CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Israel Rancang Ambil Sebahagian Al-Aqsa, Masjid Kubah Emas.

5-12-2013 06:10 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6355| Komen: 34

Description: Tempat Berkenaan Adalah Tapak Kuil Kedua Yahudi, Dimusnahkan Pada 70 Selepas Masihi Ketika Titus Menjadi Pemerintah Roman, Yang Memaksa Yahudi Tinggal Dalam Buangan.
      
Pandangan dari jauh Kota Lama meliputi kawasan Haram al-Sharif di Baitulmaqdis.

Israel rancang ambil sebahagian al-Aqsa, Masjid Kubah Emas

Baitulmaqdis: Kerajaan Israel sudah membahaskan di Parlimen cadangan membahagikan kawasan Kota Lama atau Haram al-Sharif yang menempatkan Masjid al-Aqsa dan Masjid Kubah Emas serta Tembok Ratapan antara kawasan Yahudi dan Islam.      

Ia berpunca daripada kegiatan sekumpulan kecil aktivis Yahudi menuntut hak melakukan upacara keagamaan di tapak kuil yang musnah, di tengah Kota Lama yang meliputi al-Aqsa selain kawasan Kristian dan Armenia.      
      
Kami mahu ia dibahagikan antara penduduk Yahudi dan Islam. Hari ini, Yahudi sedar Tembok Barat (Tembok Ratapan) tidak cukup” Aviad Visoli, Pengerusi Pertubuhan Temple Mount
      
Ia mencetuskan kemungkinan berlaku pertelagahan dengan dunia Islam, yang menganggap kawasan itu sebagai tempat suci dan mengharamkan Yahudi beribadah di situ.

Tetapi, setiap minggu, beratus-ratus penduduk Yahudi menaiki jalan kayu yang dibina di atas Tembok Barat dan memasuki kawasan itu.

Ambil peluang baca doa

Ramai berpura-pura bercakap di telefon bimbit tetapi sebenarnya membaca doa sebelum dengan sengaja menjatuhkan syiling dan  membongkok untuk mengutipnya sekalipun aksi tunduk kepala untuk berdoa diharamkan.      

Mereka tidak lagi dianggap militan kerana cadangan membahagikan kawasan itu kini dibahaskan di Parlimen Israel dan diterima puak tertentu dalam kerajaan campuran pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, lapor The Washington Post.

Pemimpin politik  dalam parti Netanyahu, mahu Israel memperluas bukan memperkecil kawalan di Tebing Barat, Baitulmaqdis Timur dan Kota Lama, termasuk Temple Mount (Kuil Bukit) atau Haram al-Sharif di kalangan umat Islam.

“Kami mahu ia dibahagikan antara penduduk Yahudi dan Islam. Hari ini, Yahudi sedar Tembok Barat (Tembok Ratapan) tidak cukup.

“Mereka mahu lebih daripada itu,” kata Pengerusi Pertubuhan Temple Mount, Aviad Visoli.

Tempat berkenaan adalah tapak Kuil Kedua Yahudi, dimusnahkan pada 70 selepas masihi ketika Titus menjadi pemerintah Roman, yang memaksa Yahudi tinggal dalam buangan.

Tembok itu yang dilawati 10 juta pengunjung setahun, adalah sebahagian bekas candi yang dibina di sekeliling kompleks kuil itu, kawasan paling suci bagi Yahudi. 

6

Bagus
2

Marah
1

Terkejut

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Modngengade 5-12-2013 07:23 PM
Dasar yahudi laknatullah
Quote gogo2 5-12-2013 07:26 PM
Org beragama mmg byk masalah.

