CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Debu Tanah Ancam Kesihatan

4-2-2014 04:49 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2934| Komen: 5

Description: Bagan Serai - Hidup Bagaikan Terpenjara Dalam Rumah, Itu Situasi Terpaksa Dihadapi Kira-Kira 30 Penduduk Di Parit Mat Keling, Di Sini, Selepas Debu Tanah Merah Menjejaskan Kehidupan Seharian Mereka S ...

Jalan merah di kawasan perumahan penduduk yang sering digunakan jentera berat ke tapak projek terbabit.



BAGAN SERAI -  Hidup bagaikan terpenjara dalam rumah, itu situasi terpaksa dihadapi kira-kira 30 penduduk di Parit Mat Keling, di sini, selepas debu tanah merah menjejaskan kehidupan seharian mereka sejak dua bulan lalu.

Wakil penduduk, Suhaimi Hussein, 43, berkata, kehadiran debu kesan daripada sebuah projek pembinaan berhampiran penempatan penduduk itu bukan hanya mengotorkan luar kediaman tetapi turut memasuki rumah mereka.

Menurutnya, semuanya berpunca daripada kenderaan berat yang berulang-alik menggunakan laluan tanah merah di hadapan rumah mereka ke tapak projek tersebut.

“Disebabkan persekitaran menjadi begitu berdebu hingga meliputi rumah kami, kami segera bertemu dengan kontraktor bertanggungjawab untuk mengadu mengenai masalah ini.

“Pada mulanya, mereka berjanji mahu menyelesaikannya dengan menyiram air di sepanjang laluan tanah merah di hadapan kediaman kami bagi mengurangkan debu.

“Bagaimanapun, masalah itu masih tidak berakhir memandangkan kontraktor berkenaan tidak menyiram air pada keseluruhan jalan terbabit, sebaliknya hanya siram jalan di hadapan rumah kami,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kampung Parit Mat Keling, di sini.

Suhaimi berkata, keadaan bertambah buruk ketika cuaca panas dan angin kencang.

Katanya, tindakan kontraktor yang jarang menyiram air di laluan tanah merah sepanjang dua kilometer di hadapan rumah penduduk turut dipersoal.

Dakwanya, kontraktor hanya menyiram air di atas jalan tar sepanjang 500 meter menghala ke Kampung Padang Lalang sedangkan laluan itu tidak terlalu berhabuk.

Katanya, kontraktor terbabit dan pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta prihatin dengan nasib penduduk yang bimbang kesihatan mereka terjejas.

Diserang batuk, selsema

Seorang penduduk, Hazmi Ahmad, 30, berkata, kebanyakan penduduk kini terpaksa menggunakan kain atau penutup hidung untuk melindungi mata serta hidung mereka setiap kali keluar rumah.

Katanya, ada masanya mereka terpaksa berbuat demikian ketika berada dalam rumah apabila debu memasuki kediaman ketika angin kencang.

“Berdasarkan maklumat jiran terdekat, beberapa penduduk sekitar sini sudah mula mengalami masalah kesihatan seperti diserang lelah dan sesak nafas kesan daripada debu itu.

“Malah, terdapat ramai kanak-kanak dan warga emas yang sering batuk dan selesema," katanya.

Hazmi berkata, penduduk bimbang kesihatan mereka bertambah buruk sekiranya tiada tindakan diambil oleh pihak bertanggungjawab untuk mengatasi masalah itu.

Selain itu, Hazmi berkata, tujuh rumah yang paling hampir dengan laluan tanah merah berkenaan terpaksa membersihkan rumah dari diliputi kotoran debu tanah merah hampir setiap hari.

Menurutnya, malah rumahnya sendiri berdebu setebal hampir seinci dan bukan itu sahaja,  dalaman rumah, kereta, pakaian, permaidani dan makanan yang tidak ditutup turut terjejas.

“Disebabkan pakaian dijemur akan kotor semula akibat debu, kami terpaksa menjemur pakaian di dalam rumah.

“Selain itu, kami juga terpaksa menutup pintu dan tingkap rumah setiap hari bagi mengelakkan habuk serta debu masuk.

“Kehidupan kami kini seolah-olah berada di dalam penjara kerana terpaksa berdepan dengan masalah debu tanah merah yang dilihat semakin serius ini,” katanya.

Hazmi berkata, PBT digesa segera menyelesaikan masalah debu tanah merah yang dihadapi penduduk kampung itu.

“Sekiranya perkara ini masih tidak dapat diselesaikan, kami akan buat laporan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) kerana bimbang keadaan kesihatan kami,” katanya.

Adun janji bantu penduduk

Adun Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat ketika dihubungi berjanji akan segera meneliti aduan penduduk terlibat.

Ketua Umno Bahagian Bagan Serai itu berkata, masalah tidak akan timbul sekiranya pihak kontraktor dan penduduk saling berbincang dan bertolak-ansur dalam menyelesaikan sebarang isu yang timbul.

“Saya akan merujuk perkara ini dengan jabatan bertanggungjawab bagi membolehkan aduan penduduk dapat diselesaikan segera,” katanya.


20

Bagus
10

Marah
12

Terkejut
12

Sedih
20

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (90 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dunhill. 4-2-2014 03:03 PM
Mana ketua cawangan umno?
Quote AdsMsia 4-2-2014 03:20 PM
Dunhill. posted on 4-2-2014 03:03 PM
Mana ketua cawangan umno?

dok melingkaq kat aloq pongsu nun kut

heeeeeeeeeeeeeee
Quote undark 4-2-2014 03:22 PM
main fesbuk
Quote AdsMsia 4-2-2014 03:52 PM
undark posted on 4-2-2014 03:22 PM
main fesbuk

apa fesbuk id dia

lalalala
Quote BotakChinPeng 4-2-2014 03:57 PM
Kawasan kediaman lain berdebu bila ada projek pembinaan takde bising bising pun

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.105374 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top