CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Iman Troye Akui Kontroversi Buat Dirinya Glamour

6-10-2021 09:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5384| Komen: 20

Description: Terlibat dengan beberapa kontroversi, penyanyi Iman Troye mengakui perkara itu sedikit sebanyak membantu menaikkan namanya dalam industri.
Terlibat dengan beberapa kontroversi, penyanyi Iman Troye mengakui perkara itu sedikit sebanyak membantu menaikkan namanya dalam industri.

Bagaimanapun, Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, 21, berkata apa yang diluahkan di laman sosial bukanlah untuk meraih publisiti, sebaliknya bertujuan mendekatkan diri dengan peminat.


Kredit foto: IG

"Sejujurnya kontroversi yang berlaku sebelum ini bukan berniat nak cari publisiti kerana saya hanya berkongsi apa yang saya rasa di media sosial.

"Saya hanya menggunakan media sosial sepanjang pandemik ini untuk merapatkan diri dengan peminat dan berkongsi tentang kehidupan saya.

"Ya saya akui mungkin betul berita (kontroversi) sebelum ini membuatkan orang lebih kenal saya tapi dalam masa sama lagu pertama nyanyian saya iaitu Teman juga membantu menaikkan nama saya," katanya kepada mStar.




Iman berkata demikian ketika ditemui di sidang media Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME2021) yang diadakan secara maya, pada Selasa.

Bagi pencalonan awal, Iman tersenarai dalam empat kategori iaitu Artis Baharu MeleTOP, Penyanyi MeleTOP Era, BBNU MeleTOP dan Video MeleTOP.

Ditanya reaksinya ketika berdepan kontroversi, Iman mengakui turut bersedih mengenang tindakan segelintir netizen yang berterusan menghentamnya di laman sosial.



Namun, dia memilih untuk kekal positif dan menganggap apa yang berlaku sebagai sebahagian proses pembelajaran untuk lebih kuat dan cekal berjuang dalam industri seni.

"Saya ingatkan diri apabila melangkah dalam industri ini saya kena terima baik dan buruk perjalanan yang harus ditempuhi sebagai anak seni.

"Yang buruk jadi pengajaran untuk saya lebih matang dan berhati-hati sebelum buat sesuatu... saya pun selalu terima kata-kata semangat dari rakan artis dan peminat.

"Tipulah kalau saya tak stres tapi saya kena belajar membiasakan diri untuk menerima apa jua yang berlaku disekeliling saya," ujarnya.




Sebelum ini nama Iman Troye menjadi sebutan hangat netizen di apabila terlanjur berkongsi pandangan di laman sosial miliknya.

Antaranya salah faham isu jerawat Jaehyun NCT dan ciapan di Twitter berkaitan kes jangkitan Covid-19 di Malaysia. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 6-10-2021 09:15 AM
Sampah............
Quote helicornia 6-10-2021 09:34 AM
Aku tunggu komen dr kurex je hehe
Quote JohnyEnglish 6-10-2021 10:08 AM
DSV masa muda camni kut rupa dia
Quote slyfynx 6-10-2021 10:45 AM
Jadah la byk sgt thread die ni?
ape produk berkualiti die ni?
Aku tau nama die pun sbb asyik kuar thread kt bodgos.
Nk kate lawa.... hmmmmm xnk komen pape
Quote Cenderakirana9 6-10-2021 11:55 AM
slyfynx replied at 6-10-2021 10:45 AM
Jadah la byk sgt thread die ni?
ape produk berkualiti die ni?
Aku tau nama die pun sbb asyik kuar  ...

Muka jawa betul dia ni haha
Quote mamajawie 6-10-2021 03:33 PM
badan dia pakai baju merah tu cm badan boyak
Quote love_warrior 6-10-2021 03:35 PM
Sampah....
Quote anony-mous 6-10-2021 03:38 PM
Calling for @kurex

Btw makin xlawa she skrg
Quote sharlenetexas 6-10-2021 03:40 PM
Suara tak sedap. Harapkan muzik rancak.

Amy Mastura walaupun live hauk tapi recording dia best. Ada plus factor lain muka comel, funny dan takde gosip.

Quote Iimaukasturi 6-10-2021 03:42 PM
Tebal makeup
Quote bankerpencen 6-10-2021 04:14 PM
Muka buruk, body tak cantik, bakat tak ada, gedik nak mampos... masih tak faham celah mana orang minat sangat kat dia ni. Menyampah.
Quote makton 6-10-2021 04:29 PM
terganggu btul aku tgk mulut perempuan ni
Quote holothurian 6-10-2021 04:51 PM
dia nie,mmg suka nk tunjuk bontot ke.. posing gmbr mst bontot nk tonggek sikit.. ke mata aku je..
Quote lipasterbang 6-10-2021 06:47 PM
Org malaysia mmg suka stok2 yg mcm ni..berjuta dah followers dia..yg betul2 berkualiti depa x pandang..org luar yg lbh appreciate talent artis kita
Quote mijot 6-10-2021 07:33 PM
tak lama dalam industri kalau byk kontroversi
Quote naina 6-10-2021 07:47 PM
Wehh gambar baju merah tu macam Azrinaz Mazhar hakim. lepastu buruk naw dia posing. Baju hijau pastel tu jadah apa angkat2 baju nak tunjuk perut flat ke. Jijiknya lahai. Posing banyak2 1 pun tak menarik. Kuat mekap dan filter. Dah macam berumur tak padan usia
Quote nakkomenjugak 6-10-2021 08:22 PM
Mehhh tetap whoisyuhhhhhhh
Quote Orix 6-10-2021 08:26 PM
So betul ke diorg tunang aritu
Quote RED 666 7-10-2021 05:14 AM
baru 18 dia skrg, x smpai pun lagi 21 tahun

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.062198 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top