CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tayang keputusan Cemerlang, Wani Kayrie Bukan Riak

5-10-2021 04:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7800| Komen: 51

Description: Perkongsian penyanyi Wani Kayrie, 21, mengenai keputusan cemerlang dalam peperiksaan bukan mahu bersikap riak, sebaliknya membuktikan anak seni boleh berjaya dalam pelajaran.
Perkongsian penyanyi Wani Kayrie, 21, mengenai keputusan cemerlang dalam peperiksaan bukan mahu bersikap riak, sebaliknya membuktikan anak seni boleh berjaya dalam pelajaran.


Wani atau nama sebenarnya, Syazwani Abdullah berkata, dia tetap tidak membelakangkan pelajaran apabila berkongsi Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) yang baik dalam laman Instagram, biarpun sibuk dengan dengan kerjaya seni.

Bagi Wani, perkongsiannya mengenai keputusan cemerlang bukan atas dasar riak.



Foto: IG
"Saya berkongsi keputusan bukanlah mahu menunjuk-nunjuk, tetapi memberitahu, saya bukan sahaja fokus dengan kerjaya seni sahaja, sebaliknya tetap melunaskan tanggungjawab sebagai pemegang biasiswa Management & Science University (MSU).


"Jadi, pada masa yang sama, saya perlu juga membuktikannya walaupun saya sibuk bekerja, tetapi tetap seimbangkan dengan pengajian.

"Jujurnya, ramai tenaga pengajar saya yang mengikuti perkembangan saya, disebabkan itu saya perlu membuktikan saya boleh fokus sebagai pelajar," katanya kepada BH Online.



Terdahulu, Wani berkongsi berita baik mengenai keputusan peperiksaan mendapat CGPA 3.42.

Wani yang juga penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan Perdagangan di MSU berkata, dia berusaha keras untuk meraih keputusan cemerlang.

Namun, akuinya, bukan mudah, sebaliknya dia antara pelajar yang bergelut dalam menyeimbangkan kerjaya seni dan akademik.



"Walaupun kelas hanya dijalankan secara virtual, tetapi agak sukar. Ini kerana industri kreatif agak sibuk selepas kembali dibenarkan beroperasi.

"Jujurnya, jadual saya agak sibuk dan mencabar pada bulan ini. Saya perlu membahagikan masa untuk penggambaran yang tertangguh," katanya yang sedang menjalani penggambaran untuk drama bersiri, Tahyul.

Bagaimanapun, hos Didik TV itu tetap berusaha memasuki kelas dan menyiapkan tugasannya.



Bagi Wani, sebagai pemegang biasiswa MSU, ia adalah tanggungjawab besar untuknya memaparkan keputusan dan perkembangan yang baik.

"Ia adalah tanggungjawab besar buat saya. Namun, MSU tahu bagaimana saya bergelut, sebab saya akan sentiasa mengemas kini perkembangan saya.

"Alhamdulillah, mereka memahami situasi saya dan apa yang penting, keputusan tidak teruk. CGPA 3.3 ke atas adalah keputusan yang cukup baik," katanya yang mempunyai setahun setengah lagi untuk menamatkan pengajian.

Sementara itu, berkongsi harapan sebagai calon awal Penyanyi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, Wani berkata, dia tidak meletakkan harapan tinggi dan cukup bersyukur dipilih membolosi pencalonan.



"Sebelum ini, saya pernah dicalonkan menerusi Artis Baharu Wanita Popular. Tahun ini, kali pertama saya dicalonkan dalam kategori Penyanyi Wanita Popular.

"Jadi, saya tidak mengharapkan apa-apa sebab saingan saya adalah penyanyi senior yang memiliki vokal hebat dan berpengalaman.

