CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jambatan Kedua Penang Dibuka Akhir Februari 2014

12-12-2013 05:07 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4528| Komen: 9

Description: Menjawab Isu Berlainan, Fadillah Berkata Semua 29 Lebuh Raya Di Negara Ini Mempunyai Tempoh Konsensi Yang Berbeza Dengan Tempoh Kadar Tol Disemak Semula Antara Tiga Dan Lima Tahun, Bergantung Kepada P ...


GEORGETOWN - Jambatan Kedua Pulau Pinang dijangka dibuka kepada umum pada akhir Februari depan setelah kerja-kerja sistem tol Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dan pengujian tahap keselamatan fizikal jambatan itu siap.

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, sistem tol Plus itu perlu dinaik taraf terlebih dahulu kerana pengguna dikehendaki membayar tol semasa keluar dari lebuh raya dan sebelum memasuki jambatan berkenaan.

"Kita masih lagi melakukan penambahbaikan dan akan membuka jambatan ini apabila sistem terbukti berjalan dengan baik selain disahkan selamat diguna oleh orang ramai," katanya kepada pemberita selepas melawat jambatan itu di sini hari ini.

Beliau berkata pembinaan fizikal jambatan itu telah mencapai tahap 99.9 peratus dan plaza tol jambatan berkenaan adalah yang terbesar di negara ini dengan 28 kiosk bayaran.
Kerajaan masih belum memutuskan kadar tol yang akan dikenakan, katanya. 


Jambatan sepanjang 24 kilometer iaitu 17 km di atas laut dan tujuh km di atas darat, direka dengan mengutamakan kelestarian alam.
Projek kerajaan persekutuan dengan kos RM4.5 bilion itu adalah jambatan terpanjang di Asia Tenggara dan dijangka dapat mengurangkan 25 peratus kesesakan trafik di Jambatan Pulau Pinang.

Menjawab isu berlainan, Fadillah berkata semua 29 lebuh raya di negara ini mempunyai tempoh konsensi yang berbeza dengan tempoh kadar tol disemak semula antara tiga dan lima tahun, bergantung kepada perjanjian konsesi.                                                            

13

Bagus
2

Marah
15

Terkejut
17

Sedih
1

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sekel 12-12-2013 04:44 PM
waahhhhh.............merasa ler kita semua nanti
Quote mrdone 12-12-2013 04:46 PM
tol baper plak ni
Quote chaoyunjie 12-12-2013 04:47 PM
aku rasa macam cepat pula siap...
mudah2an tol pun tak mahal...

kali ni boleh lihat panorama di tengah2 laut
Quote pakwetizzaqyah 12-12-2013 04:51 PM
tahniah koh tsu koon dan TUN..semoga rakyat menikmati infrastruktur ini
Quote cheida_mymee18 12-12-2013 05:18 PM
aku rasa yg bulatan tgah tu diorg x jadi buat kot..
buat mcm biasa je..
skng lalau kt jmtbn pertma dah nmpk jmbtn ke2 nih..
mesti mahal dr yg 1st sbb lg jauh
Quote Nesta13 12-12-2013 05:22 PM
ilustrasi atas tu da lama x jadi...
Quote intan_smsb 13-12-2013 09:04 AM
macammana diaorg buat ek...
Quote tobby 14-12-2013 07:15 AM
September said the bridge is ahead of schedule and blame the collapse for 1 month delay. then expected to complete by Nov 8. Later said delay and it is 99% completed. now say February, and 99.9% completed.
may be February will say June 2014 with 99.999% completed.  pondok toll pun x siap lagi.
Quote annehuda 14-12-2013 08:17 AM
agaknye nk dibukak tahun dpn sbb nk amek kesempatan naikkan harga tol siap2 kot. kalau bukak awal tol kene naik plak nnt pengguna merungut

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.050686 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top