai terjatuh..
Quote dewi 13-4-2014 03:58 PM
mati kalo tak terseksa.. kot macam ni bior dia rasa seksa.. mana nak tunjuk muka lagi dah pas ni  opppsss
mungkin muka dah tak rupa org dah kot lepas nih
Quote solstice 13-4-2014 04:30 PM
GhostWalking posted on 13-4-2014 02:12 PM
Alahai nape la tak mati je...

Elok lah seksa merasa sakit
Padam muka
Baju pon cap tengkorak
Kunun brutal lah tu
Last skali jatuh melepeh cium simen je

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.062212 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top