CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Enam Tahun Bergerak Solo, Sharul Kamal Sertai Band

6-10-2021 08:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3673| Komen: 9

Description: Impian penyanyi Sharul Kamal untuk menubuhkan band akhirnya tercapai apabila tampil dengan kumpulan baharu diberi nama DUNYA.
Impian penyanyi Sharul Kamal untuk menubuhkan band akhirnya tercapai apabila tampil dengan kumpulan baharu diberi nama DUNYA.

Menurut Sharul atau Muhammad Sharul Amin Kamarozaman, 24, idea untuk menubuhkan band terdetik selepas enam tahun bergerak sebagai penyanyi solo.



Kredit foto: IG


"Idea nak menubuhkan band ini sudah lama, saya memang teringin nak buat persembahan atas pentas bersama band sebab sebelum ini saya pernah ikut Drama Band dan Akim & The Majistret sebagai kru.

"Banyak saya belajar mengenai band dan dari situ saya mengumpul segala semangat dan ilmu daripada mereka selama beberapa tahun untuk saya nak menubuhkan band cuma sebelum ini masa tak sesuai dan rezeki pun belum sampai.


"Alhamdulillah, Allah kabulkan permintaan saya tahun lepas... saya sudah bergerak solo lebih kurang enam tahun sejak keluar AF2015, saya kena buat sesuatu yang lain. Bukan saja konsep, tapi dari segi muzik yang nak dibawa juga kena baru. Itu yang tercetusnya idea nak menubuhkan band DUNYA," katanya kepada mStar.



Sementara itu, Sharul berkata hasratnya untuk menubuhkan DUNYA berjaya direalisasikan selepas bertemu Stacy dan Akim Ahmad yang juga merupakan pemilik syarikat rakaman, Rhythm & Rhyme Entertainment.

"Saya berjumpa Stacy dan cakap nak buat sesuatu yang baru. Saya kuatkan hati cakap pada Stacy mengenai perancangan saya itu.

"Dia pun setuju sebab dia ada rancangan sama untuk saya, jadi bermula daripada situ kami cari dan kumpul anggota kumpulan lain.

"Bukan sebab tengok orang lain ada band, saya nak ada band juga, tidak! Sebelum ini saya pernah bekerja dengan band lain, jadi saya dapat rasa sesuatu yang menarik jika memiliki kumpulan,” ujarnya.




DUNYA secara rasminya ditubuhkan tahun ini dianggotai oleh tiga anak muda iaitu Sharul Kamal selaku vokalis, Tuah Johari (bass) dan Odot (Dram).

Single pertama dan video muzik rasmi lagu mereka berjudul Kuala Lumpuh sudah dilancarkan secara rasmi pada 17 September lalu di saluran YouTube Rhythm and Rhyme Entertainment. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 6-10-2021 09:24 AM
Dia ni yg azan sedap dan merdu tu kan? Good luck yaach
Quote dewi_rina 6-10-2021 09:40 AM
Muka dia macam si ude ex si intan lakinya si jering
Quote dewi_rina 6-10-2021 09:41 AM
Muka dia macam si ude ex si intan lakinya si jering
Quote Themilo 6-10-2021 12:27 PM
ya ampun baru 24 ke umur kau dekkk.. akak rasa dah lama kau sendu, ingatkan dah 30's..
Quote Normabaru 6-10-2021 02:06 PM
dulu kendu la jugak..but now busukknya kau skrg kepooommmm!
Quote mawarkhayalan99 6-10-2021 03:35 PM
ala nak tiru akim la tuwwww
Quote nakkomenjugak 6-10-2021 08:05 PM
Iol ingat akim
Quote nakkomenjugak 6-10-2021 08:22 PM
Cehhh iras akim
Ingat heol hahaha
Quote eely_shana 7-10-2021 11:06 PM
dia ni ada berlakon jugak

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.052627 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top