CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cedera Dilibas Biawak Komodo!!

30-12-2013 10:50 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17375| Komen: 122

Description: IPOH – Seorang anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), cedera selepas dilibas seekor biawak komodo ketika menangkap haiwan liar itu di Batu 5, Tambun, di sini, semalam. Pegawai Waran, Roslan Sulaima ...


IPOH – Seorang anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), cedera selepas dilibas seekor biawak komodo ketika menangkap haiwan liar itu di Batu 5, Tambun, di sini, semalam.

Pegawai Waran, Roslan Sulaiman berkata, JPAM Daerah Kinta menerima panggilan pada kira-kira jam 12.15 tengah hari dari seorang penduduk yang terlihat reptilia itu dalam sebuah pembetungan di situ yang dijadikan sarang haiwan terbabit.

Menurutnya, penduduk mendakwa kehilangan haiwan ternakan haiwan yang dipercayai angkara biawak itu.

“Biawak seberat 58 kilogram itu agresif ketika cuba dibawa keluar dari pembetung itu. Seorang anggota merangkak masuk bersama tali jerut.

“Anggota JPAM terpaksa bergelut dengan biawak jantan itu selama kira-kira 40 minit sebelum ia berjaya dijerut dan ditarik keluar,” katanya ketika ditemui di Pejabat JPAM Daerah di sini.

Roslan berkata, anggota JPAM, Hafizal Jamaluddin mengalami kecederaan pada lengan kanannya selepas dilibas ekor reptilia besar terbabit dan sudah diberikan rawatan.

Katanya, beliau sendiri hampir digigit dan selepas berjaya ditangkap serta diikat, haiwan itu dibawa ke pejabat JPAM sebelum dilepaskan semula  ke habitat asalnya.


24

Bagus
40

Marah
17

Terkejut
28

Sedih
17

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (147 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PathFinder@60 27-12-2013 11:38 PM
No Wonder Why Injured...


Quote perang_candu 27-12-2013 11:39 PM
nate bewok punya biawak.
Quote mak_wa95 27-12-2013 11:39 PM
tak letih ke bergelut 40 minit tu...
Quote noor2 27-12-2013 11:40 PM
ehhhhh komodo ada kat malaysia ke??

Quote malaywood.NET 27-12-2013 11:41 PM
Phewitt... kikikiki.
Quote TuntungReturn 27-12-2013 11:42 PM


besar gak!
Quote PathFinder@60 27-12-2013 11:45 PM
TuntungReturn posted on 27-12-2013 11:42 PM
besar gak!

Nasib baik tak kena gigit,
Ganeh betul komodo neh...

Quote PathFinder@60 27-12-2013 11:46 PM
noor2 posted on 27-12-2013 11:40 PM
ehhhhh komodo ada kat malaysia ke??

Mesti Tak Shomel Khennzzzz ???

Quote Babai 27-12-2013 11:46 PM
PathFinder@60 posted on 27-12-2013 11:38 PM
No Wonder Why Injured...

Kalau dapat kat aku time kecik2 dulu. Memang teruk la komodo tu kena buli. Kami dulu2 time budak2, semua benda kena buli. Even ular tedung pun habis kena buli and pastu kena bakar.
Quote PathFinder@60 27-12-2013 11:48 PM
Babai posted on 27-12-2013 11:46 PM
Kalau dapat kat aku time kecik2 dulu. Memang teruk la komodo tu kena buli. Kami dulu2 time budak2, ...

Fuhhh,
Ko neh confirm geng budak2 nakal masa bebudak dulu
HaHaHaHa

Quote malaywood.NET 27-12-2013 11:52 PM
Babai posted on 27-12-2013 11:46 PM
Kalau dapat kat aku time kecik2 dulu. Memang teruk la komodo tu kena buli. Kami dulu2 time budak2, ...

Sama gak.. dulu pun mcm tu.. tp ko dah terlebih ni.tp ustaz ada kata, kalau kita buat mcm tu kat binatang kita buat,nanti di akhirat binatang buat balik kat kita.
Quote Babai 27-12-2013 11:52 PM
PathFinder@60 posted on 27-12-2013 11:48 PM
Fuhhh,
Ko neh confirm geng budak2 nakal masa bebudak dulu
HaHaHaHa

Nakal tak nakal gak la. Tapi geng2 kami yang sekarang berusia mid 30s ni semua terdiri dari pelbagai profession. Ada yang tokey syarikat sendiri, tokey private college, CEO, COO, Dr Pakar, chief scientist dan jugak tukang potong rumput (yang ni aku).
Quote mommymonster82 27-12-2013 11:54 PM
Mesti abg jpam tu xpnh tgk national geographic...
Nasib baik sekor jer..klu byk mau jd lauk
Quote PathFinder@60 27-12-2013 11:54 PM
Babai posted on 27-12-2013 11:52 PM
Nakal tak nakal gak la. Tapi geng2 kami yang sekarang berusia mid 30s ni semua terdiri dari pelbag ...

Elehh, Merendah diri nampak ??
HaHaHa... Normal zaman budak2, tengah nak tahu banyak benda time tuh,
Yang penting kau kerja Bro, bukan jadi freeloader saja...
Itu lagi mulia dari mengemis...
Back to Komodo Story lah,
Ada buat minyak kan ini ?
Minyak Dhab Rasanya...


Quote Babai 27-12-2013 11:55 PM
malaywood.NET posted on 27-12-2013 11:52 PM
Sama gak.. dulu pun mcm tu.. tp ko dah terlebih ni.tp ustaz ada kata, kalau kita buat mcm tu kat b ...

Apa nak buat bro, masa umur2 remaja awal sekolah menengah ni memang camtu la. Tapi sekarang dah tobat dah.
Dulu2 kalau binatang tu liat sangat (cam biawak besar ker), ada yang merasa makan penangan ala-ala molotov cocktail gitu. Pastu ramai2 senyum tengok unggun api berlari2.

Tapi siyesly sekarang dah tobat dah.
Quote Babai 27-12-2013 11:57 PM
PathFinder@60 posted on 27-12-2013 11:54 PM
Elehh, Merendah diri nampak ??
HaHaHa... Normal zaman budak2, tengah nak tahu banyak benda time t ...

Bukan merendah diri, emang yang bener bro.

Minyak dhob tu dari dhob. Ini biawak bro, jawabnya minyak biawak ler.
Quote dahliateck 28-12-2013 12:04 AM
x besar sgt, yg blkg rumah dulu lg besar2
Quote dahliateck 28-12-2013 12:04 AM
dabel la plak
Quote Babai 28-12-2013 12:06 AM
dahliateck posted on 28-12-2013 12:04 AM
x besar sgt, yg blkg rumah dulu lg besar2

Ada gambok tak? Berapa kilo? BTW, tengok avatar ko teringat lawak bapak aku cakap pasal siti vs rosalinda (thalia).

Lihat semua komen(122)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.387836 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top