Takde masalah buat masalah.
Quote gogo2 5-12-2013 08:07 PM
Modngengade posted on 5-12-2013 07:23 PM
Dasar yahudi laknatullah

Melihatkan agama banyak masalah, marilah kita dengar lagi Imagine dari John Lennon:-

[youtube]DVg2EJvvlF8[/youtube]
Quote BurningTimes 5-12-2013 08:15 PM
Ia mencetuskan kemungkinan berlaku pertelagahan dengan dunia Islam, yang menganggap kawasan itu sebagai tempat suci dan mengharamkan Yahudi beribadah di situ.


Mahu beribadah menyembah Elohim pun ummah moslems sunni ini tidak benarkan, seolah2 dunia ini milik mereka pula dan bukan milik Elohim.
Quote BurningTimes 5-12-2013 08:17 PM
Sambil itu marilah kita dengar lagu Yahudi Beriman Suci cilanat ini yang tak habis2 buat lagu meminta keamanan dunia.

[youtube]H8ULIw0Zgaw[/youtube]

Quote gogo2 5-12-2013 08:21 PM
BurningTimes posted on 5-12-2013 08:17 PM
Sambil itu marilah kita dengar lagu Yahudi Beriman Suci cilanat ini yang tak habis2 buat lagu memint ...

Lagu imagine lagi sedap.
Quote BurningTimes 5-12-2013 08:26 PM
gogo2 posted on 5-12-2013 09:21 PM
Lagu imagine lagi sedap.

Tapi yang ini bahasa lain kak, lagi hebat sebab ianya dari bahasa ummah suci yahudi. Semoga Elohim merahmati ummah suci yahudi.

Quote Kassim_Patalon 5-12-2013 08:43 PM
Awloh S.W.T. sayang ummah suci yehudi
Quote dahliateck 5-12-2013 08:49 PM
erkk tred mn bersarang ke
Quote perang_sivil 5-12-2013 08:49 PM
Kassim_Patalon posted on 5-12-2013 08:43 PM
Awloh S.W.T. sayang ummah suci yehudi

Nak besarkan tembok ratapan ni ke? Harap2 dapat juga aku Shalat di Al-Aqsa nanti

Quote sekngucing 6-12-2013 02:25 AM
org beragama 1000x kali lebih baik pada ateist
org agama bunuh org lain sebab nak masuk syurga
ateist bunuh manusia lain sebab wang, sebab pompuan
Quote AdsMsia 6-12-2013 04:55 AM
ben yahud and the gang
Quote airisa 6-12-2013 01:53 PM
baru balik dari baitul maqdis ... melihat sendiri keadaan di sana
Quote am. 6-12-2013 02:09 PM
walaupun yang bergaduh ni golongan yahudi dan islam, atheist gak yang disalahkan.
Quote am. 6-12-2013 02:10 PM
dan walaupun yang buat semua ni adalah aktivis / ekstrimis agama, maka agama lah yang disalahkan.
Quote Vokuro 6-12-2013 02:28 PM
shema israel

semoga kemenangan kepada pihak yg benar dan suci

[youtube]mZz64qMX4j0[/youtube]
Quote NIXAR 6-12-2013 03:08 PM
perang_sivil posted on 5-12-2013 08:49 PM
Nak besarkan tembok ratapan ni ke? Harap2 dapat juga aku Shalat di Al-Aqsa nanti

nak masuk ke sana kena buat passport negara lain kan. mcm mana prosedurnya? teringin nak ke sana
Quote Vokuro 6-12-2013 03:09 PM
NIXAR posted on 6-12-2013 03:08 PM
nak masuk ke sana kena buat passport negara lain kan. mcm mana prosedurnya? teringin nak ke sana : ...

tak payah kak,

ala2 kena buat border pass jah masuk ikut jordan.

banyak jah tour umrah yg pergi baitulmaqdis sekali.
Quote perang_sivil 6-12-2013 03:11 PM
Vokuro posted on 6-12-2013 03:09 PM
tak payah kak,

ala2 kena buat border pass jah masuk ikut jordan.

akak pernah pergi sana ke? saya berhasrat nak menunaikan umrah berseorangan disana...

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.069306 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top