"Disebabkan itu, saya serahkan pada rezeki. Jika ada rezeki, adalah...," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote awanysss 5-10-2021 04:11 PM
online class ke ziss
Quote apedehal 5-10-2021 04:11 PM
Bia la dia tunjuk..apa salahnya flex result belajo. Masih menanti slip yespiyem & transkrip degree hajah terpaling..heuheuheuu
Quote helicornia 5-10-2021 04:26 PM
Maybe dia ada responsibility terhadap pihak yg bg biasiswa tu yg dia tunjuk
Quote bankerpencen 5-10-2021 04:28 PM
I lagi suka tengok orang share results bagus... daripada orang yang dok canang tak perlu sambung belajar untuk berjaya and all. So tahniahla wani ye, teruskan belajar sampai habis
Quote nakkomenjugak 5-10-2021 04:30 PM
Congratssss!
Quote unguaurora 5-10-2021 04:32 PM
Bagus flex psl result study ni. Ye la.. igt sng ke nak perah otak? Dgn nk siapkan assignment bagai. Rasa berbaloi kalau cemerlang
Quote amansihat 5-10-2021 04:34 PM
tahniah..ini lah yg patut jadi contoh anak-anak muda..
Quote LadyCarefree 5-10-2021 04:35 PM
MSU je pun. LoL. Tp tahniah dik wanidesa! Xsemua retis mau sambung atau layak sambung belajar. Ukendoit. Teruskan usaha.
Quote imanjannah 5-10-2021 04:35 PM
tahniah dik
Quote shahirakay 5-10-2021 04:37 PM
ambik subjek sikit-sikit dah la wanie asalkan boleh menten cgpa. kot kot la nak sambung belajar lagi kannn.. kot kot la nak jadi pensyarah pulak ke.. cgpa masa degree kena excellent.
Quote amansihat 5-10-2021 04:40 PM
nampaknya ada cahaya di ujung terowong ig digunakan untuk kebaikan masyarakat.letih tengok artis merempan food rider letak makanan atas tong sampah,tokey timbang kilo sudah disentuh oleh tokey timbang kilo kunyiit..
Quote Adeakukesah11 5-10-2021 04:47 PM
Dia ni baru 21tahun? Habis yg taun2 sblm ni duk gosip sana sni, baru 18tahun ke caner? Ish
Quote tupaiterbang 5-10-2021 06:13 PM

Nampak tua la muka dia...terlebih filter ka apa
Quote shida81 5-10-2021 06:22 PM
Jap 2 subject ke 1 sem
Quote miszclassique 5-10-2021 06:30 PM
shida81 replied at 5-10-2021 06:22 PM
Jap 2 subject ke 1 sem

I dulu ipts 1 sem dalam 4 subjek... Course dia ni i google tadi memang 1 tahun ada 4 subjek je so memang 1 sem 2 subjek... Ingatkan sheol amek sikit2 setiap sem
Quote miszclassique 5-10-2021 06:32 PM
shahirakay replied at 5-10-2021 04:37 PM
ambik subjek sikit-sikit dah la wanie asalkan boleh menten cgpa. kot kot la nak sambung belajar lagi ...

Tengok jugak kabel cekang ke tak cekang, ada je uni awam yang terima walaupun degree kelaut... Master dgn phd pulak by research so dah takda pointer2
Quote miszclassique 5-10-2021 06:34 PM
Sejak dia tukar management macam lagi lebat job dia ni, banyak tawaran berlakon kan pastu dengan didik tv tu lagi
Quote Kurex 5-10-2021 06:43 PM
Ramai sgt want sampai kosserrr nak ingat wany yg mana 1
Quote shida81 5-10-2021 06:58 PM
miszclassique replied at 5-10-2021 06:30 PM
I dulu ipts 1 sem dalam 4 subjek... Course dia ni i google tadi memang 1 tahun ada 4 subjek je so  ...

Beza kot ngn zaman iols dulu..
Dulu my course 4 subjects plg skit
Mase tu mmg tggi la cgpa
Normally 1 sem 5 ke 6 subjects
Klu 2 subjects possible la nk dapat good grade..
Klu x dpt bagus x tau la iols nk ckp apa

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.058205 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top