CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Drama Diplomatik

16-4-2014 05:54 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4941| Komen: 7

Description: Proses Damai Palestin Dan Israel Yang Berlangsung Selama Sembilan Bulan Dan Sepatutnya Berakhir Pada Akhir Bulan Ini Terus Mencetuskan Persoalan Sama Ada Ia Akan Berjaya Atau Tidak.



PROSES damai Palestin dan Israel yang berlangsung selama sembilan bulan dan sepatutnya berakhir pada akhir bulan ini terus mencetuskan persoalan sama ada ia akan berjaya atau tidak.

Sehingga kini, masih tiada kata putus dicapai kerana Israel dilihat sengaja mensabotaj usaha tersebut selain enggan mematuhi syarat rundingan.

Walaupun tempoh rundingan damai Timur Tengah dilanjutkan selepas tarikh akhir pada 29 April depan, banyak pihak dapat mengagak drama diplomatik yang tidak berkesudahan arahan Amerika Syarikat (AS)itu.

Percaya atau tidak, segala tenaga positif ketika rundingan Oslo pada awal 1990-an telah lama hilang akibat penangguhan demi penangguhan proses damai tersebut sejak dua dekad lalu.

Jika rundingan terbabit masih menemui jalan buntu, ia sekali lagi berpunca daripada dolak dalik dan alasan lapuk Israel yang merupakan sekutu rapat AS.

Tidak kira apa berlaku selepas rundingan itu, satu era baharu dalam konflik berkenaan telah tercetus akibat kempen diplomatik  yang telah sekian lama dirancang dengan teliti oleh AS.

Washington didakwa mula merencanakan langkah seterusnya dengan merangka formula baharu ‘permainan’ terbabit yang hanya memberi kepentingan kepada mereka dan sekutunya.

Selain itu, sekutu rapatnya juga sudah merancang segala-galanya walaupun AS mungkin sudah ketandusan idea untuk memanipulasikan rundingan itu.

Selama hampir setengah abad, Israel berjaya menolak tuntutan Palestin dan negara antarabangsa untuk melepaskan cengkaman mereka ke atas Tebing Barat.

Ia jelas menunjukkan, dari sehari ke sehari Tel Aviv semakin biadab meneruskan niat jahat mereka untuk merampas Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Kelemahan usaha Setiausaha Negara AS, John Kerry telah digunakan sebagai batu loncatan kepada Israel bagi meningkatkan kempen sebelah pihak untuk menduduki kedua-dua kawasan terbabit secara kekal.


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote -electrifying- 16-4-2014 12:39 PM
musnah la israel laknatullah.
Quote munchkin 16-4-2014 01:04 PM
semua orang pun ada drama
Quote pakweneelofa 16-4-2014 01:19 PM
kata palastin nk masuk rusia....pe cite..tk pasal rusia claim nk gereja kat tanah tu..hahaha
Quote kakikuDibibirmu 16-4-2014 01:26 PM
♫...dramatari cinta pun tercipta
penuh uraian aneka warna
karya yang terindah
asmara ini menggubah rasa
sebuah rapsodi keriangan...♫



[youtube]0eGNunDJRXU[/youtube]

http://youtu.be/0eGNunDJRXU
Quote totokreturn 16-4-2014 01:46 PM
Kat sini maki2 israel bunuh rakyat palestin yg lain bangsa dan agama... sedang yg bunuh sesuka hati memali sesama bangsa dan sama agama, bermati matian backup... padahal lagi kejam dari yahudi tuh...
Quote namirulmukminin 16-4-2014 01:54 PM
totokreturn posted on 16-4-2014 01:46 PM
Kat sini maki2 israel bunuh rakyat palestin yg lain bangsa dan agama... sedang yg bunuh sesuka hati  ...

Apa nak heran... Melayu kan ada ginetik yahudi gak... kajian USM dah buktikan pasal tu...
Quote pakweneelofa 16-4-2014 07:35 PM
namirulmukminin posted on 16-4-2014 01:54 PM
Apa nak heran... Melayu kan ada ginetik yahudi gak... kajian USM dah buktikan pasal tu...

the lost jewish tribe konon.. hahahahhaa

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-7-2024 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.051753 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top