CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Bakar Bendera Israel Di Majlis Kahwin

4-8-2014 10:57 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 28863| Komen: 273

Description: Norfadhilah Mohd Badroldin, 27, Dan Suami, Mohd Hilmi Muslim, 27, Kedua-Duanya Berkerjaya Sebagai Arkitek, Bertindak Melakukan Perkara Itu Kerana Amat Sedih Melihat Penderitaan Umat Islam Khususnya Ka ...



JASIN – Sepasang pengantin mengabadikan kenangan majlis perkahwinan mereka dengan memijak dan membakar bendera Israel sebagai tanda protes kekejaman rejim itu terhadap rakyat Palestin.

Norfadhilah Mohd Badroldin, 27, dan suami, Mohd Hilmi Muslim, 27, kedua-duanya berkerjaya sebagai arkitek, bertindak melakukan perkara itu kerana amat sedih melihat penderitaan umat Islam khususnya kanak-kanak dan wanita yang menjadi mangsa serangan rejim Zionis.

Mohd Hilmi berkata, sebagai seorang Islam, secara keras membantah tindakan tidak berperikemanusiaan itu.

“Kami kesal dan berasa sedih apabila melihat kekejaman ini dan seluruh umat Islam perlu membantah sekeras-kerasnya mengeji tindakan Israel,” katanya.

Norfadhilah berkata, biarpun sekadar tanda protes memijak bendera Israel namun, selayaknya Israel mendapat penghinaan.

“Selayaknya mereka dihina dan tidak sepatutnya menzalimi orang ternyata tidak bersalah,” katanya.

Pada majlis persandingan kira-kira jam 2 petang semalam, kedua-dua pasangan mempelai itu berarak memasuki halaman kediaman di Kampung Umbai sebelum memijak dan membakar bendera Israel.

Terdahulu, bendera berkenaan diletakkan di jalan masuk ke kediaman itu untuk dipijak hampir 3,000 tetamu yang menghadiri majlis.

Tindakan memijak bendera sebagai simbolik menjelaskan Israel hanya layak diletakkan di bawah telapak kaki umat Islam selain membangkitkan rasa marah terhadap kekejaman rejim terbabit.

3

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
9

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GhostWalking 3-8-2014 11:47 AM
Pasangan pengantin, Norfadhilah dan Mohd Hilmi membakar bendera Israel sebagai protes kekejaman rejim Zionis itu terhadap rakyat Palestin.
Quote clarizsa 3-8-2014 11:48 AM
urgghh hari kawin dicemarkan dgn memori terhadap israel....
Quote jengkoil 3-8-2014 11:50 AM
Mana dapat bendera tu?
Quote jengkoil 3-8-2014 11:52 AM
Kot ye nak masuk paper..nak glemer...jgn laa buat menda ganas dihari bahagia...
Quote budaktua 3-8-2014 11:54 AM
jengkoil posted on 3-8-2014 11:50 AM
Mana dapat bendera tu?

pun nak tanya benda sama...
Quote jengkoil 3-8-2014 11:56 AM
budaktua posted on 3-8-2014 11:54 AM
pun nak tanya benda sama...

Nak beli gantung kat umah kan? Huhuhuuu
Quote Neraka Bulan 3-8-2014 12:02 PM
Serius bodoh gila.....

Hari bahagia  dicalitkan dgn benda bukan bukan sebegini.
Quote Changa 3-8-2014 12:03 PM
GhostWalking posted on 3-8-2014 11:47 AM
Pasangan pengantin, Norfadhilah dan Mohd Hilmi membakar bendera Israel sebagai protes kekejaman reji ...

Adik adik baharu nak up ini.
amat lucu sekali.
Quote clarizsa 3-8-2014 12:07 PM


Markpitz Media 1 hr ·

Aku rasa bahawa Israel tak tahu di Malaysia ni ada Perkasa, Pekida, Jati, ISMA. Israel juga tak tahu bahawa di Malaysia ada anak-anak muda yg sedia merusuh bila keseronokkan mereka bermain letupan dilarang! Benda-benda meletup ni kacang je bagi orang Malaysia. Israel juga tak tahu bahawa anak-anak muda Malaysia lebih hebat dari al Qassam. Mereka boleh bawak motor sambil meniarap, terlentang dan

Anak-anak muda di Malaysia juga ramai ada kepakaran pecah masuk secara senyap. Letaklah grill besi pun, mereka tetap boleh masuk! Setakat nak pecah masuk Pengkalan Tentera Israel, bereh

Mereka juga mungkin tak tahu Malaysia ada C4 yg boleh meletupkan orang sehingga berkecai. Mereka juga tak tahu bahawa orang Malaysia ni garang. Jangankan negara dihina dan diceroboh, bergesel kereta di jalan raya pun orang Malaysia sedia bergaduh! Israel ingat dia hebat sangat dengan ada pesawat tanpa pemandu, dia tak tahu di Malaysia ada pesawat tanpa enjin! Kerana tak ada maklumat tentang semua ini, boleh mereka tuduh Malaysia secara mentah-mentah. Kalau tahu Malaysia memiliki ini semua, tentu Netanyahu akan ketar lutut serta tarik balik tuduhan dan minta maaf. #CopyPaste
Quote ladydutch 3-8-2014 12:08 PM
#istandwithisrael
Quote ultra78 3-8-2014 12:08 PM
Adalah tetamu yang tersenyum sinis tu
Quote saladin780 3-8-2014 12:09 PM
persoalannya..camne reporter boleh tau
adakan couple ni gigih tepon reporter bgtau kami nak bakar bendera di majlis kahwin nanti
Quote lebaigoogle 3-8-2014 12:11 PM
netanyahu berak tak cibok
Quote clarizsa 3-8-2014 12:12 PM
nak p bli bendera msia la kat DIY... wat hiasan bulan kemerdekaan..
Quote Artemesiaa 3-8-2014 12:15 PM
Walaupun nak tunjuk protes tapi cam tak sesuai je melakukanya masa majlis kawin cam ni.
Quote aechae 3-8-2014 12:18 PM
over sgt ko dikk..... xdanya kita ni jd lebih islam dgn buat bnda extreme cmni
Quote zainuddinmaidin 3-8-2014 12:20 PM
Country dah jerubu lagi nak bakaq, pi bakaq bendera yisrael takda effect la .
Quote chinta89 3-8-2014 12:20 PM
saladin780 posted on 3-8-2014 12:09 PM
persoalannya..camne reporter boleh tau
adakan couple ni gigih tepon reporter bgtau kami nak bakar b ...

aku pun syak perkara sama..  
Quote zainuddinmaidin 3-8-2014 12:24 PM
Lepas ni aku takkan pelik kalau depa nak bakaq bendera time majlis kahwin, majlis berkhatan, majlis open house hari raya, dll

Lihat semua komen(273)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.090742 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top